CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

SOP Semua 'Kelaut', Jenama Baju Tempatan Anjur Fashion Show Bikin Ramai Marah!

25-3-2021 04:23 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8313| Komen: 42|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Sejak akhir-akhir ini, pelbagai kontroversi ditimbulkan oleh 'insta famous' di media sosial. Kebanyakkannya membabitkan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Perger ...





Sejak akhir-akhir ini, pelbagai kontroversi ditimbulkan oleh 'insta famous' di media sosial. Kebanyakkannya membabitkan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter mendedahkan bahawa sebuah pertunjukkan fesyen yang dilakukan oleh sebuah butik popular telah melanggar SOP. Lebih dasyat, bukan seorang yang membuat onar, tetapi hampir satu dewan (model dan penonton) tidak memakai pelitup muka!

Dengan tempat duduk berdekatan antara satu sama lain, mereka ternyata tidak mengendahkan SOP!

Foto : Twitter

Pemilik jenama tersebut juga menerusi 'insta story' menjelaskan yang mereka tidak mengamalkan SOP tersebut, beraninya.

"Hari ni memang SOP takda langsung. Kalau saman tu..."



Dengan bergurau menyatakan jika muncul kluster, ianya dinamakan "Kluster L***R*** Raya" ternyata ia seakan-akan mencabar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Ianya membuatkan netizen turut bengang dengan situasi semasa. Di kala orang lain terdedah dengan kompaun setinggi RM10,000 kerana melanggar SOP, ada pula golongan yang popular merasa mereka kebal dari undang-undang.

Foto : twitter


Malahan, netizen turut membandingkan jenama antarabangsa seperti Gucci dan Prada hanya mengadakan pertunjukkan fesyen tanpa penonton tetapi ada pula jenama Malaysia yang tergamak membuat secara fizikal.

Foto : IG


Jadi, bagaimana? Diharapkan pihak berwajib bertindak setegasnya, agar tidak dipersoalkan masyarakat jika pilih kasih. - CARI





Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Plain-tif 25-3-2021 04:38 PM
What the!!!!
Quote KIM.K 25-3-2021 04:39 PM
Dulu aku suka LR ni..lama2 taktau apasal aku kecik ati dgn LR
Quote mama_neko 25-3-2021 04:41 PM
Edited by mama_neko at 25-3-2021 04:43 PM

come on pdrm. budak  beli panadol ampa saman 10k, yang ni terang2 founder bodoh. bangga kalau ada kluster brand depa??? igt statistik org yang maut sbb covid tu nombor ja ka? bodohnya founder ni.. i can not brain why people still beli brand depa... design tak wow pun... pakai pun cheap material. lace zaman bila.. gerammmmm... belagak...
Quote Belibis 25-3-2021 04:51 PM
Bukan kebal virus,tapi kebal undang2.geng2 seleb ni penguatkuasa slow sikit.maklumla bangsawan kayangan.anak menantu menteri kan sebahagian mereka.
Quote husna_amal 25-3-2021 04:51 PM
Bukti dah jelas tu. Bodoh2 je kena saman nanti.
Quote cashewnut 25-3-2021 05:39 PM
Ambik la video tu pi letak kat fb pdrm. N terus je report dalam tu. Mau kaya pdrm dpt tangkap saman golongan gini.
Quote Kurex 25-3-2021 05:49 PM
Tu la beza pesyen designer malaysia termasuk RI dgn designer gah2 obersea
Quote MadameOnion 25-3-2021 05:56 PM
Dah 2021 masih ada lagi yg pakai brand LR ni ke?
Quote helicornia 25-3-2021 06:12 PM
wartawan ni dulu fail BM ke.
kebanyakkan pertunjukkan. dik kalau nak jadi wartawan BM biar betul ye
Quote Perawankota 25-3-2021 06:16 PM
X pernah beli n tak minat
Quote skinsandstars 25-3-2021 06:17 PM
Dah boleh dah semua orang boikot founder2 fashion designers yang bangang macam ni. Siap gelak-gelak pasal SOP dan letak di sosial media bagai. Sangat biadap
Quote AnaisAnais 25-3-2021 06:22 PM
semoga Allah permudahkan urusan PDRM dan dapat kenakan RM10K kompaun kat semua yg terlibat. aminnn
Quote helicornia 25-3-2021 06:29 PM
peniaga mm ni patut kena denda lebih berat.ari tu aku dengar news peniaga kena denda 80k sbb bukak kedai lebih dr waktu operasi dibemarkan
Quote airmineral 25-3-2021 06:29 PM
sape drg ni
yg kebal undang2 tu makin sakan show off ya{:freak
Quote cronix 25-3-2021 06:49 PM
Tadi nampak juga dkt ig psl event ni. Suasana mcm sebelum covid. Tapi ni tengok bangga ya mengaku tak ikut SOP. Harap pdrm ambil tindakan sbagai ajaran utk org lain juga
Quote lavendernovella 25-3-2021 07:35 PM
Berdasarkan permerhatian iol yg tak seberapa ni, hukuman 10k tu hanya utk marhaen. Manakala.....
Quote farlis 25-3-2021 07:37 PM
Baju overrated...Pdrm sila amik tindakan
Quote Jemahjemah 25-3-2021 08:26 PM
Law untuk org miskin je. Org miskin xpakai mask betul2 pun kena saman. Yg kaya kaya ni terang2 xpakai, langgar sop mesti nak strt dgn siasatan dulu. Lepas siasat terus senyap krik krik je kes. Org mislin xde siasat2 dah. Saman terus
Quote Cieejiee 25-3-2021 08:39 PM
Berani nyee

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.057724 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top