CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alicia Amin Tak Faham Kenapa Orang Suka Beri Perhatian Pada Perkara Bodoh

25-3-2021 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1142| Komen: 3

Description: “Orang suka beri perhatian kepada perkara bodoh.”
“Orang suka beri perhatian kepada perkara bodoh.”

Itu antara kata-kata yang terpacul dari bibir model dan pelakon sensasi, Alicia Amin atau nama lengkapnya, Raja Alicia Raja Amin, 26, apabila ditebak pertanyaan dirinya sering menimbulkan kontroversi.




Kata bekas salah seorang peserta program realiti Asia’s Next Top Model musim ke-5 itu, ada banyak perkara lain dalam dunia ini yang memerlukan perhatian orang ramai daripada perhatian itu dibazirkan kepada dirinya.

“Saya bukanlah nak cakap bakat saya terlalu hebat yang perhatian semua harus ditumpukan kepada saya tapi ada benda lain dalam dunia yang perlu diberikan perhatian sewajarnya.

“Saya tak faham mengapa orang suka beri perhatian pada benda yang tak penting. Malaysia ada ramai orang berbakat tapi hanya kerana mereka ‘pelik’ sedikit dan tak fit in the box (berbeza), peluang untuk mereka menyerlah tertutup begitu sahaja.


“Ini termasuklah kita punya muzik atau filem underground atau indie. Orang tak suka tengok benda yang tak biasa mereka sampaikan mereka tiada peluang langsung untuk menonjol,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada tayangan perdana filem lakonannya, Salina arahan Raja Mukhriz di ibu negara malam tadi.



Mengulas lanjut terkait isu sama melibatkan dirinya yang dilihat sering berpakaian mencolok mata, Alicia yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor Februari lalu berkata, dia tahu apa yang dilakukannya dalam kehidupan dan sudah tidak mempunyai kudrat untuk melayan kritikan ramai.

“Bagi saya, selagi saya tak sakitkan orang, tak mendatangkan bahaya kepada mereka, tak payah lah nak tutup peluang hanya kerana jadi diri sendiri.

“Saya rasa benda itu mengarut. Dulu masa muda saya suka ‘layan’ kritikan orang, sekarang saya ambil pendekatan biarlah sahaja semua berlalu.

“Saya tak rasa diri saya kebal sampai tak endahkan nasihat orang tapi kalau orang boleh yakinkan saya cara hidup atau apa yang saya jalani memudaratkan, saya akan duduk dan berfikir untuk ubah apa yang salah.

“Pun begitu, inilah dunia. Setiap orang bebas untuk punya pendapat dan saya tak paksa sesiapapun berfikir tentang saya. Pada masa sama, saya sedar inilah lumrah jadi orang dikenali, apa sahaja kita buat akan jadi buah mulut orang,” ujar isteri kepada seorang doktor dikenali dengan nama Farzan itu.


Kredit foto: IG Alicia

Selain sering berpenampilan seksi, Alicia juga sering dikritik netizen kerana mempunyai tatu di badan dan mempunyai anjing peliharaan di rumahnya walaupun berstatus seorang wanita Muslim. 


Sumber: K! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 25-3-2021 11:32 AM
Korang maseh ingat tak betapa sheols dibenci rakyat semasa ASNTM?
Quote makneng 25-3-2021 10:02 AM
Indirectly dia nak ckp apa yg dia buat selama ni mmg bodoh, tapi lagi bodoh kuasa infiniti kalau ada yg suka bg perhatian pd perkara bodoh yg dia buat. Buat bodoh  and whoryusssss kan je minah ni.
Quote Kurex 25-3-2021 09:59 AM
Netizen rajin sgt...... Tapi tetap tak merubah keadaan yg kau membuatkan baju mahal tampak murah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.039614 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top