CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muka 'Jambu' Alvin Chong Jadi Penghalang Dapat Watak Serius

10-2-2021 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4468| Komen: 19

Description: Jika sebelum ini sering melakonkan watak 'ringan' dan kurang serius kerana memiliki raut wajah yang kelihatan kebudak-budakan, pelakon Alvin Chong akhirnya berjaya membuktikan dia juga adalah pelakon ...
Jika sebelum ini sering melakonkan watak 'ringan' dan kurang serius kerana memiliki raut wajah yang kelihatan kebudak-budakan, pelakon Alvin Chong akhirnya berjaya membuktikan dia juga adalah pelakon versatil menerusi drama Takdir Yang Tertulis.


Jelas Alvin, 30, dia tidak menyangka karakter Ean yang merupakan seorang peguam dalam drama berkenaan menerima pujian penonton kerana jelas menampilkan sisi berbeza daripada watak yang pernah dijayakan sebelum ini.


Foto: IG

"Dulu ramai judge saya sebab muka jambu, muka macam budak-budak biarpun umur dah cecah 30 tahun. Disebabkan itu juga ramai produser tak berapa yakin nak berikan watak yang serius dan matang untuk saya.

"Tapi apabila tengok Takdir Yang Tertulis, akhirnya orang nampak saya boleh bawa watak serius dengan baik, semua memuji lakonan saya sebagai Ean dan saya sangat bersyukur dengan perkara tersebut," katanya ketika dihubungi mStar.


Alvin turut berterima kasih kepada pengarah Takdir Yang Tertulis, Shahrulezad Mohameddin kerana banyak membantu membentuk karakternya seperti yang dikehendaki oleh sutradara tersebut.



"Sebelum terima tawaran, saya dah pernah dengar orang cakap fasal Abang Ijat yang agak tegas di set penggambaran.

"Orang cakap dia akan senang marah kalau pelakon itu tidak dapat deliver watak seperti yang dia inginkan, tapi apabila dah bekerja... saya tengok perkara itu tidak benar sama sekali.

"Abang Ijat memang sangat penyabar dan dia banyak bimbing saya untuk watak Ean seperti yang dituntut dalam drama ini," ujarnya.



Selain Alvin, drama berkenaan turut dibintangi Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Didie Alias dan Iman Suhana.

Drama itu ditayangkan di slot Samarinda TV3, setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.


Ia menjadi fenomena di laman sosial sehingga trending pada setiap kali drama terbitan Radius One Sdn Bhd itu bersiaran di televisyen.

Takdir Yang Tertulis mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita yang kembali bangkit selepas suami dan syarikat miliknya dirampas oleh rakan baiknya sendiri. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 10-2-2021 12:32 PM
Hellooooooo
Elijah wood yg muka budak2 boleh je dapat watak serius.. kena da bakat, kembangkan bakat. Balik2 dapat watak sama berulang2 dari pengarah penerbit sama berulang2.

Tapi sebab muka helok, manis, comel, kita terima je, sebab tu memang diri dia.. jangan dipaksa kalau taknak. Dia tak salah...
Quote beta_carotene 10-2-2021 12:37 PM
muka jambu xpe kalu ko pandai berlakon dek..

ini... hmmm.. lontaran suara pun lembik, ekspresi muka pun kejung

what you expect? watak mencabar? ko ingat director kat malaysia ni x sekolah ke dek?
Quote tootii 10-2-2021 12:39 PM
blakon citer skrg ni yg tajuk takdir2 tu , naik balik nama dia ..
stlh disailang oleh sean lee kejap
Quote Nenasketum 10-2-2021 01:41 PM
Kutuk lah korang kata dia, janji aku scored dengan si bangang Maembong, kata dia lagi.
Quote MakcikLaksa 10-2-2021 02:06 PM
Acik lg minat tgk sean lee drpd dia ni. Tp sejak acik layan TYT, acik minat juga dah kat dia ni
Quote dudaberhias 10-2-2021 02:25 PM
lakonan memang agak janggal... tapi heshe tetaplah herlok... jadi kita kena sokong dan beri semangat untuk dia.... jaga hati dia etc... lain la shuk tu... kita kena cuba singkirkan dia dari hotfm dan gantikan dengan aliff aziz... pasal alif aziz ni jangan risau... lelaki boleh berubah... jangan di ungkit kisah lama... kecuali kisah shuk dan tauke jambu
Quote shuerin 10-2-2021 02:50 PM
MakcikLaksa replied at 10-2-2021 02:06 PM
Acik lg minat tgk sean lee drpd dia ni. Tp sejak acik layan TYT, acik minat juga dah kat dia ni

sama la kita, acik...

sblm ni asik sean, sean, sean je...

pastu asik gosip dia dgn emma. agak bosan...
Quote Managerara 10-2-2021 11:54 PM
shuerin replied at 10-2-2021 02:50 PM
sama la kita, acik...

sblm ni asik sean, sean, sean je...

Tapi sean lee agak keanak anakan..alvin matang sikit
Quote dejure 11-2-2021 12:10 AM
Edited by dejure at 11-2-2021 12:12 AM

Selain dr muka jambu alvin ni artis cina yg i tgk agak berbulu banyak juga..jarang jumpa cina berbulu banyak.
Quote matjerk 11-2-2021 12:17 AM
dudaberhias replied at 10-2-2021 02:25 PM
lakonan memang agak janggal... tapi heshe tetaplah herlok... jadi kita kena sokong dan beri semangat ...

Nk kena Read between the lines ka ni?
Quote stinger.baik 11-2-2021 12:18 AM
drama bodoh lakonan pun over

baik aku tngk jalal ngn dilah kat cenel 104

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote fefeeling 11-2-2021 05:30 PM
Rimas tgk dia bercakap mulut terkemut2 mcm itik.. mcm selalu menjoyah jadi mulut dah terbiasa muncung2 skali nak berlakon serious kena cover sket camtu?
Quote wolfheart 11-2-2021 05:36 PM
Rilekslah. Faisal hussein masa mula berlakon muda2 dulu pon jambu. Nengok kat mana tahap lakonan dia skrg.
Quote beatgirlX 11-2-2021 05:44 PM
Ok je dia ni..nanti sila berlakon dgn Sean Lee jd vadik beradikkk
Quote pencintaABC 11-2-2021 05:50 PM
dejure replied at 11-2-2021 12:10 AM
Selain dr muka jambu alvin ni artis cina yg i tgk agak berbulu banyak juga..jarang jumpa cina berbul ...

Mohon lampirkan bukti..for research purpose
Quote wolfheart 11-2-2021 05:57 PM
Teringin nak nengok alvin berlakon berpasangan dgn jasmine suraya. Pastu boleh sambung couple betul2 pulak kat luar.
Quote nordin84 13-2-2021 09:02 AM
alvin nk nmpk lain ko kena buat la rambut lain2.. jgn ikutkan sgt kawan baik ko patah tu.. versatil kan rambut mcm fadlan hazim xpun sean lee.. setiap cite rambut lain2, muke jambu mcm mana pun akn jd durian jgk.. adoi..balik2 rambut gitu.. mana nak org ingat
Quote lolali 13-2-2021 09:29 AM
Suka diaaaaaaaa onz
Quote enot_sibudak 13-2-2021 09:54 AM
MakcikLaksa replied at 10-2-2021 02:06 PM
Acik lg minat tgk sean lee drpd dia ni. Tp sejak acik layan TYT, acik minat juga dah kat dia ni

Mak chik.. Iols tiberrrr minat heolss plksss...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.056899 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top