CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

”Keadaan Buat Masa Ini Terkawal" - ATM Siap Siaga Ancaman Siber Korea Utara

25-3-2021 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10092| Komen: 92

Description: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap siaga untuk mengawal dan menjamin keselamatan negara dengan memberi fokus dalam setiap bentuk ancaman khususnya ancaman keselamatan siber dari Korea Utara.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap siaga untuk mengawal dan menjamin keselamatan negara dengan memberi fokus dalam setiap bentuk ancaman khususnya ancaman keselamatan siber dari Korea Utara.


Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ketika ini tahap kesiapsiagaan dipertingkatkan demi memastikan Malaysia selamat.

Katanya, kerja keras itu dilaksanakan untuk memastikan data-data rahsia negara sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terlindung.


Gambar hiasan

“Ancaman keselamatan pada ketika ini bukan sekadar fizikal sahaja, kita turut berdepan ancaman siber.

“Teknologi siber menjadi sebati dalam kelangsungan hidup harian rakyat sekarang khususnya urusan beli barang dan transaksi dalam talian digital dan jika kita musnahkannya seluruh rangkaian hidup kita yang bergantung sepenuhnya kepada dunia siber akan lumpuh,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan TIM Pemantau Antarabangsa Mindanau ke-16 yang akan berlepas ke Filipina Jumaat ini untuk meneruskan misi kedamaian di sana.

Affendi berkata, semua data-data rahsia yang disimpan dalam domain pertahanan siber kritikal perlu dilindungi, di samping memastikan sektor ini sentiasa selamat.

”Keadaan buat masa ini terkawal. Saya mengharapakan yang terbaik daripada pasukan yang sentiasa bekerja keras.

Ini termasuklah kemungkinan serangan siber terhadap laman-laman web penting Malaysia memandangkan Korea Utara mahir dalam melakukan penggodaman itu.

Affendi berkata demikian ketika diminta mengulas  peringatan keras Konsulat Kedutaan Korea Utara, Kim Yu Song sebelum keluar dari negara ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador pula menegaskan kawalan keselamatan telah diperketatkan pasukannya di kawasan sentitif di ibu negara susulan ancaman yang dilontarkan oleh Yu Song.


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizekni 24-3-2021 06:22 PM
Dirgahayu Tanahairku

terbaik Angkatan Tentera Malaysia
Quote noor2 24-3-2021 06:26 PM
Nampaknya ugutan serius la kan...
Quote notM 24-3-2021 06:27 PM
Berani nye....kena buat Pengkalan Amerika Kat Laut China Selatan ke?

Bursa Malaysia Tak pasal2 menjunam teruk...pakej ransangan Abahcow pun x berjaya selamatkan Bursa tapi meols sempat sauk 2K
Quote FOTHER-MUCKER 24-3-2021 06:35 PM
noor2 replied at 24-3-2021 02:26 AM
Nampaknya ugutan serius la kan...

Communist ni perangai mereka hampir sama seperti binatang.

Beberapa tahun lepas saya tengok satu documentary pasal rakyat mereka NK Cuba melarikan diri..perempuan yang sedang mengandung tu dapat tangkap dan di hukum bunuh. Dalam documentary tu suami dia yang bagi tau. Suami dia sampai ke US.
Quote FOTHER-MUCKER 24-3-2021 06:37 PM
Btw berharap tiada apa yang berlaku kepada negara malaysia.
Quote CiliPadiSedap 24-3-2021 06:44 PM
owner cariforum sila upgrade security juga , sini tempat2 onion army membawang.  dan tempat fake profile update cerita lobenak
Quote Decaffeinated 24-3-2021 07:01 PM
Kat thread sebelah ada yang kata small matter
Quote noor2 24-3-2021 07:05 PM
FOTHER-MUCKER replied at 24-3-2021 06:35 PM
Communist ni perangai mereka hampir sama seperti binatang.

Beberapa tahun lepas saya tengok sat ...

Kalau depa lancar peluru berpandu mcm mana tentera kita nk tangkis?...ni bukan tahap perang zaman jepun...
Quote rashiman 24-3-2021 07:41 PM
noor2 replied at 24-3-2021 07:05 PM
Kalau depa lancar peluru berpandu mcm mana tentera kita nk tangkis?...ni bukan tahap perang zaman  ...

Tentera siber kena kuat, kalau depa lancar peluru berpandu, sasarannya boleh diubahhala oleh tentera siber ke pyong yang misalnya...
Quote Punat_button 24-3-2021 08:48 PM
dizekni replied at 24-3-2021 06:22 PM
Dirgahayu Tanahairku

terbaik Angkatan Tentera Malaysia

so boleh cayer tak ugutan NK ni, ka masih nak wat bodoh small matter ja?


Quote dizekni 24-3-2021 08:56 PM
Punat_button replied at 24-3-2021 08:48 PM
so boleh cayer tak ugutan NK ni, ka masih nak wat bodoh small matter ja?

ATM profesional, perlu siaga sebilang masa

ikut apa yang dikatakan panglima tadi pun, beliau lebih tekankan aspek serangan siber

level serang siber ni perangai bebudak je

macam korang mahacai PH jugak
Quote TOPwind 24-3-2021 09:22 PM
noor2 replied at 24-3-2021 07:05 PM
Kalau depa lancar peluru berpandu mcm mana tentera kita nk tangkis?...ni bukan tahap perang zaman  ...

tentera kitakan hebat2 belaka
setakat peluru berpandu tu kira kacang je
ustad kan ramai boleh doakan tolak bahala.
Quote dizekni 24-3-2021 09:26 PM
TOPwind replied at 24-3-2021 09:22 PM
tentera kitakan hebat2 belaka
setakat peluru berpandu tu kira kacang je
ustad kan ramai boleh do ...

bahala habah kau

kau ni keling ke apa
Quote naryna 24-3-2021 09:26 PM
Malaysia kan ada pemain2 PUBG yg hebat2 belaka. Boleh dah tu diserapkan.Huhu
Quote MissYouSayang 24-3-2021 09:29 PM
Ketahui la yg mana dok buat kelakar pasal isu keselamatan & kedaulatan negara dkt benang sebelah tu ekceli it is not funny anymore la.so shame on u.kaget aku tgk komen2 tolol nurtizen ni
Quote naina 24-3-2021 09:33 PM
Hek eleh..tembak si Jong un tu Setel..fokus kat dia je peluru..selama ni rakyat Korut takut sangat dengan dia
Quote hashashes 24-3-2021 09:33 PM
dizekni replied at 24-3-2021 09:26 PM
bahala habah kau

kau ni keling ke apa

Kahkahkah tu la aku pun tergelak. Bahala betul lah
Quote Punat_button 24-3-2021 10:06 PM
dizekni replied at 24-3-2021 08:56 PM
ATM profesional, perlu siaga sebilang masa

ikut apa yang dikatakan panglima tadi pun, beliau le ...

tentera siber paling kuat dan efektik di dunia setaraf dengan tentera siber milik Amerika Syarikat, Rusia, China dan Israel
level budak2 ek? tenat nya denial ko. aku tepuk dahi je lah


Quote rashiman 24-3-2021 10:16 PM
jangan perlekehkan keupayaan tentera siber kita..

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.275614 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top