CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Apa Yang Pelik Sangat? Video Tular Gadis Makan Laksa Pakai Tangan Timbulkan Rasa Janggal

25-3-2021 10:36 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 14402| Komen: 68

Description: Dalam dunia ini, terdapat pelbagai cara untuk menjamu selera mengikut adat dan budaya bangsa masing-masing.



Dalam dunia ini, terdapat pelbagai cara untuk menjamu selera mengikut adat dan budaya bangsa masing-masing.

Ada yang mengunakan tangan untuk menyuap makanan, ada juga yang menggunakan chopstick atau penyepit dan paling ramai menggunakan sudu dan garfu selari dengan budaya barat.

Makan menggunakan tangan adalah sesuatu yang biasa di Malaysia dan negara-negara tetangga. Ia turut diamalkan di Timur Tengah, Afrika, Amerika Selatan dan beberapa negara lagi.

Namun bagaimana pula jika makan makanan berkuah dengan hanya menggunakan tangan dan bukannya sudu?

Ternyata, baru-baru ini video tular di Twitter memaparkan seorang gadis sedang makan laksa dengan menggunakan tangan telah menimbulkan perdebatan dan rasa pelik dikalangan sesetengah warganet.





Tapi sebenarnya tak ada apa yang pelik pun sebab kalau makan nasi kita boleh suap pakai tangan apa pula beza makan laksa pakai tangan. 

Lagi pun, difahamkan makan laksa menggunakan tangan adalah suatu perkara biasa di beberapa negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Johor. 




Itulah keindahan budaya masing-masing dan kita perlu hormati budaya orang baru lah orang pun akan hormati budaya kita pula. Yang penting bukan menjadi satu kesalahan pun tak gunakan sudu atau garfu ketika makan makanan berkuah. 

Janji, perut kenyang dan makanan tak bersepah. Betul tak?

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 25-3-2021 10:45 PM
alahai, nak malukan orang sekali diri sendiri kena hencap.
bangga la sangat budaya barat.. pakai tangan sunnah kot. apa masalahnya
Quote AyaqMeloSuam 25-3-2021 10:45 PM
Supposed too.. laksa johor kot.. bukan laksa peneng.. mmg mkn ngn tgn.. aiyaa
Quote namemysoul 25-3-2021 10:53 PM
Kalu laksa utara mkn gn tgn ......pokok kagum...nak2 mkn dgn cili padi....huhuhu
Quote bakingsoda 25-3-2021 10:56 PM
kat serambi mana ada org makan laksam dgn tangan laksam tu lemas2 manja dlm kuah kot, pelik je mkn ngan tangan kalau kuah banyak. laksa johor tu ok la
Quote hasniey 25-3-2021 11:01 PM
Laksa johor mmg la gitu.sbb kuah pekat.patutnya kuah dia menyeliputi setiap helaian spaghetti tu.hah sbbtu org mkn dgn tgn.tp skrg org mls nk pkai tgn.nnt tgn bau sambal belacan
Akk ni igt semua mknn kt malaysia ni dr dulu pakai sudu garpu agaknye.
Quote ellejo 25-3-2021 11:09 PM
laksa johor kan kuahnya likat pekat. yg atas tu cair sangat utk dimakan dgn tangan.

orang melayu bukan bodoh. kita ni ada je pencedok sejak zaman dulu lg untuk benda2 berkuah.

ko ingat nenek moyang kita semua pakai tangan? keruk nasik pakai tangan? penatla org tua dulu2 membuat senduk ke penceduk ke sudu dari kayu dan buluh dulu.





Quote sk8er 25-3-2021 11:45 PM
perghhh makan laksa dgn tgn mmg satu nikmattt!!
Quote untoldname 25-3-2021 11:57 PM
Lamernyer dah tak makan laksa johor..n kalau makan laksa johor memang pakai tangan.. apooo...cakap lah tak penah makan n tak penah tau pon mcm mane nk makan laksa johor tu kan...
Quote Skuau 25-3-2021 11:58 PM
pelik itu..bila di luar kebiasaan....mereka yg tak pernah melihat atau melakukannya.Dlm kes ini 'piah' mungkin bkn berasal dari negeri yg 'guna tangan tuk makan makanan yg 'bertali'@mee@laksa.
Quote Aai2 26-3-2021 12:05 AM
Tak pelik pun guna tangan kalau dah biasa mkn laksa bg stgh tempat tertentu,akak mkn laksa Trg pun guna tgn dr kecik,x kra kuah putih atau kuah merah...nikmat rasanya bila gaul sebati laksa, kuah dgn ulam2nya
Quote sarah96 26-3-2021 12:36 AM
Dia bodoh tu yg dia speechless. Obviously she doesn't know about laksa Johor.
Quote watymuchaz 26-3-2021 12:44 AM
Kat trg makan laksa guna tgn.. Elok je. Biarlah dia tgn dia.. Bkn pinjam tgn hang pon. Itu pon nak sibuk.. Alahai netz
Quote kakikuDibibirmu 26-3-2021 04:26 AM
Johor caprut memang pelik, spageti pun dikatakan laksa
Quote Cieejiee 26-3-2021 06:02 AM
Wahhh sedapp tu
Quote hashashes 26-3-2021 06:16 AM
Takyah hirup sangat kak kang terpercik kuah kat tudung tu hehehehe
Quote Pikapikachu 26-3-2021 07:39 AM
Dapnyaa laksa johor.. kat area rumah aku ni org suka buat kuah cair, masin pulak tu. Stress je makan.. hurmmmmmmmmm
Quote knbzz 26-3-2021 07:46 AM
Okay je tu mkn dgn tangan masuk mulut gak
Quote Jorja 26-3-2021 07:55 AM
Tak payah la nak agung2 kan makan pakai tangan ka makan pakai garfu ka. Ikut suka hati lah
Quote bukanomi 26-3-2021 08:00 AM
Aai2 replied at 26-3-2021 12:05 AM
Tak pelik pun guna tangan kalau dah biasa mkn laksa bg stgh tempat tertentu,akak mkn laksa Trg pun g ...

Peliklah bagi dia mgkn sbb kurang bergaul. Tak pernah kenal budaya orang lain. Kesian...

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.182960 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top