CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Houston Tumlin Maut Tembak Kepala Sendiri

25-3-2021 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4630| Komen: 4

Description: Pelakon Houston Tumlin, 28, meninggal dunia akibat bunuh diri dengan menembak kepalanya di kediamannya, semalam.
Pelakon Houston Tumlin, 28, meninggal dunia akibat bunuh diri dengan menembak kepalanya di kediamannya, semalam.


Kredit foto: TMZ


Pihak berkuasa mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada jam 4.30 petang.

Ketika kejadian, teman wanita Tumlin, Charity Robertson turut berada di rumah berkenaan.

Robertson turut berkongsi kesedihan menerusi media sosial di atas kehilangan yang cukup tragik itu. Menurutnya, hatinya kini sangat kosong dengan pemergian Tumlin.

"Saya tidak pernah berdepan pengalaman sangat menyakitkan begini. Saya rasa kebas, tewas dan hilang arah. Hati saya kosong," katanya.

Menerusi perkongsian Tumlin di Instagram, pelakon itu tidak menunjukkan sebarang petanda pelik. Malah, kehidupannya kelihatan cukup bahagia bersama keluarganya.

Tumlin pernah membintangi filem Talladega Nights: The Ballad Of Ricky Bobby pada 2006 ketika berusia 13 tahun.



Kredit foto: TMZ

Dalam filem itu, dia berlakon di samping nama-nama hebat antaranya Will Ferrell, John C Reilly, Sacha Baron Cohen, Amy Adams dan Jane Lynch.  

Filem berkenaan mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM675 juta dan menjadi antara filem komedi mengaut kutipan tertinggi ketika itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasen 25-3-2021 02:17 PM
masalah apa la tu agaknye
Quote missyL 25-3-2021 02:38 PM
Klo bace child actor kt hollyland sane teros terbayang pedo case among child actors..
Quote Plain-tif 25-3-2021 04:40 PM
Rest in peace bro
Quote najib888 25-3-2021 07:40 PM
Ni kelab 28 pula kot? Apa komen pakar konspirasi?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.294438 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top