CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mudahkan Kerja Di Dapur, Ini 5 Gajet Dapur Terbaik Untuk Bantu Ibu Di Bulan Ramadan!

14-4-2021 09:30 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 11549| Komen: 34|Original author: Oleh: Natrahn

Description: Gaya hidup serba moden dan pantas memerlukan penghuni domestik bergerak sistematik, praktikal dan selamat! Pastinya kerja-kerja di dapur menjadi mudah dengan penggunaan inovasi teknologi gajet-gajet d ...
Kredit foto: Google


Gaya hidup serba moden dan pantas memerlukan penghuni domestik bergerak sistematik, praktikal dan selamat! Pastinya kerja-kerja di dapur menjadi mudah dengan penggunaan inovasi teknologi gajet-gajet dapur terkini terutamanya di bulan Ramadan ini.

Jom tengok peralatan dapur popular yang memudahkan anda memasak untuk iftar dan sahur! 

1) Air Fryer

Kredit foto: Property Guru


Goreng tapi tak guna minyak. Itulah fungsi air fryer yang memudahkan pelbagai masakan dimasak secara sihat. Memudahkan kerja memasak pada bulan Ramadan, hanya perlu masukkan semua bahan dalam air fryer dan boleh tumpukan perhatian untuk buat tugasan lain pula. 
 
2) Periuk Tekanan

Kredit foto: Property Guru

Periuk tekanan ini membantu kaum ibu menyediakan hidangan daging lembu atau ayam; samada stew atau sup dengan cepat dan mudah. Dengan kesan pemanasan haba mampat yang mengalirkan suhu haba secara sekata, sekaligus menghasilkan renehan sup atau stew yang enak dan cukup perasa.

Ramadhan ni, sebelum tidur bolehlah letak bahan-bahan dalam periuk tekanan ni dan waktu bersahur boleh makan panas-panas.

3) Penapis Air

Kredit foto: Property Guru

Masyarakat kini semakin sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan dan sangat prihatin terhadap kualiti bekalan air yang sampai ke rumah-rumah mereka. Jadi, penggunaan alat penapis air di rumah menjadi begitu popular, tambahan pula dengan promosi yang hebat dari ajen penjual.

Bukan setakat air ditapis, alat penapis air mempunyai penetapan suhu.  Nak air panas, sejuk, biasa atau berais? Semua ada. Jika terlewat bangun sahur boleh terus bancuh air untuk alas perut atau minum air kosong yang tersedia. 

4) Ketuhar Gelombang Mikro/ Microwave

Kredit foto: Property Guru

Sepanjang Ramadhan, ada kaum ibu terutama yang berkerjaya memilih untuk memasak secara banyak dan menyimpan makanan tersebut secara sejuk beku. Jadi penggunaan ketuhar gelombang mikro adalah kaedah paling mudah dan cepat untuk memanaskan lauk untuk bersahur nanti.

Dengan menggunakan bekas yang mesra ketuhar atau microwave safe, dari peti sejuk terus boleh masuk dalam microwave. Tetapkan masa untuk beberapa minit, angkat dan terus makan!

5) Papan Pemotong 3-Dalam-1

Kredit foto: Property Guru

Zaman ini, satu barang yang mempunyai pelbagai fungsi bukan lagi sesuatu yang mustahil. Contohnya papan pemotong 3-Dalam-1! 

Sesuai dengan namanya 3 dalam 1, ia mempunyai aliran built-in berserta pemegang yang diperbuat daripada silikon berkualiti yang membolehkan pengguna memotong bahan masakan, kemudian basuh dan seterusnya menapis/mengeringkannya menggunakan papan pemotong yang sama. 

Alah membeli menang memakai, dengan sedikit inisiatif memiliki peralatan / gajet moden, dapat membantu mencapai kedua-dua perkara yang penting dalam kehidupan: kesihatan dan masa berkualiti. 

Emosi tukang masak lebih stabil untuk menghasilkan pelbagai juadah enak. Barulah tenang nak fokus beribadat pada malam hari. Selamat menyambut Ramadan! -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 14-4-2021 09:47 AM
Survey juga air fryer.. Tapi bulky sgt la.. Tak ada yg comel2 mcm rice cooker ke?
Quote Artemesiaa 14-4-2021 10:19 AM
No 1, 3 dan 4 amat berguna
Quote opie5662 14-4-2021 11:12 AM
Aku plg x suke air fryer.... Makanan jd dry n tak sedap...
Quote depresio 14-4-2021 11:30 AM
makneng replied at 14-4-2021 09:47 AM
Survey juga air fryer.. Tapi bulky sgt la.. Tak ada yg comel2 mcm rice cooker ke?

Aku beli philip tu sama je size dgn rice cooker aku muat ayam sekor size m
Tapi kecikla jugak just sesuai utk family kecik aku ni..
Tapi duk cadg gak nak beli yg lebih besar
Quote depresio 14-4-2021 11:30 AM
1 dgn 4 mmg sgt berguna
Pressure cooker sesuai kalau ko jenis byk masak sup
Quote depresio 14-4-2021 11:35 AM
opie5662 replied at 14-4-2021 11:12 AM
Aku plg x suke air fryer.... Makanan jd dry n tak sedap...

Aku spray / sapu minyak zaitun sebelum masak n masa tgh masak
Quote makneng 14-4-2021 11:41 AM
Edited by makneng at 14-4-2021 11:45 AM
depresio replied at 14-4-2021 11:30 AM
Aku beli philip tu sama je size dgn rice cooker aku muat ayam sekor size m
Tapi kecikla jugak jus ...


Uolls punya brp kg? 1.4kg ke?
Quote songhara1226 14-4-2021 11:58 AM
For me, periuk tekanan ialah alat yang paling membantu di dapur, nak masak daging yg 1-2 jam tu boleh settle in 45 minutes je.....
Quote Eva_yy_Ellin 14-4-2021 12:08 PM
depresio replied at 14-4-2021 11:35 AM
Aku spray / sapu minyak zaitun sebelum masak n masa tgh masak

Okey tak bila dah letak minyak zaitun?

Pernah makan keropok lekor yang digoreng dengan air fryer. Tak sedap. Frust sangat sebab keropok lekor tu sedap.
Terus cancel nak beli air fryer bila mengenangkan hasilnya tak memuaskan
Quote opie5662 14-4-2021 12:11 PM
depresio replied at 14-4-2021 11:35 AM
Aku spray / sapu minyak zaitun sebelum masak n masa tgh masak

But still x sedap n dry.. Biar la. Ku goreng dlm kuali jgk..
Quote opie5662 14-4-2021 12:12 PM
Eva_yy_Ellin replied at 14-4-2021 12:08 PM
Okey tak bila dah letak minyak zaitun?

Pernah makan keropok lekor yang digoreng dengan air frye ...

Takkan sama rase die mcm goreng dgn minyak. Lantak la unhealthy ke ape kan.. Contoh nye nugget, makanan tu sendiri mmg unhealthy pon...
Quote Eva_yy_Ellin 14-4-2021 12:17 PM
opie5662 replied at 14-4-2021 12:12 PM
Takkan sama rase die mcm goreng dgn minyak. Lantak la unhealthy ke ape kan.. Contoh nye nugget, ma ...

Hahaha. Kalau nak healthy baik bakar dan rebus je. Tapi betullah, masak guna air fryer memang tak sedap.
Kalau ada cara nak bagi dia sedap, boleh la menimbang-nimbang nak beli sebiji
Quote depresio 14-4-2021 12:20 PM
opie5662 replied at 14-4-2021 12:11 PM
But still x sedap n dry.. Biar la. Ku goreng dlm kuali jgk..

Maybe orefrencw masing2 kot
Aku buat ok je rasa pon ok
Untungya guna air fryer tak yah tunggu depan kuali
Campak2 on pi lepak tgk tv siap hahaha
Quote depresio 14-4-2021 12:22 PM
Eva_yy_Ellin replied at 14-4-2021 12:08 PM
Okey tak bila dah letak minyak zaitun?

Pernah makan keropok lekor yang digoreng dengan air frye ...

Ok
Nak guna minyak biasa pon ok
Aku goreng kepok lekor guna air fryer
Ada yg sedap xletak minyak ada jenis kena letak jugak mintak baru sedap
So aku akan spray minyak tu kat kepok tu dulu
Lepas tu kalau rasa xcukup on the way tu tambah spray lagi..

Minyak pon jimat ko tau
Tu yg best 1 kg tu sebulan pon tak habis walau hari2 aku goreng
Quote Eva_yy_Ellin 14-4-2021 12:23 PM
depresio replied at 14-4-2021 12:22 PM
Ok
Nak guna minyak biasa pon ok
Aku goreng kepok lekor guna air fryer

O...key.
Terima kasih atas review tersebut.
Akan dipertimbangkan
Quote depresio 14-4-2021 12:24 PM
makneng replied at 14-4-2021 11:41 AM
Uolls punya brp kg? 1.4kg ke?

Yg 0.8 tu je
Tu aku nak beli pulak yg 1.4 tu

Time nak masak byk aku plan nak guna 1.4 nak skit guna 0.8

Setakat ni 0.8 pon ok goreng fries kbolehla setengah kg sekali jalan
Quote depresio 14-4-2021 12:25 PM
opie5662 replied at 14-4-2021 12:12 PM
Takkan sama rase die mcm goreng dgn minyak. Lantak la unhealthy ke ape kan.. Contoh nye nugget, ma ...

Sbb tu aku soray minyak
Dah biasa makan minyak kan
Tak lehla xde minyak

Ko boleh gak tukar butter
Atau minyak zaitun
Quote depresio 14-4-2021 12:30 PM
Eva_yy_Ellin replied at 14-4-2021 12:23 PM
O...key.
Terima kasih atas review tersebut.
Akan dipertimbangkan

Sama2..
Lagi 1 Aku suka lagi 1 atas dasar keselamatn
Tak main api
Anak aku pon boleh guna xrisau

N rebus telur pon aku campak je dalam tu.
nak masak nasi lemak jadi senang giler
Sbb telur n bilis masak lam air fryer .

Aku suka roti bakar sapu butter n gula. Tu yg best
Kalau dulu kitorg kena  keluar pan segala just nak bakar sekeping dua roti
Lepas tu beli oven toaster dah rosak..
Sekarg ni air fryer ni macam2 boleh guna
Bakar ayam lamb chop semua masuk dalam
Quote makneng 14-4-2021 12:31 PM
depresio replied at 14-4-2021 12:24 PM
Yg 0.8 tu je
Tu aku nak beli pulak yg 1.4 tu


Tapi nampak lbh bulky dr yg 1.4 kg tu ek.. Mak timang menimang dalam fikiran nak beli ke idok.. Tapi sbb kan minyak x merecik recik mak kemungkinan besar mak akan beli.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.061410 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top