CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Awak Kayu Saya Pun Nampak Tak Elok" - Erra Pula Bising Isu Pelakon Baru

1-4-2021 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11973| Komen: 65

Description: Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mengakui sedikit terkilan dengan sikap segelinitir pendatang baru di dalam industri seni yang disifatkan seperti tiada usaha dalam memperbaiki mutu lakonan.
Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mengakui sedikit terkilan dengan sikap segelinitir pendatang baru di dalam industri seni yang disifatkan seperti tiada usaha dalam memperbaiki mutu lakonan.



Jelas Erra, ada kalanya dia terpaksa memberikan tunjuk ajar kepada para pelakon baru ketika menjalani proses pengambaran bagi memastikan mutu lakonan yang mantap.

“Sejujurnya kadang-kadang saya pun tak tahu pelakon baru yang digandingkan dengan saya itu Instafamous atau tidak. Mungkin saya tidak berapa tahu.

“Saya pernah berlakon mungkin dengan pelakon-pelakon baru yang kaku atau lebih mudah orang kata kayu. Pengalaman mungkin ada cuma kurang.

“Saya sedikit kecewa kerana mereka tiada usaha untuk memperbaiki diri. Bila anda beraksi dengan saya, tanggungjawab saya pula nak pastikan lakonan mereka okay sebab kita bergandingan.

“Kalau awak kayu saya pun nampak tak elok. Jadi satu kerja pula nak mengangkat mereka untuk menghidupkan sesebuah babak itu,” katanya kepada MH.




Dalam pada itu, Era turut berpendapat setiap pihak harus memainkan peranan agar masalah seperti ini dapat dielakkan.

“Perkara ini nak salahkan satu pihak je tak boleh. Semua pihak kena main peranan. Kalau pengarah dah tahu pelakon itu kayu, dia kena tahu cara untuk mengatasi.

Producer pula kena fikirkan betul-betul keputusan mereka dalam pemilihan pelakon.

“Memang betul kita kena bagi peluang dekat pelakon-pelakon baru. Boleh sahaja tapi janganlah mulakan mereka sebagai pelakon utama. Watak sampingan pun dah okay supaya dia ada pengalaman,” katanya lagi.

Pada masa sama, pelakon filem 7 Perhentian ini turut merasakan sikap ambil lewa pelakon baru itu sendiri ada kalanya membuatkan mereka tidak berganjak di takuk yang lama.


Kredit foto: IG Erra

“Pelakon baru ni pula ada dua jenis sikap nak bertanya dan tak nak bertanya.

“Kadang-kadang saya rasa kesian sebab mereka dah rasa selesa. Mungkin mereka rasa begitu sebab mereka dipanggil bukan kerana rela hati.

“Kalau ada perangai macam tu saya rasa tak lama la dia dalam industri. Lebih baik kita yang dalam keluarga produksi ni tegur daripada orang luar atau netizen yang tegur,” jelasnya.


Sumber: Media Hiburan
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 1-4-2021 05:37 PM
Betul tu ratu. Tapi banyak sangat luahan pelakon senior ni banyak ke cerita baru yg ig femes atau new comers berlakon? Kang takda beza pelakon ke ig selebriti? Bebudak ig femes ni heran apa, deme harap populariti dan duit jah
Quote KBW2 1-4-2021 05:40 PM
So rich coming from Erra. Kehkehkeh
Quote 3chanceno 1-4-2021 08:11 PM
Ramai je Budak2 bbnu nonton drama2 kol 7 nie??
Quote Pak.dolla 1-4-2021 08:17 PM
Dia dulu pun berlaakon mcm kayu, x igt ke?
Quote pxlbb 1-4-2021 09:01 PM
Kalau Erra kayu, siapa je tak kayu di mata chuols {:shy

Habis la industri perfileman malaysia ni kena tukar ke industri asas kayu.
Quote misssakura 1-4-2021 09:03 PM
sheol tak kayu ke
Quote FY08 1-4-2021 09:06 PM
Slain palon aku tggu jgak dj senior komplen dj2 zmn skrg yg suka mgilai syok sendri dkt radio
Quote JalaEmas 1-4-2021 09:07 PM
lately byk pula seniur2 bersuara ek.. drama2 ape yg instantpemes2 ni berlakon ye.. iolls rase last bertunggu dpn tv lyg tyt tu je.. pastu nk lyn aku yg kau gelar yisteri tu pn kayu2 jua berlakon walaupon bukan bdk2 instantpemes.. huhuhu
Quote prizadane 1-4-2021 09:15 PM
Tapi Erra zaman sembilu dulu pun kayu kayan juga. Lately ni je nampak okay especially dalam gerak khas... sorry Erra. Tapi iols setuju je bab instafemes kayu kayan tu n mereka ni jenis young generation yang rasa they’re always right
Quote dua_chzy 1-4-2021 09:17 PM
Ex pelakon kayu, kasik nasihat kat pelakon kayu.
Quote BicaraHatiku 1-4-2021 09:24 PM
Lepas ni instafemes pulak menyemak tv.
Quote qusairy 1-4-2021 09:46 PM
Alah bagilah muka sikit dak2 baru mmg lah kayu, awk tu dlu pun kayu kayan gak x de siapa bising
Quote xein 1-4-2021 10:35 PM
FY08 replied at 1-4-2021 09:06 PM
Slain palon aku tggu jgak dj senior komplen dj2 zmn skrg yg suka mgilai syok sendri dkt radio

dah ada yg sound dah, 2 or 3 years ago kot

dj isma halil hamzah
Quote rosannazmia 1-4-2021 10:39 PM
misssakura replied at 1-4-2021 09:03 PM
sheol tak kayu ke


Kayu.. Tp dia ada usaha nak improve sampai lah dia dinobatkan jd pelakon wanita terbaik.. Kira berbaloi lah dia memerah usaha.. Zmn dolo2 xde socmed jd dia perasan sndri agaknya lakonan kayu, selain ditegor oleh director n pelakon senior..
Quote duri_durians 1-4-2021 10:40 PM
saya masih trauma tgk lakonan awak dalam Wangi

terbayang-bayang lakonan yg keras dan tak meyakinkan tu.

Quote lumie 1-4-2021 10:45 PM
Kenapa ramai pelakon senior up issue kayu ni ? Cite ape yg tgh shoot pelakonnye kayu ?
Quote bluecrystal 1-4-2021 10:46 PM
Tapi ratu dulu kayu2 pun bermula dari watak pembantu ke
Quote ~boolean 1-4-2021 10:47 PM
bila kayu menegur kayu
Quote Joysparta 1-4-2021 10:49 PM
Ratu ngata sapa tu?

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.330967 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top