CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Boyfriend Pak Lawak, Beri Idea Untuk Riena Diana Buat Jenaka Di Radio

2-4-2021 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3915| Komen: 18

Description: Genap sebulan melengkapi trio Geng Pagi Hot (GPH) di stesen radio Hot FM, ia bukanlah satu tugasan mudah buat artis serba boleh, Riena Diana, 24, apatah lagi, perlu membahagikan masa antara tanggungja ...
Genap sebulan melengkapi trio Geng Pagi Hot (GPH) di stesen radio Hot FM, ia bukanlah satu tugasan mudah buat artis serba boleh, Riena Diana, 24, apatah lagi, perlu membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai pelakon, penyampai radio dan pengacara.


Kedengaran tugas penyampai radio seperti mudah, hanya bercakap di corong radio, namun Riena diberikan tugas khas menghiburkan pendengar. Disebabkan itu, Riena beberapa kali mengalirkan air mata dalam tempoh sebulan ini.

Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamariena Diana Zulreal mengendalikan segmen GPH bersama Fizie dan Mark Adam setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi sejak 24 Februari lalu.

Kongsi Riena, dia tidak sengaja datang lewat pada hari kedua ke udara.




"Kelewatan ini menyebabkan saya dipanggil majikan kerana terlepas slot pertama. Saya tiba sekitar jam 6.30 pagi, sepatutnya saya perlu berada di konti sebelum jam 6 pagi.


"Jujurnya, minggu pertama sangat sukar buat saya. Saya terima tawaran sebagai penyampai radio kerana sebelum ini jadual lakonan kosong, memandangkan masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, saya anggap penggambaran bermula selepas sebulan saya berada di konti.

"Saya fikirkan bolehlah mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan tugasan baharu. Bagaimanapun, penggambaran drama bermula sebaik saya memulakan tugas sebagai penyampai radio.

"Penggambaran drama habis tidak tentu masa, itu yang membuatkan saya lewat ke konti," katanya yang terikat dengan penggambaran drama Kisah Cinta Rumi bersama Khai Bahar.

Bagaimanapun, Riena berkata, dia mula pandai membahagikan masa selepas beberapa minggu bergelar penyampai radio.



Namun, ia bukan mudah, malah terpaksa mengorbankan waktu tidur supaya tidak lewat ke konti.

"Bayangkan, saya ke udara jam 6 pagi, jadi saya tiba di konti jam 5.30 pagi. Jika penggambaran habis tengah malam agak-agak jam berapa saya tidur?

"Penggambaran habis tidak menentu, jadi ada masanya saya tidak balik rumah. Saya tidur di lokasi penggambaran.

"Mujurlah, saya kini menjalani penggambaran di rumah, jadi ada bilik untuk berehat. Saya berehat di bilik yang disediakan, sebelum ke konti.

"Bohonglah kalau saya cakap tidak penat. Ada masanya, saya rasa mahu menangis, tetapi apabila masuk minggu kedua, semuanya sudah semakin selesa. Apabila hujung minggu apabila tidak perlu ke konti pun saya akan bangun awal," katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, kata Riena, dia masih dalam proses membiasakan diri dengan tugasan baharunya itu.

Katanya, masih banyak ruang yang perlu dipelajari memandangkan ini adalah kali pertama memikul tanggungjawab sebagai penyampai radio.


"Jika diimbas semula, saya tidak pernah menjadi pengacara, langsung tak hadiri kelas untuk belajar bercakap. Jadi, ini adalah kali pertama saya mengendalikan tugas sebagai penyampai.

"Namun, Alhamdulillah, saya mendapat maklum balas positif. Ada pendengar mengatakan seronok mendengar keletah saya. Tetapi, ada juga memberi pandangan saya perlu banyak belajar dan saya suka membuat 'fake laugh'.

"Tidak nafikan, saya kena banyak belajar, tetapi secara keseluruhannya saya okay. Ini kerana Mark dan Fizie banyak membantu," katanya.

Namun, dalam pada itu, Riena juga meluahkan kerisauan mengenai jenaka yang dilontarkan, bimbang dianggap tidak kelakar.

Mengakui banyak mendapat inspirasi jenaka daripada kekasihnya yang berperwatakan lucu, Riena menggunakan ideanya ketika berada di konti.



"Susah sebenarnya nak cari idea kelakar, tetapi kekasih saya seorang yang suka berjenaka. Jadi, sedikit sebanyak banyak idea yang dikongsi digunakan.

"Selain itu, saya banyak menonton drama dan filem komedi sebagai rujukan. Namun, Mark dan Fizie sebenarnya sudah cukup kelakar. Kebanyakan lawak kami secara spontan," katanya.

Awalnya, Riena hanya diundang sebagai penyampai jemputan di Hot FM. Namun, melihat keserasian dan maklum balas positif pendengar, stesen Hot FM memutuskan menjadikannya penyampai tetap menerusi slot GPH.

Menyifatkannya sebagai rezeki, pelakon kecil molek itu turut mengatakan dunia penyiaran radio memberi peluang untuknya mengasah bakat sebagai artis versatil.

Biarpun begitu, katanya, dunia lakonan tetap menjadi keutamaan, cuma kini, fokusnya kepada dunia penyiaran radio memandangkan masih baru dan banyak ilmu perlu ditimba.


Foto: IG

"Saya masih menerima tawaran berlakon. Saya sudah katakan mereka perlu memahami komitmen lakonan sebelum menandatangani kontrak bersama Hot FM. Alhamdulillah, stesen radio memahami dan memberi ruang untuk saya berlakon.

"Cuma, saya perlu lebih bijak membahagikan masa supaya jadual bersama Hot FM dan lakonan tidak bertembung. Jadi, apa yang dilakukan sekarang adalah memastikan aktiviti seni dirancang awal supaya tidak memberi masalah kepada semua pihak," katanya.

Selain berlakon dan bertugas sebagai penyampai radio, Riena juga kini perlahan-lahan menggilap bakat sebagai pengacara.

"Setakat ini, saya mengendalikan program Gempak TV dan Muzikal Lawak Superstar sebagai pengacara digital dan belakang pentas. Itu pun satu pengalaman menarik untuk saya, biarpun agak penat melakukan banyak cabang kerjaya pada ketika ini.

"Namun, kesibukan ini mengajar saya lebih menghargai masa. Kalau dahulu, 'call time' jam 8 pagi pun saya rasa sudah awal sangat. Tetapi, sekarang saya mula bersiap sedia pergi bekerja seawal jam 4 pagi.

"Sedikit sebanyak saya rasa pengurusan masa lebih teratur. Sangat penting untuk saya mengatur masa kerana tidak mahu jatuh sakit. Apa yang lebih penting, saya cuba letakkan matlamat dan mencapai apa yang diinginkan," katanya.



Memulakan kerjaya sebagai pelakon selepas dipilih finalis Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2017.

Watak Dr Qadeeja menerusi drama Nur berjaya memperkenalkan Riena dalam persada lakonan.

Gadis kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu mula mencipta populariti menerusi drama Kampung People. Hingga kini, Riena lebih dikenali dengan panggilan Laila atau Lailer. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lailerthee 2-4-2021 01:01 PM
Ohh da ad bf rupanya
Quote SayaSayangMama 2-4-2021 01:20 PM
Best ke weh xdgr lg
Quote shark_eow7 2-4-2021 02:37 PM

sy pon tk pernah dgr lagi..
Quote Orangelily 2-4-2021 02:53 PM

Boleh thn best jugakkk dr gph yg ade shuk tu..dia punye gelak x hingat dunia! Dgn mark adam yg pelat bm tu...

Quote adelea 2-4-2021 02:57 PM
Orangelily replied at 2-4-2021 02:53 PM
Boleh thn best jugakkk dr gph yg ade shuk tu..dia punye gelak x hingat dunia! Dgn mark adam yg pel ...

Macam bes je ..
Dah lama x dgr GPH sejak wfh ..

Selalu dgr masa sangkut dlm jam ..
Quote akuMNdia 2-4-2021 03:01 PM
ok gak la si riena ni join GPH.. jenis tak kontrol ayu
Quote seri_mawr 2-4-2021 03:16 PM
ok minah ni....mula2 tak kenal siapa riena diana bila tgk muka baru tahu si lailer kampung people...

best dia ni....jauh lebih best dari dina nazir...hahhaa....
Quote QueenCaramel 2-4-2021 03:46 PM
Riena mcm breath of fresh air kt GPH..keletah sgt..tp ok laa bleh la layu skjp2..i kjp tkr mix kjp tukar gph.. l dgr si riena ni gelakk..mcm cumil la plakk
Quote Orangelily 2-4-2021 03:56 PM
adelea replied at 2-4-2021 02:57 PM
Macam bes je ..
Dah lama x dgr GPH sejak wfh ..

Next wik isnin tryla dgr hihii..iols suka dia gelak lnsung x control ayu
Quote hasniey 2-4-2021 04:10 PM
Owhhh ada bf dah
Quote bambimo 2-4-2021 05:13 PM
laen sungguh kan. masa jd makwe ustaz adam xjd kawen dlm nur tu...aku tgk lawa betul dia ni. cantik sopan ayu...
jd lailer laen sungguh karakter hehehe
Quote Nenasketum 2-4-2021 05:17 PM
I loikeee her, all da best tapi blum dengo lagi dia kat radio, macam ellergik dengor radio melayu suma kecoh nak cakap. Time2 mak2 kita dulu, sora deejay menenangkan
Quote gigahertz 2-4-2021 05:41 PM
Lailerthee: Ohh da ad bf rupanya

hati i sedih bila i tahu dia ada bf.
i sanggup by the sea semata mata dia tau
Quote Carcosa 2-4-2021 11:44 PM
Meols tak pernah dgr sheols kat radio, and tak pernah langsung tgk Kampung People tu.
Taaapi, me'ols follow dia dkt IG. Sebab apa tau?
Sebab viral video dia gomol anak kucing dia
Meols rasa ehh budak ni sapa? Cumel jah Syg kucing pulak tu. Terus follow
Quote 4cupcakes 3-4-2021 06:13 PM
I is cannot la dgr GPH skrg ni.. Suara dia kurang sesuai jd dj.. Jenis yg halus gitu.. Kotrak tamat bila ni?
Quote mawardia 4-4-2021 12:15 AM
Boipren she ols anak orka
Quote ugly_duckling 4-4-2021 12:21 AM
so bf dia retis ke bukan
Quote kiah_mai_pulak 4-4-2021 11:24 AM
rajin pulak benang minah ni naik ya.. topik mcm sama je tp benang lain2..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.262029 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top