CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Suka Hati Rentas Negeri,"-Alif Satar Percaya Artis Kontroversi Tak Buat Sewenang-Wenangnya

2-4-2021 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13740| Komen: 101

Description: Artis serba boleh, Alif Satar percaya selebriti yang baru-baru ini terbabit dalam kontroversi rentas negeri tidak melakukan perbuatan itu sewenang-wenangnya.
Artis serba boleh, Alif Satar percaya selebriti yang baru-baru ini terbabit dalam kontroversi rentas negeri tidak melakukan perbuatan itu sewenang-wenangnya.

Sebaliknya, Alif, 30, yakin artis terbabit menggunakan saluran yang betul untuk merentas negeri.

"Saya yakin semua orang tahu tanggungjawab masing-masing. Mereka pasti tahu apa yang dilakukan dan prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi.

"Saya tidak fikir mereka tidak tahu atau sengaja melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri.

"Jika benar atas urusan kerja yang memerlukan mereka merentas negeri, saya yakin mereka menggunakan saluran betul dengan mendapatkan kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan polis," katanya ditemui pada pelancaran pogram Ramadan Astro Buka Lembaran Baharu 2021 di sini, baru-baru ini.


Foto: IG


Sementara itu, mengulas rungutan segelintir artis yang perlu menjalani ujian calitan setiap kali terbabit dalam penggambaran program televisyen (TV), Alif tidak melihat perkara itu sebagai membebankan.

Alif yang dipilih sebagai pengacara musim terbaru Muzik-Muzik Ke-36 bersama penyanyi Daiyan Trisha, berkata, prosedur ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) wajib dipatuhi.

"Itu adalah prosedur yang ditetapkan sebelum memulakan kerja, jadi kenapa hendak pertikai?




"Sekurang-kurangnya kerajaan membenarkan kita untuk bekerja, jadi buatlah saja. Memang tidak dinafikan ujian calitan itu sakit, tetapi lebih baik daripada tidak dapat bekerja langsung.

"Lagipun, bukan artis saja yang perlu kerap menjalani ujian calitan, bidang lain seperti industri petroleum dan gas hampir setiap minggu perlu melalui prosedur itu.

"Begitu juga dengan mereka yang bekerja di dalam bidang perubatan, jadi rasanya perkara itu tidak seharusnya dijadikan isu," katanya.

Menyentuh isu pemberian vaksin kepada artis, Alif yang pernah melalui pengalaman disahkan positif COVID-19 kurang bersetuju dengan saranan sesetengah pihak selebriti harus menjadi penerima terawal suntikan berkenaan.



Menurutnya, pemberian vaksin seharusnya diberikan mengikut keutamaan. Bukannya bersandarkan kepada status seseorang.

"Saya bukan doktor dan saya tidak tahu bagaimana sistem imun badan manusia bekerja. Itu adalah pendapat masing-masing. Bagi saya, suntikan vaksin harus diberi mengikut keutamaan," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 2-4-2021 01:17 PM
Senang beno hangpa caya nooo.. aku jah sorg yg tak cayo.. koh koh
Quote Piramida 2-4-2021 01:20 PM
Of course lah rentas2 ni dpt kebenaran sbb urusan kerja... takkan lah bodoh mintak kebenaran atas urusan honeymoon.
Btw.. jgn jd mcm Alif ok.. kerja kerja rentas rentas... rupanya +ve.
Wallahualam.
Quote Cleocatra 2-4-2021 01:22 PM
Amboi mamat ni, walapun dah dikakikan oleh PA tersohor Malaysia, masih lagi tu nak mencapup. Nanti aura neg terpalit kat kau baru tahu
Quote Nunie 2-4-2021 01:46 PM
Jgn nk jd hero menegakkan benang basah.
Quote Cik_jantung 2-4-2021 01:54 PM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 01:28 PM

..........
Quote Cik_jantung 2-4-2021 01:58 PM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 01:28 PM
Piramida replied at 2-4-2021 01:20 PM
Of course lah rentas2 ni dpt kebenaran sbb urusan kerja... takkan lah bodoh mintak kebenaran atas ur ...

...........
Quote Nenasketum 2-4-2021 01:59 PM
Coming from a dumba** defending another dumba**.
Quote Aneem 2-4-2021 02:00 PM
Cik_jantung replied at 2-4-2021 01:54 PM
Takde sape marah kalau mereka kena rentas negeri atas sebab kerja. rentas negara sekalipun pergilah. ...

Pakej naik jetski sekali..
Quote enot_sibudak 2-4-2021 02:01 PM
hg xpyh nk mencapub la alip..hg rekod baik skit skrg hg diam sudah
Quote elnor_81 2-4-2021 02:13 PM
Cover member la tuuu!!ni adik ipar aku nk balik. Mak mertua aku x sihat. Mata bengkak. Polis x bg balik. Nk surat doktor. Dh bg gambar pun, x bg jugak. Bengong!
Quote uori 2-4-2021 02:16 PM
Takde sape cakap ko bisu kalau ko diam
Quote Dodod 2-4-2021 02:17 PM
elnor_81 replied at 2-4-2021 02:13 PM
Cover member la tuuu!!ni adik ipar aku nk balik. Mak mertua aku x sihat. Mata bengkak. Polis x bg ba ...

mmg xsemudah yg disangka la kan. tp depends polis kot sbb jiran aku abg dia balik dr phg alasan ziarah mak dia tnggal sorg lepas pulak. ni aku pon nk try sb org tua aku tggal berdua.. yg mak kanser survivor.. risau lemah semangat je org tua tu.. smlm pon dh call. haih. tgk org naik jetski sgt lah menyakitkan hati ni.. ignorant betul minah tu
Quote elnor_81 2-4-2021 02:18 PM
Dodod replied at 2-4-2021 02:17 PM
mmg xsemudah yg disangka la kan. tp depends polis kot sbb jiran aku abg dia balik dr phg alasan zi ...

Tu la psl. Pdhal doc ckp,tnjk je gambar. Aku ckp..polis x terima.nk surat jugak. Itulah nasib rakyat marhaen. Hhmm
Quote giyomi 2-4-2021 06:31 PM
just shadap...ko makin tak bijak...dulu ramai yg kata ko tu ni , p now tebukti you are nothing.
Quote mrsbale 2-4-2021 06:45 PM
Ait nak jugak.
Bakal sendri rentas utk holiday soon ke.
Dari xkesah kewujudan dia nih terus rase meluat.
Quote apedehal 2-4-2021 06:49 PM
Hek eles...kalau sbb retis yg terpalit tu lopa ade ko nak bg pandangan jahil ko ni..masa risteena awat senyap..pigidahh..iols pangkah alip ni
Quote Humayra56 2-4-2021 06:49 PM
Piramida replied at 2-4-2021 01:20 PM
Of course lah rentas2 ni dpt kebenaran sbb urusan kerja... takkan lah bodoh mintak kebenaran atas ur ...

Ntahnye. Ape kebodoh nk lurus kebendulnya. Adohaiii
Quote slyfynx 2-4-2021 07:18 PM
Ye la. Sbb ko pun penah rentas, and positif, and susahkan ramai org kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Quote anakmak 2-4-2021 07:21 PM
Boleh rentas x boleh rentas ikut polis sebenarnya
Adek ipar aku laki bini lepas balik kenduri adek ipar kat Perak
Makcik diaorg pun lepas balik nak gi kenduri
Siap kata adek ipar aku, polis kata kalau adek punya kenduri boleh ja balik
Aku yg x balik, kerja 1 hal masa 2 hal sop pun 3 hal
Aku rasa rentas merentas ni x strict sangat dan ikut polis2 yg handle agaknya
Aku mmg x ke mana sinced pkp 1
Aku x suka org melawat pun ya
Aku melawat org apatah lagi

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.055585 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top