CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Wajah Anak Kedua Kareena Kapoor Tak Sengaja 'Bocor' Dan Tular

13-4-2021 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6106| Komen: 17

Description: Berbeza dengan kelahiran anak pertama mereka, Taimur Ali Khan, lima tahun lalu, kini pelakon Kareena Kapoor bersama suami, Saif Ali Khan menutup rapat semua informasi mengenai anak kedua mereka.
Berbeza dengan kelahiran anak pertama mereka, Taimur Ali Khan, lima tahun lalu, kini pelakon Kareena Kapoor bersama suami, Saif Ali Khan menutup rapat semua informasi mengenai anak kedua mereka.


Sehingga kini, bayi yang lahir pada 21 Februari lalu itu belum diperkenalkan kepada umum.

Biarpun telah kembali aktif dalam sosial media, Kareena masih tidak mendedahkan walau seinci kisah tentang anak keduanya. Dia cuma berkongsi tentang rutin senamannya selepas bersalin.

Kredit foto: Via Kosmo


Bagaimanapun, baru-baru ini, bapa kepada Kareena yang juga pelakon, Randhir Kapoor telah membuat satu hantaran dalam Instagramnya, @dabookapoor memaparkan sekeping foto bayi yang dikatakan anak kedua Kareena dan Saif.


Foto tersebut menampilkan dua orang bayi iaitu Taimur semasa kecil dan seorang lagi bayi yang dikatakan adiknya. Biarpun foto tersebut telah dipadam daripada Instagram Randhir, tangkap layar wajah cucunya itu telah tersebar secara meluas. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 13-4-2021 01:37 PM
Benda macam ni kadang agak sukar dikawal bila ada ahli keluarga amat teruja nak share kan nya
Quote hareeeesah 13-4-2021 01:50 PM
Handsomenya lahh.... very fair pulak tu. Hidung dari kecik dah macung sebab aku hidung pesek hahahah {:cryrun
Quote orkidorkido 13-4-2021 02:13 PM
Alah apa peliknya, mula lebih kurang si abang lah. Unless anak perempuan adalah sikit kelainannya. Tunggu jelah, berapa lama dia nak sorok. Just give them lil bit of time. Lagi diasak, lagi menjadi makpak pun
Quote merrissa 13-4-2021 05:39 PM
Habeh la randhir kapoor kene marah dgn karina kapoor
Quote sfrnna 13-4-2021 06:33 PM
Comey la. Baby memang sentiasa comeyy
Quote helicornia 13-4-2021 07:30 PM
taimur tu subhanallah comel yg amat
Quote ikanmasin 13-4-2021 09:14 PM
dah mak bapa nya lawa cantik hensem.anak nya lg lah..hehehe
Quote Lylyna 13-4-2021 11:23 PM
Comelnya. Tapi taimur lagi helok
Quote anony-mous 14-4-2021 03:19 AM
Plisss veranak lg 10. Kaya n cantik n hensem. Pakej lengkap so x apa veranak byk pon
Quote awekjepun 14-4-2021 06:03 AM
Ada iras shahrukhkhan..hehehe. sbb mimik muka dan mata tu kot
Quote mizzmimi 14-4-2021 09:24 PM
Besenye baby kalo kecik2 comey, da beso sikit tak berapa kecomelan. Tapi taimur memang comeyyy angattt sampai skang..

Adik taimur ni macam gen kari terlebih jer.. Kalau tu adik dia la..
Quote haifawehbe 16-4-2021 11:02 PM
omelnya..
Quote hassnah 16-4-2021 11:34 PM
handsomeeee
Quote Thunderclouds 11-5-2021 11:14 AM
Menjadi betol baka kareena ngn Saif ni compared to baka kakak dia c mata biru tuh.
Quote cikperiukkera 17-5-2021 03:05 PM
Thunderclouds replied at 11-5-2021 11:14 AM
Menjadi betol baka kareena ngn Saif ni compared to baka kakak dia c mata biru tuh.

Untung kn? Ank2 si kakak plk gelap ckit & npk biasa2..x menurun dari mak dorg yg cerah & mata biru. Xpe,esok2 dh bsr nt segak la dorg.
Quote royaldanish 18-5-2021 07:55 AM
Elokkk ye kejadian anak deyols ni
Quote SweetRehan 18-5-2021 04:44 PM
Comey2 gini...apa kata Kareena beranak lagi kot2 pasni dpt baby girl...leh jd ratu Bollywood satu hari nanti...tp jgn berlakon gedix n over cam Kareena plak...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.099955 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top