CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Digelar Adiwira Lepas Selamatkan Budak Dari Digilis Kereta Api

21-4-2021 06:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4432| Komen: 28

Description: Seorang lelaki digelar sebagai adiwira selepas dia berlari lebih 30 meter di sepanjang landasan bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada digilis kereta api.
Seorang lelaki digelar sebagai adiwira selepas dia berlari lebih 30 meter di sepanjang landasan bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada digilis kereta api.

Memetik AFP, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan aksi pantas Mayur Shelke menyelamatkan kanak-kanak tersebut dan kisahnya tular dalam media sosial.



AKSI pantas Mayur Shelke berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada digilis kereta api. - AFP

Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu terpisah dengan ibunya di stesen Vangani yang terletak kira-kira 70 kilometer ke timur Mumbai apabila dia terjatuh ke atas landasan.

Budak lelaki itu menangis ketakutan dan Shelke yang mendengar tangisan itu terus berlari menuju ke arah kanak-kanak berkenaan.

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki berusia 30 tahun itu mencapai kanak-kanak tersebut dan meletakkannya semula ke atas platform.


Tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut apabila dua saat kemudian, kereta api Udyan Express melalui landasan berkenaan. 


Sumber: Utusan
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 21-4-2021 07:08 AM
ada video x
Quote tiesza169 21-4-2021 07:30 AM
Video pls...
Quote hazzy0304 21-4-2021 08:12 AM
teringat 1 video cite tamilen cenggini la kekdahnyer  haaaa ....
Quote highcastle 21-4-2021 08:22 AM
Edited by highcastle at 21-4-2021 08:23 AM

Videonya..
[youtube]q6kBfeDGYVc[/youtube]
Quote Carcosa 21-4-2021 09:42 AM
highcastle:    Edited by highcastle at 21-4-2021 08:23 AM  Videonya.. q6kBfeDGYVc



Ya Rasul.... Senak perut meols tgk video ni aihhhh
Yg merangkak2 tu sapo oiii?? Adoilah. OKU ke mak nya pun? Haihhhh. Pegang lah anak tu... Ikat pakai tali. Mampos lah dgn pandangan manusia. Drpd jatuh mcm ni.
Quote Boomibulat 21-4-2021 09:52 AM
Bakal Ketua Menteri Tamil Nadu..
Quote tipah89 21-4-2021 10:07 AM
yg maknye pon dok ketepi sgt xgayat, da jatuh budak tu tiba2 jadi gayat sampai merangkak2... panik la kot.
Quote eyansss 21-4-2021 10:41 AM
Carcosa replied at 21-4-2021 09:42 AM
Ya Rasul.... Senak perut meols tgk video ni aihhhh
Yg merangkak2 tu sapo oiii?? Adoilah. OKU  ...

kalau mak dia terus pegi n tarik anak dia, insya Allah sempat...  cuma confuse kenapa dia dok merangkak2 meratab cenggitu...  panik kali...
Quote Eliadaisy83 21-4-2021 10:57 AM
wow hebatnya dia..
Quote Artemesiaa 21-4-2021 10:59 AM
Pantas betul beliau bertindak
Quote dee4ellese 21-4-2021 11:24 AM
nampak mak dia macam saje je nak bagi budak tu jatuh kena gilis... dah la jalan ketepi sangat sampai budak tu jatuh.. dah jatuh ko boleh tengok je dari tepi sambil meratap... padahal boleh je pegi tarik tangan budak tu cepat2.. sib baik panjang umur budak tu..
Quote ninnamina 21-4-2021 11:36 AM
Nasib baik selamat. Tapi mak dia kalau hulur tangan macam dapat je tarik anak dia tu.
Quote Carcosa 21-4-2021 12:29 PM
eyansss replied at 21-4-2021 10:41 AM
kalau mak dia terus pegi n tarik anak dia, insya Allah sempat...  cuma confuse kenapa dia dok mera ...

Setuju. Kalau mak dia bkn OKU, mmg sempat je. Cuma kena agile lah kan. Sbb nak kena lompat turun, then cmpk budak tu naik, and dia pulak kena naik. Kena achi yg pakai sari lilit2, buatnya tak susah?
Tapi kan, Nau'zubillah Min Zalik, mintak dijauhkan lah Ya Allah... Kalau meols lah, mmg takkan sanggup mearatab hiba mcm tu. Biarlah meols berkecai badan. Anak takkan meols biarkan dkt bwh gitu.
Quote darkness 21-4-2021 12:36 PM
Apasal merangka nak tarik budak tu? Ergghh
Quote eyansss 21-4-2021 12:40 PM
Carcosa replied at 21-4-2021 12:29 PM
Setuju. Kalau mak dia bkn OKU, mmg sempat je. Cuma kena agile lah kan. Sbb nak kena lompat turun,  ...

sebenarnya mak dia boleh je pegi dekat n tarik anak dia naik...  tak perlu lompat turun cuma masing2 panik kot...  nasib ada lelaki tu cargas lompat turun pastu cargas naik balik...
Quote cik.secreto 21-4-2021 01:09 PM
eyansss replied at 21-4-2021 12:40 PM
sebenarnya mak dia boleh je pegi dekat n tarik anak dia naik...  tak perlu lompat turun cuma masin ...

baca komen dekat utube maknya buta tu yg merangkak teraba2 kot
Quote scorpionkiki 21-4-2021 01:11 PM
dee4ellese replied at 21-4-2021 11:24 AM
nampak mak dia macam saje je nak bagi budak tu jatuh kena gilis... dah la jalan ketepi sangat sampai ...

Mak dia buta...
Quote eyansss 21-4-2021 01:33 PM
cik.secreto replied at 21-4-2021 01:09 PM
baca komen dekat utube maknya buta tu yg merangkak teraba2 kot

owh...  no wonder la merangkak2...  nasib lelaki tu ada jadi penyelamat...  alhamdulillah...
Quote batmana 21-4-2021 01:51 PM
sib baik pekerja tu fit

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.059231 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top