Pemilik jenama tersebut juga menerusi 'insta story' menjelaskan yang mereka tidak mengamalkan SOP tersebut, beraninya.
"Hari ni memang SOP takda langsung. Kalau saman tu..."
Dengan bergurau menyatakan jika muncul kluster, ianya dinamakan "Kluster L***R*** Raya" ternyata ia seakan-akan mencabar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.
Ianya membuatkan netizen turut bengang dengan situasi semasa. Di kala orang lain terdedah dengan kompaun setinggi RM10,000 kerana melanggar SOP, ada pula golongan yang popular merasa mereka kebal dari undang-undang.

Foto : twitter
Malahan, netizen turut membandingkan jenama antarabangsa seperti Gucci dan Prada hanya mengadakan pertunjukkan fesyen tanpa penonton tetapi ada pula jenama Malaysia yang tergamak membuat secara fizikal.

Foto : IG
Jadi, bagaimana? Diharapkan pihak berwajib bertindak setegasnya, agar tidak dipersoalkan masyarakat jika pilih kasih. - CARI