CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uyaina Arshad Teruja Berlakon Ditemani Ikan

2-4-2021 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3844| Komen: 17|Original author: Raline

Description: Mungkin kita nampak kerja sebagai pelakon ni mudah, hanya perlu hafal skrip dan berlakon di hadapan kamera. Lepas drama atau filem dah keluar, populariti ...


Mungkin kita nampak kerja sebagai pelakon ni mudah, hanya perlu hafal skrip dan berlakon di hadapan kamera. Lepas drama atau filem dah keluar, populariti pula datang menyusul.

Namun, itu hanya apa yang kita nampak dan hakikatnya bidang kerja mereka juga ada cabarannya tersendiri. Terbaharu, Uyaina Arshad berkongsi pengalamannya menjalani sesi pengambaran di dalam air sambil ditemani dengan ikan-ikan.



Sekali pandang memang nampak macam seronok dan mudah dilakukan. Namun, Uyaina tetap mengakui ianya sesuatu yang mencabar dirinya. Menurut Uyaina, pengambaran tersebut merupakan salah satu pengambaran yang sukar yang pernah dilakukannya.

Katanya lagi, sebelum ini tidak pernah melakukan aktiviti menyelam, jadi agak susah untuk melakukan aksi pergerakan dalam air.



Selain itu, Uyaina turut menyatakan pakaian yang dipakainya itu, walaupun cantik, agak menyukarkan pergerakkannya.

“Baju ni sangat susah untuk diuruskan, sampai terbelit dekat selipar penyelam. Tapi secara visual ia sangat cantik dan buatkan saya gembira,” katanya mengambarkan detik pengambaran dalam air itu.

Difahamkan pengambaran itu adalah untuk babak montaj bagi sebuah drama dan turut dilakonkan bersama dengan Zul Ariffin. Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata berasa kagum melihat aksi Uyaina di dalam air.

Rakan-rakan artis juga turut memberikan komen, sampaikan ada yang kata Uyaina kelihatan seperti Khaleesi dalam siri televisyen drama ‘Game of Throne’ dan juga seperti Ikan Duyung.




Tapi bagi yang dah pernah pergi diving mesti tahu betapa susahnya nak buat pelbagai aksi dalam air, lagi-lagi dengan pakaian sedemikian. Apa-apa pun, itulah antara cabaran dan usaha mereka yang bergelar pelakon demi menjayakan sesuatu babak.


Sumber : https://www.koolfm.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 1-4-2021 09:42 PM
Quote JalaEmas 1-4-2021 09:55 PM
nape aku rase seram pulak tgk air tu.. hahaha.
Quote exclusive_vvip 1-4-2021 10:30 PM
lawa jgk scene ni..tapi mcm sayang pulak si uyaina yg buat..kalu hannah delisha@nelydia@uqasha@amyrarosli yg buat, mcm lagi sedap dilihat..hihi
Quote slyfynx 1-4-2021 10:38 PM
Ku ingat ade scene dgn anak ikan
Quote Perawankota 2-4-2021 03:42 AM
Power gak lah dia blh buat scene mcmni
Quote Aneem 2-4-2021 09:25 AM
Ikan pun macam tak kuasa nk layan kau..
Jelly fish apo kening tebal ni..
Hahahaha
Quote Mawar91 2-4-2021 10:46 AM
Teringat pulak MV FT lagu Smpai syurga.. BTW mmg nmpk cantik gak la video dlm ni.Nak tgok montage rupe ape nti.
Quote akuHavocczz 2-4-2021 01:18 PM
try hard sangat dia ni.. tapi tetap senduuuu
Quote missbigrockstar 2-4-2021 01:47 PM
Nampak seksa dia try berenang and apungkan diri.
Quote diiyanazakaria 2-4-2021 01:53 PM
Xsama lgsg ngn khaleesi..and x graceful n kelam kabut je nmpk..kalo still photo maybe cantik
Quote anakmak 2-4-2021 03:18 PM
Pendek terlipat ja akk tgok kau dek
Cuba belajar stretch kan badan panjang kan kaki
Environment dah cantik tu baju pun sesuai tp Hang mcm terduduk dlm ayaq pool tu
Quote fealefea 4-4-2021 01:04 PM
X jugak membuktikan talent berlakon. Talent menyelam ada la kot.
Quote wirazam 4-4-2021 01:14 PM
exclusive_vvip replied at 1-4-2021 10:30 PM
lawa jgk scene ni..tapi mcm sayang pulak si uyaina yg buat..kalu hannah delisha@nelydia@uqasha@amyra ...

hurt but truth
Quote kiah_mai_pulak 4-4-2021 01:26 PM
ye ye lahhhhh tu
Quote Duriand24 4-4-2021 02:02 PM
I xtau la kenapa i xbleh nak suka uyaina ni. Turn off betul bila tgk sheola bercakap. Satu lg x sesuai dengan wajah itu nama jadi elsa hahahahaha ecah sesuai
Quote Duriand24 4-4-2021 02:03 PM
exclusive_vvip replied at 1-4-2021 10:30 PM
lawa jgk scene ni..tapi mcm sayang pulak si uyaina yg buat..kalu hannah delisha@nelydia@uqasha@amyra ...

Haaa well said! Hannah delisha pun ok rasanya
Quote Duriand24 4-4-2021 02:04 PM
Raline replied at 1-4-2021 09:42 PM

Terkujat den. Hahaaa apo ko tebal nau kening kau! So yesterday

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.053027 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top