CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dulu Crush Dengan Guru Ganti, Bekas Pelajar Nekad Kahwin Biar Beza Usia 11 Tahun

25-3-2021 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10618| Komen: 47

Description: Pasangan yang dahulunya pernah mengenali antara satu sama lain di sebuah sekolah, hanya bertemu jodoh selepas sedekad.
Pasangan yang dahulunya pernah mengenali antara satu sama lain di sebuah sekolah, hanya bertemu jodoh selepas sedekad.

Jika dulu hubungan mereka sekadar guru dan pelajar, kini mereka berdua disatukan sebagai suami isteri dan perkongsian detik romantis itu dikongsikan menerusi aplikasi TikTok.


Bekas guru, Nor Izza Erma Ibrahim memberitahu, dia dan suami melangsungkan perkahwinan pada Disember 2020 selepas bertemu semula setahun sebelumnya.



Wanita berusia 36 tahun itu berkata, dia mula mengenali suaminya ketika bertugas di sebuah sekolah menengah di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 2010.

"Ketika itu suami sekadar pelajar di salah sebuah kelas di tempat saya mengajar. Saya bukan guru kelas dia pun, tapi pernah menjadi guru ganti di kelasnya beberapa kali.

"Masa tu dia baru berusia 15 tahun, masih muda remaja lagi. Saya tidak mengenalinya begitu rapat dan hanya menganggap dia sebagai salah seorang pelajar di sekolah," katanya kepada mStar.



Ammar (tiga, kiri) bersama rakan-rakan sekolah. foto nurwarnahidupku.blogspot

Lebih mesra disapa Izza, katanya, dia kemudian bertugas ke sekolah lain di Pulau Pinang dan mendirikan rumah tangga, namun hanya bertahan sehingga 2018 sebelum membuat keputusan untuk berpisah.

"Tahun berikutnya pada 2019 saya menerima DM (mesej secara langsung) daripada dia (kini suami) di Facebook, dan pada mulanya dia masih memanggil saya 'cikgu'.

"Dia pelawa saya untuk menjadi model fotografi bagi satu majlis permotoran. Pada mulanya, saya terkejut juga sebab dia masih kenal saya dan hubungan kami bermula dari majlis tersebut," ujarnya yang berhenti kerja sebagai guru pada 2016.



Sementara itu, bekas pelajar Izza yang kini adalah suaminya, Mohamad Ammar Mohamad Izham, 25, mendedahkan dia sebenarnya menaruh hati kepada guru ganti itu pada 2010.

"Saya crush dengan cikgu (kini isteri) sebab tertarik dengan personaliti dan cara pembawakan diri dia. Tapi sekadar crush sahaja sebab hubungan kami sekadar pelajar dan guru, tidak lebih daripada itu.

"Tapi saya tak tahu pun cikgu dah berpindah untuk bertugas ke sekolah lain, tiba-tiba hilang macam tu je. Tercari-cari juga tapi move on je lah," ujarnya yang berasal dari Bayan Baru.

Ammar berkata, dia bagaimanapun tergerak hati untuk mencari guru ganti itu setelah bertahun-tahun sebelum menjumpai akaun Facebook guru tersebut dan menghubunginya.



"Pelik juga sebab saya tengok tak ada pun gambar dengan suami di Facebook tapi saya tidak bertanya lanjut kerana menganggapnya sebagai perkara peribadi.

"Selepas tiga bulan kami berhubung semula sejak majlis permotoran tu, barulah saya mendapat tahu yang dia telah berpisah," katanya yang kini mengusahakan sebuah perniagaan.

Menyedari status ibu tunggal guru ganti itu, Ammar memasang strategi untuk mengenali lebih rapat sebelum menjalinkan hubungan yang lebih serius.

"Saya berterus terang tentang perasaan saya. Cukuplah dulu dia 'hilang' sekali. Saya tak nak lagi dia hilang buat kali kedua dan saya terlepas peluang," ujarnya.


Izza (kiri) kini bahagia bersama Ammar (kanan) dan anak lelakinya.

Walaupun jarak usia 11 tahun, namun ia bukan penghalang bagi kedua-dua bekas guru dan bekas pelajar ini untuk mengecapi kebahagiaan bersama sebagai suami isteri.

Izza yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama tujuh tahun berkata, suaminya begitu penyayang dan mengambil berat serta menerimanya seadanya dirinya yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki kini berusia lapan tahun hasil perkahwinan terdahulu.



"Pada mulanya saya takut dan serik, masihkah ada peluang kedua untuk berkahwin lagi terutama dengan usia dia jauh lebih muda. Tapi saya percaya restu keluarga dan keredaan Allah untuk saya mencari kebahagiaan diri sendiri untuk bersama dia," kata Izza.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 25-3-2021 01:20 PM
Rupa laki tu tak mcm 25 pon. Tahniah btw
Quote Normabaru 25-3-2021 01:24 PM
Nnt mcm cheta seden laa. Hehe
Quote Artemesiaa 25-3-2021 01:24 PM
Tahniah ler
Quote printercomel 25-3-2021 01:28 PM
Bestnya pegang rotan malam tu nanti.

Piapp piaapp. Nak buat lagi tak?!
Quote KIM.K 25-3-2021 01:33 PM
Toklaki terlampau kurus. Main syabu ke tu

Takpayahlah excited sangat, pelajar lelaki ni mmg macamtu. Budak MRSM sampai amik video nyanyikan lagu cikgu ganti nak berenti. Ada yang excel sains 98% markah pasal minat cikgu

Aku memang tak pernah la nakal2 dengan younger men. Kalau ada tu lupakan ajer..taktau. Geli lah
Quote depresio 25-3-2021 02:16 PM
Sebab tu bila ada yg kt konon hubungan cikgu mcm ibu ngan anak aku nk muntah je rasa..
Konon cikgu kena pakai cantik2 nak tarik perhatian murid belajar.. gila punya idea. Student nk pergi sekolh belajar ke menggatal..
Jaga adab ko tetap bukan mahram.
Pakaian kena jg pergi sekolh tu.. jgn melebih2
Ko cikgu dia student.. jgadab
Quote rosasen 25-3-2021 02:28 PM
dah jodoh diorg... ok je tgk kapel ni.
lelaki tu nampak matang dr usia. ok la tu...
Quote Kurex 25-3-2021 02:41 PM
Hati2, mungkin utk suruh buat loan utk beli motor
Quote helicornia 25-3-2021 02:46 PM
masa aku sek dulu ada gak student lelaki kawin dgn cikgu pompuan lepas abis sek
cikgu tu dah dekat 40
tapi tak kekal pun
Quote user.name 25-3-2021 03:02 PM
laki nampak macam budak nakal jah?
Quote tagas 25-3-2021 03:13 PM
Bewak idop ke dok nih

hrp cikgu tak tanggung lepas kawen
Quote annehuda 25-3-2021 03:23 PM
kalau kt barat ni confirm cikgu tu kene maki. grooming anak murid kekdahnye
Quote roserouen 25-3-2021 03:43 PM
Selamat kembali berumahtangga. Jaga anak tu elok2. Bekas suami pun dah kahwin semula kan.
Quote Jorja 25-3-2021 03:53 PM
Tahniah bagusla. Asyik2 dengar cikgu lelaki kawin ex student
Quote doubleA 25-3-2021 04:34 PM
tagas replied at 25-3-2021 03:13 PM
Bewak idop ke dok nih

hrp cikgu tak tanggung lepas kawen


Ikut artikel tu cikgu dah berhenti kerja. Laki ada bisnes sendiri, laki tawar ex cikgu jadi model permotoran. So mungkin bukan bewok
Quote miu84 25-3-2021 04:44 PM
Okeh sebab rupa tak nampak jarak umur beza dengan laki, hokehla, meols tak cerca. Kalau betul kat sekolah takde hubungan ape ape takpe. Jangan dari sekolah dah start usya mengusya adoi, itu sangat pedo.
Quote manehnya 25-3-2021 06:07 PM
Untong kan dot pucok muda...
Quote LadyCarefree 25-3-2021 06:30 PM
Kurex: Hati2, mungkin utk suruh buat loan utk beli motor



Dah berhenti jadi cikgu 3 tahun dulu
Quote user.name 25-3-2021 08:58 PM

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.060956 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top