|
Pelakon Houston Tumlin, 28, meninggal dunia akibat bunuh diri dengan menembak kepalanya di kediamannya, semalam.
Kredit foto: TMZ
Pihak berkuasa mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada jam 4.30 petang.
Ketika kejadian, teman wanita Tumlin, Charity Robertson turut berada di rumah berkenaan.
Robertson turut berkongsi kesedihan menerusi media sosial di atas kehilangan yang cukup tragik itu. Menurutnya, hatinya kini sangat kosong dengan pemergian Tumlin.
"Saya tidak pernah berdepan pengalaman sangat menyakitkan begini. Saya rasa kebas, tewas dan hilang arah. Hati saya kosong," katanya.
Menerusi perkongsian Tumlin di Instagram, pelakon itu tidak menunjukkan sebarang petanda pelik. Malah, kehidupannya kelihatan cukup bahagia bersama keluarganya.
Tumlin pernah membintangi filem Talladega Nights: The Ballad Of Ricky Bobby pada 2006 ketika berusia 13 tahun.
Kredit foto: TMZ
Dalam filem itu, dia berlakon di samping nama-nama hebat antaranya Will Ferrell, John C Reilly, Sacha Baron Cohen, Amy Adams dan Jane Lynch.
Filem berkenaan mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM675 juta dan menjadi antara filem komedi mengaut kutipan tertinggi ketika itu.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|