CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bila Anda Sangka Tiada Yang Memerhati! Lelaki Kena Sound Dengan MBPP

25-3-2021 10:17 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5927| Komen: 24|Original author: Oleh: natrahn

Description: Takde Sivik - Selamba Buang Sampah Dari Kereta, Lelaki Ini Bakal Dihukum Pihak Berkuasa


Kita semua memang benci dengan sikap segelintir individu yang tidak menjaga kebersihan terutama di tempat-tempat awam.

Viral di media sosial video seorang lelaki membuang sampah dalam kuantiti yang banyak dari keretanya di kawasan tempat letak kereta awam. Selamba betul!


Kredit Foto - Facebook MBPP

Perbuatan lelaki tersebut bukan sahaja mengotorkan kawasan awam tersebut, bahkan memberikan persepsi buruk terhadap majlis bandaraya yang bertanggungjawab menjaga kawasan terbabit.

Khabarnya, kejadian tersebut dipercayai telah berlaku di Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town. Video berdurasi 3 minit itu mengundang kemarahan netizen. Mana taknya, selamba betul buang sampah di situ.



Loading FB Post...

Video ini telah mendapat perhatian Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan melalui satu hantaran rasmi di Facebook, pihak MBPP sangat kecewa dan memandang serius terhadap individu yang telah mengotorkan kawasan tersebut.


Kredit foto: FB

Menurut MBPP, individu tersebut akan dikenakan hukuman denda sehingga RM500 dan bagi sabitan kedua dan seterusnya, pesalah akan berdepan dengan denda sehingga RM1,000 berdasarkan Seksyen 47(1)(e) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974.


Kredit Foto - Bicaramentari.blogspot.com : Gambar Hiasan

Dalam masa sama, MBPP menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada pihak MBPP bagi memastikan kejadian sedemikian tidak akan berulang dan memastikan persekitaran sentiasa bersih.

Sampai bila tabiat buruk membuang sampah merata-rata tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain dan alam sekitar akan berubah. Kan menjaga kebersihan tanggungjawab kita bersama? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 25-3-2021 10:41 PM
Nama jalan tu bila nak tukar?? Penghinaan tau,penghinaannn.
Quote AyaqMeloSuam 25-3-2021 10:44 PM
Dasat.... tmpt umum plk tu.. hambekk {:run
Quote Normabaru 25-3-2021 10:46 PM
Otak dah terbuang sekali kot
Quote tuttt 25-3-2021 10:57 PM
Ni kereta ke lori sampah. Hawau banyaknya sampah. Yg buang sampah tu pun sampah
Quote Skuau 25-3-2021 11:49 PM
Belibis replied at 25-3-2021 10:41 PM
Nama jalan tu bila nak tukar?? Penghinaan tau,penghinaannn.

tunggu depa guling atas jalan tu.
Quote SayaSayangMama 26-3-2021 12:09 AM
Ya Allah tolong la sayang sikit alam sekitar. Pikir la panjang sikt jgn ikut sedap celah ko je. Kesian la kt longkang, jalan raya semua bertebaran sampah ko. Dasar betul
Quote umbut 26-3-2021 12:21 AM
Pelik org2 macam ni... xda sivik. Selamba je buang macamtu... sediakan plastik buang lah kat mana2 tong sampah or buang kat rumah.. pengotor pemalas berak x cebok
Quote diamond_intan 26-3-2021 02:02 AM
Banyak betul sampah. Dia bersihkan pun mesti sb da berulat
Quote swimswim 26-3-2021 04:07 AM
Begitu byk punya tisu.. Baru lps selet kah
Quote Chriatina 26-3-2021 05:04 AM
otak pun isi sampah jga kh ??
Quote Cieejiee 26-3-2021 06:05 AM
Pelik juga
Quote Jorja 26-3-2021 07:16 AM
Eu pengotornya. Jenis suka kumpul banyak2 bru buang
Quote cikatilia 26-3-2021 09:35 AM
siot pengotor mmg jilake
keta ko bersih ko kotorkan alam sekitar plak
Quote LadyCarefree 26-3-2021 09:38 AM
Sskjp bila nak saman?
Quote che-cikL 26-3-2021 09:42 AM
Masjid Kapitan Keling - not a stereotype punya. Ada 3 elemen bangsa di situ.

Lama dah iols teringin nak nengok nya, ada ke lagi masjidnya tu, ke nama jalan je?
Quote prettyuglybabe 26-3-2021 10:22 AM
sepet prc.. nasib baik dia tak berak sekali tepi kereta tu..
Quote tikusmontok 26-3-2021 10:34 AM
pengotor punya selet
Quote auntyonion 26-3-2021 11:41 AM
macam org xde akal ! {:dot
Quote Sham143 26-3-2021 02:36 PM
La.. Denda RM500 aje.. Ingat RM5k tadi..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.057717 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top