CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Ikut Tabligh Sampai 44 Hari Siapa Nak Bagi Anak Isteri Saya Makan?"-Awie

2-4-2021 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3439| Komen: 11

Description: Sejak kebelakangan ini ramai selebriti dilaporkan mula mengikuti jemaah tabligh bagi mendalami ilmu agama selain mendekatkan diri ke jalan Allah.
Sejak kebelakangan ini ramai selebriti dilaporkan mula mengikuti jemaah tabligh bagi mendalami ilmu agama selain mendekatkan diri ke jalan Allah.

Penyanyi Datuk Awie, 53, juga tidak ketinggalan diajukankan soalan oleh peminatnya di media sosial selepas beberapa rakan artis seangkatan dengannya serta selebriti yang lebih muda dilihat berhijrah dengan mengikuti kumpulan tabligh.

Mengulas mengenai perkara itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, cara dan jalan hidup seseorang tidak boleh ditentukan oleh sesiapa melainkan individu itu sendiri.


Foto: mStar Online

"Siapa mereka nak tentukan jalan orang. Kalau saya pergi (ikuti jemaah tabligh), sampai 44 hari siapa nak bagi anak isteri saya makan.


"Saya bukan nak menyalahkan sesiapa, ikut merekalah nak ikut jalan mana nak mencari ilmu Allah.

"Adakah kita perlu duduk dalam pertubuhan untuk cari jalan Allah? (Pendapat saya) lebih baik kita duduk berteleku mencari guru, one to one... tak faham boleh tanya orang," katanya kepada mStar.

Awie ditemui pada majlis pelancaran produk sambal keluarannya, R-WE yang diadakan di Petaling Utama Avenue, Petaling Jaya pada Rabu.

Tambah vokalis kumpulan Wings itu, dia tidak berniat untuk memperlekeh pertubuhan tabligh sebaliknya menghormati setiap jalan hidup yang dipilih oleh mana-mana pihak terutama dalam kalangan rakan artis.

"Saya tidak membangkang sebab kita masing-masing ada jalan tersendiri (dalam mencari ilmu agama) dan kita perlu menghormatinya.

Tak semestinya kita berpakaian sebegini, kita tak nak jumpa Tuhan. Adakah kita perlu ikut cara orang Pakistan, cara orang Arab seperti berjanggut, berjubah dan berserban itu baru kita nampak suci?" ujarnya.



Sebelum ini dilaporkan penyanyi muda, MK daripada kumpulan K-Clique keluar selama tiga hari bersama jemaah tabligh ke Jerantut, Pahang.

Turut sama ialah pelakon Mas Khan.

Dalam pada itu, Awie kini berjinak-jinak dalam bidang perniagaan produk makanan sambal yang didatangkan dalam empat variasi iaitu Sambal Merah, Sambal Ikan Sepat Masin, Sambal Ikan Kembung Masin dan Sambal Paru yang mula diedarkan pada Rabu.

Bercerita tentang 'kegilaannya' terhadap lauk berasaskan sambal, bapa kepada enam cahaya mata ini berkata sejak keruntuhan rumah tangga kedua, dia mula belajar memasak kerana ingin menyediakan air tangan masakannya kepada anak-anak.



"Saya tak suka bagi masakan pembantu rumah untuk anak-anak makan. Sejak situ saya mula belajar masak sambal.

"Apabila kita suka makan sesuatu, mesti kita akan ada usaha untuk belajar dan disebabkan itu sekarang saya dah mahir dalam masakan sambal dan ia diterjemahkan dalam bisnes produk makanan saya ini," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adelea 2-4-2021 03:04 AM
Edited by adelea at 2-4-2021 03:05 AM

Betul tu ... .asing masing ada cara masing
Jgn la banding and pertikai
Quote Afifi82 2-4-2021 03:13 AM
Good luck  Awie.
Quote Nenasketum 2-4-2021 10:48 AM
Ok jer, peeee yuuuu pun ramai skarang ni. Boleh jer blajar dari depa kot
Quote Dodod 2-4-2021 10:52 AM
hehe xde pun tabligh keluar 44hari. lagipun kalau keluar 40hari dh siap dh bajet semua. brg pampers dan susu anak beli sesiap.. xde mslh pun.. kalau jenis kais pg mkn pg xtau lah pulak kan.. apa pun cara masing2.. moga awie dipermudahkan utk bljr agama..
Quote supernaturalee 2-4-2021 11:05 AM
tagline sambal tu mengingatkan kita kpd psgn duet awie dlm halaman asmara




Quote Normabaru 2-4-2021 01:13 PM
Allah la bg. Mmg selama ni tuhan pemberi rezeki pon. Bukan gomen mahupon pembangkang #eh
Quote makcun14 2-4-2021 05:56 PM
"Tak semestinya kita berpakaian sebegini, kita tak nak jumpa Tuhan. Adakah kita perlu ikut cara orang Pakistan, cara orang Arab seperti berjanggut, berjubah dan berserban itu baru kita nampak suci?" ..
Setuju bab ni.
Be yourself kekdahnya
Quote doridori_hi 2-4-2021 07:35 PM
Alhamdulillah..
~``
Quote Orkidcina 8-6-2021 11:54 PM
Betul, bole ikut tablig tp family jgn lupa nafkah
Quote Cik_jantung 9-6-2021 12:39 AM
Sambal jugak awie akhirnya...
Quote katakauu 9-6-2021 12:42 AM
bagus janji belajauuu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.098380 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top