CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yuna Belum Mahu Balik AS Lagi, Tunggu Sampai Disuntik Vaksin

25-3-2021 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8054| Komen: 42

Description: Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yuna belum berhasrat untuk kembali merancakkan kerjaya seni nyanyian di negara Uncle Sam itu dalam tempoh terdekat ini.
Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yuna belum berhasrat untuk kembali merancakkan kerjaya seni nyanyian di negara Uncle Sam itu dalam tempoh terdekat ini.

Yuna yang sudah hampir 10 tahun mencipta nama di pentas antarabangsa berkata, dia kini sedang sibuk menyiapkan album baharu di tanah air.

Foto: IG

"Perancangan nak pulang ke AS memang ada, tetapi bukan sekarang. Saya fikir belum selamat untuk saya dan suami kembali ke sana. Jika sebelum ini saya sering sibuk dan berada di sana, syukur kini saya dapat menghabiskan masa di Malaysia bersama keluarga.

"Kami akan tunggu sehingga disuntik vaksin, kemudian baru kami buat keputusan untuk kembali ke sana. Lagipun saya sedang menyiapkan album kelima untuk keluaran AS. Album terakhir saya dikeluarkan pada 2019, jadi saya tak mahu mengambil jurang masa terlalu panjang untuk album baharu," katanya.


Menurut Yuna, walaupun terpaksa berjauhan untuk berurusan mengenai album baharunya itu, namun dia cuba menyiapkannya sebaik mungkin.



"Sepanjang setahun berada di Malaysia saya sudah ada studio di rumah. Jarak tidak mendatangkan masalah untuk saya menyiapkan album ini. Semuanya boleh dilakukan dalam talian. Insya-Allah, album ini akan dilancarkan akhir tahun ini," katanya pada sidang media virtual koleksi hijab terbaru kerjasama antara jenama Putri N Rex dan Yuna semalam.

Bertemakan 'Embracing Sillaturrahim', ia akan dikeluarkan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.



"Saya teruja dapat menjadi sebahagian daripada jenama ini. Sudah lama saya gunakan jenama ini kerana yakin dengan setiap koleksi yang mereka keluarkan. Lagipunia mempunyai aspirasi dan identiti tersendiri," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 25-3-2021 02:36 PM
Somehow tertnye2 lah. Mmg yuna bole carik mkn eh kt sane..

Quote inspektoremos21 25-3-2021 03:01 PM
missyL replied at 25-3-2021 02:36 PM
Somehow tertnye2 lah. Mmg yuna bole carik mkn eh kt sane..

Iols baru nak tanya benda yg lebih kurang sama dgn u.. Yuna ni memang betul famous ke dkt Us tu..? Iols tengok mcm sendu walaupun dah bekerjasama dgn artis2/producer terkenal
Quote per706 25-3-2021 03:04 PM
Lantak ko la deq,blik ke x blik ke x membwa kesan ape2 pon kat idop akak deq,btw topi/kopiah(?) gmbar caption "busy gal" tu mcam movie hantu cina.depa rajin pkai topi/kopiah ala2 mcam tu..tggi fashion sense adeq skang,x terfolo n terhdam utk marhaen mcam akak ni.mampu tgok dlm kepelikan je laaaaaa
Quote nashnadnash 25-3-2021 03:35 PM
inspektoremos21 replied at 25-3-2021 03:01 PM
Iols baru nak tanya benda yg lebih kurang sama dgn u.. Yuna ni memang betul famous ke dkt Us tu..? ...

tak tahulah nak kata famous sampai masuk tv US tu tak la kot.tp kalau based on spotify and apple music listener dia ramai la worldwide, and even artist international pun macam aware lah dengan music yuna, even kpop idol pun. but tak sure la tahap cari makan tu macam mana. before covid dia ada buat tour semua, even not on big scale tp ramai jugak yg attend nampaknya. tp kalau tengok dia every year mesti dapat jadi duta for big brand kan
Quote apedehal 25-3-2021 03:46 PM
Aku rsa betul gak apa yg akk tu ckp rimas kut shawl pjg2 tp xtutup leher, xberat ke kepala tu bawak kebelakang nk tmpung shawl pjg2 gituu
Quote missyL 25-3-2021 03:53 PM
inspektoremos21 replied at 25-3-2021 03:01 PM
Iols baru nak tanya benda yg lebih kurang sama dgn u.. Yuna ni memang betul famous ke dkt Us tu..? ...

Kan.
Name pn sekali sekala je disebut tu pn cm nk impact sgt.
Kt msia yela die mcm dibanggakn..

Kt sane kan rmai lg yg muda n sexy n talented..
Rmai gile kot cube nasib nk jadi femes kt sane..
Semua pn berbakat..

Klo die dpt carik mkn sane
Kagum jgk la..
Even i rase nk jadi model sane pn klo setakat rupa exotic je ade pn ssh nk femes unless ade famous last name..
Quote missyL 25-3-2021 03:55 PM
apedehal replied at 25-3-2021 03:46 PM
Aku rsa betul gak apa yg akk tu ckp rimas kut shawl pjg2 tp xtutup leher, xberat ke kepala tu bawak  ...

Ntah la skang pelik2 tol style..
Nk pkai tudung at the same time nk nmpk kn tudung tu cm rambut

Ape ke motif pn xthu
Haha
Tutup rambut la sng kekdah nye bkn tutup aurat..
Quote likecandy 25-3-2021 04:35 PM
Bagus jugak lah x balik sana skrg
Dengan anti maskers, racism semua, seram I tgk US skrg
Quote kiah_mai_pulak 25-3-2021 04:36 PM
kezzzzzahhhhhhhhhhhh
Quote AbukRokok 25-3-2021 04:58 PM
dtg tempat org lepas tu berlagak mcm PATI kat sini minta hak campurtangan urusan dalaman dan politik
Quote Beaip 25-3-2021 05:47 PM
Time covid ni mesti schedule kosong je takde job.Sebab tu boleh duduk Msia berbulan lama.Lagipun Yuna dah lama kat US takde impact pun walau billboard keluar kat Times Square.
Kat Philly ni pun orang tak kenal Yuna from MY,dorang kenal penyanyi Yuna K-pop.Bila tunjuk MV Yuna Usher baru laki aku tau{:nose tu pon sebab Usher je.
Lagipun bila Yuna da pindah US,tudung berterbangan terus pakai turban ala african.Kalau dia confident,boleh je continue berhijab style dia dulu without exposing her neck and ears.
Quote dudaberhias 25-3-2021 05:54 PM
walaupun fesyen kaka yuna hauk... tapi lagu dia tetap la best so terpaksa maafin tudung beliau ittew dan teruskan menyokong sheols buat lagu di US... dah tu takkan kita nak kena sokong nabila razali menyanyi atau teruskan buat lagu pulak kan?
Quote bondeh 25-3-2021 06:49 PM
Makin lama I nampak yunalis cam liberal plak. Mengajar org lain biarkan berhijab fashion apa bagai (bukan nak tutup aurat tapi lebih kepada fashion). Apesal erk sheolls tak kekalkan imej tudung dia dulu.
Quote missyL 25-3-2021 08:07 PM
Beaip replied at 25-3-2021 05:47 PM
Time covid ni mesti schedule kosong je takde job.Sebab tu boleh duduk Msia berbulan lama.Lagipun Yun ...

I rase lau die stay imej dulu lg exclusive..
Sbb lain dr yg lain.
turban ala afrika tu ramai je cmtu kt sane kan..

Yuna kpop ade ke.....group ke..
Quote 3480 25-3-2021 08:59 PM
Aku x kesah pon dia nk tutup buka orat semua..
Cuma klu nk pakai tudung.. pakai la elok skit wlopon nk stylo.. turban2 ni x lawa bethooolll..

Btw.. lagu yuna sedap.. x sakit telinga.. penat aku dengo org nyanyi jerit2 sampai planet marikh
Quote limau_lemon 25-3-2021 09:07 PM
Yuna ni suka balas komen netijen.. Cer jadi mcm BCL.. Org komen dia seksi mcm mana pon dia buat tak tau je
Quote gekkou 25-3-2021 09:47 PM
missyL replied at 25-3-2021 08:07 PM
I rase lau die stay imej dulu lg exclusive..
Sbb lain dr yg lain.
turban ala afrika tu ramai je  ...

maybe yoonA from Girls Generation kot

yuna malaysia kalu, jadi Yuna Who?

but maybe ada la peminat2 yuna malaysia kat US sinun
yang dengar muzik secara santai2.close concert je kalau pergi
bukan yang all out macam mainstream musician yang famous2
cncert buat kat park gempak2 tu

Quote sfrnna 25-3-2021 10:06 PM
missyL: Somehow tertnye2 lah. Mmg yuna bole carik mkn eh kt sane..

Meols rasa dia famous as underground je la kat sana. Macam ada circle peminat sendiri sbb lately Meols tgk dia update IG ke apa mostly org Malaysia yang banyak like n comment. Plus follower IG dia pun x banyak. Collab dgn Usher n G-Eazy ttp x baik tinggi. Kurang controversi n lagu x berapa impak sgt n suara pun x wow cam typical singer songwriter Hollywood. Yg pasti PR dia x bagus. Tapi bagus dia ni, ada effort. Meols pun rasa dia do well kat US tu tp xda la kaya raya. Tapi family pun kaya kan. Sure ada side income here n there.
Quote Naneyra 25-3-2021 10:11 PM
bondeh replied at 25-3-2021 06:49 PM
Makin lama I nampak yunalis cam liberal plak. Mengajar org lain biarkan berhijab fashion apa bagai ( ...

Nanti takut lalu pulak kat us nun

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.337978 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top