CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 3 Tahun Positif Amfetamina, Methapetamina Angkara Bapa Tiri

21-4-2021 06:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4166| Komen: 18

Description: Polis sedang mengesan bapa tiri yang dipercayai menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun didapati positif dadah jenis Amfetamina dan Methapetamina.
Polis sedang mengesan bapa tiri yang dipercayai menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun didapati positif dadah jenis Amfetamina dan Methapetamina.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata laporan itu diterima daripada doktor yang bertugas di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur (Wad Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur) berkaitan ujian air kencing yang dijalankan terhadap kanak-kanak tersebut pada tiga hari lepas.


Mohd Fazley berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dijaga oleh bapa tirinya di Nilai pada 14 April lepas.



Kredit foto: The Star

“Keesokan harinya, ibu kepada kanak-kanak itu telah membawa anaknya ke hospital untuk mendapat rawatan kerana melihat anaknya berkelakuan aneh dan tidak seperti kebiasaanya.
“Rawatan yang dilakukan di hospital berkenaan mendapati kanak-kanak itu positif dadah jenis Amfetamina dan Methapetamina,” menurutnya dalam kenyataan di sini.


Beliau berkata alamat terakhir lelaki yang bekerja sebagai tukang jahit pakaian bernama Mohd Faresh Khalid berusia 38 tahun di C-13-7 Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan PT 8413 Jalan 5/4B, Taman Desa Jasmin, Nilai.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 14(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-4-2021 06:56 AM
Asal berlaki........
Quote zarulnazmi 21-4-2021 07:22 AM
lebih baik hukum  mati je lelaki tu
Quote nazzse 21-4-2021 08:08 AM
Bangla ke?
Quote sukacactus 21-4-2021 08:15 AM
nazzse replied at 21-4-2021 08:08 AM
Bangla ke?

Kannnn....aku baca tang tukang jahit pakaian tu dah rasa bangla dah
Quote chandrahusin 21-4-2021 08:20 AM
nak maki
tapi puasa
Quote Buritan 21-4-2021 08:25 AM
zarulnazmi replied at 21-4-2021 07:22 AM
lebih baik hukum  mati je lelaki tu

Sbb tuu bg aku laaa. Kalo dah berdadah tuu tak leh buat ape dahh.. tembak ajee.. kawan aku keje aadk pun ckp.. tiada rawatan sbnarnya utk dadah... yg bebas dadah mungkinlaa 1 dlm 100 je.. yg 99 lagi melingkup..
Quote Carcosa 21-4-2021 09:46 AM
Kau kalau gatal bijik, boleh tak tahan bijik kau tu pakai getah??!! Aku paling salahkan si mak. Kau terdesak sgt ke?? Tah sapa2 kau ambik jadi laki. Kalau aku tau siapa kau, aku pijak muka kau kasi lumat berkecai. Elok budak tu dijaga kebajikan masyarakat.
Quote doubleA 21-4-2021 10:23 AM
Zalim. Mohon polis cari sampai lubang cacing
Quote mizruncing 21-4-2021 10:51 AM
ni la dgr kt radio pagi tadi. terus rasa nak sumpah seranah
Quote Artemesiaa 21-4-2021 10:57 AM
Jahanam budak, nak senang jaga dibaginya dadah
Quote roserouen 21-4-2021 12:12 PM
Gila lah. Maknya nak berlaki pun tak buat background check dulu ke.
Quote nad014 22-4-2021 10:28 PM
Carcosa replied at 21-4-2021 09:46 AM
Kau kalau gatal bijik, boleh tak tahan bijik kau tu pakai getah??!! Aku paling salahkan si mak. Kau  ...

ramai perempuan mcm ni , susah nak tahan bila malam menjelma
Quote Carcosa 22-4-2021 10:30 PM
nad014 replied at 22-4-2021 10:28 PM
ramai perempuan mcm ni , susah nak tahan bila malam menjelma

Takfaham lah meols. Melara2 sgt ke napsu tu??
Tak terfikir ke pasal anak dia? I hope she can never forgive herself, biar padan muka dia. Rasa bersalah menyelubungi diri setiap hari.
Kalau dia berbalik pada laki dadih dia tu jgk, meols no spiak lah. Mmg betina terdesak.
Quote ifanonline 22-4-2021 10:31 PM
bapa sebegini sepatutnya masyarakat wajib cari dan pukul dgn besi
Quote DARSITA 23-4-2021 03:37 AM

Aii ada rasa lega sikit sebab tiada pencabulan dan penyeksaan (pukul, cucuh dgn rokok, siram air panas).

Harap anak ini sembuh dgn pertolongan doktor doktor. Harap juga si bapa tiri dpt ditangkap dan disisih dari masyarakat.
Quote orion_pax 23-4-2021 03:40 AM
Aku berdoa dan berharap moga bapa tiri yang tak guna ni, mampos sbb overdose dadah..
Quote dudaberhias 23-4-2021 03:42 AM
Buritan replied at 21-4-2021 08:25 AM
Sbb tuu bg aku laaa. Kalo dah berdadah tuu tak leh buat ape dahh.. tembak ajee.. kawan aku keje aa ...

khen... tak percaya tengok la yang keluar masuk pusat serenti tu... keluar ambik balik...
menghabiskan boraih jah, elok la tembak mati dan dermakan organ deorang, koman2 dapat pahala untuk si mati kot2 boleh la tebus kesalahan mereka di dunia...
Quote NataliaLuiz 26-4-2021 11:10 PM
Kesian budak tu. Aduhai..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.060719 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top