CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Genap Setahun Abam Bocey 'Pergi', Hidayah Sedekah Makanan Untuk Pelanggan

10-2-2021 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4138| Komen: 15

Description: Balu Allahyarham Abam Bocey, Nurhidayah Mohd Ali akan sedekahkan mi kari dan bihun sup kepada pelanggan yang datang ke kedai HidayahAbamHamzah miliknya di Medan Selera Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB ...
Balu Allahyarham Abam Bocey, Nurhidayah Mohd Ali akan sedekahkan mi kari dan bihun sup kepada pelanggan yang datang ke kedai HidayahAbamHamzah miliknya di Medan Selera Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Jalan Tebedu, Sabak Bernam esok bagi memenuhi niat dibuat ke atas suaminya yang meninggal dunia pada 10 Februari, tahun lalu.


Nurhidayah ketika dihubungi berkata, disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia tidak dapat membuat majlis tahlil buat Allahyarham suaminya itu.


Foto: IG

"Esok, genap setahun arwah pergi meninggalkan kami. Memandangkan penularan Covid-19 dan masih PKP, saya tak boleh buat majlis tahlil untuknya. Jadi, saya ada tempah mi kari dan bihun sup daripada adik, Mohammad Zainuddin Mohd Ali dan adik ipar, Nor Farhana Nordin untuk sedekahkan kepada semua pelanggan yang datang ke kedai saya esok.


"Saya sudah niatkan untuk Allahyarham suami, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan serta Allahyarham abang-ababg saya iaitu Rosli, Azmi dan Ismail Mohd Ali. Semoga roh mereka di tempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," katanya ketika dihubungi Harian Metro di Sabak Bernam.

Nurhidayah mengakui, banyak liku dan cabaran hidup harus dilaluinya selepas arwah tiada, namun dia bersyukur Allah membantu mempermudahkan segala urusannya.




"Alhamdulillah, Allah ada. Walaupun terlalu banyak liku dan cabaran hidup saya sepanjang setahun selepas ketiadaan arwah, semuanya Allah permudahkan. Terima kasih kepada mak, abah dan keluarga.

"Selain itu, pada semua yang sentiasa menyokong saya, memberi kata-kata semangat, selalu mendoakan yang baik-baik untuk saya dan anak, termasuk buat arwah suami. Semoga segala doa yang baik-baik daripada kamu semua, berbalik pada kalian semua juga,' katanya.

Abam meninggal dunia di rumahnya, tahun lalu selepas dua hari mengalami demam. Arwah meninggalkan balu dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, kini berusia setahun tujuh bulan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 10-2-2021 10:26 AM
Comel hamzah
Quote Geeayden 10-2-2021 10:46 AM
Semoga urusan Hidayah sekeluarga dipermudahkan Allah dan sentiasa dibawah Rahmat Allah
Quote little_sis 10-2-2021 10:58 AM
Sebak pulak rasa bila baca..sbb terkenang jugak keluarga yg dah pergi..
Quote rosasen 10-2-2021 12:49 PM
alhamdulillah...
Quote MeliaAnney 10-2-2021 02:26 PM
Alfatihah. Bagus dayah
Quote Ara_roro93 10-2-2021 02:45 PM
Geram nengok hamzah , hensem nya dah besar nih !! Semoga Allah permudahkan lagi kesulitan Hidayah & family lepas nie yee ! Love uolls !
Quote ceria611 10-2-2021 06:49 PM
semoga Allah mudahkan kehidupan dayah & hamzah.. al fatihah buat abam
Quote Joysparta 10-2-2021 07:57 PM
Jap.je dah setahun....xlama lps ni ashraff sinclair pulak setahun....
Quote rukia2 10-2-2021 08:18 PM
semakin comel hamzah sekarang
Quote Jemahjemah 12-2-2021 09:03 AM
Setahun dah. Semoga terbela hidup diaorg dua
Quote Lengkong 12-2-2021 09:35 AM
Semoga terus dimurahkan rezeki


Quote melinda_kerr 12-2-2021 09:47 AM
Setahun dah ye... Al Fatihah
Quote putericahaya999 12-2-2021 10:17 AM
Classy dayah
Quote KIM.K 12-2-2021 07:50 PM
Alfatihah
Few months ago kawan iols mimpi hadir wedding abam ngan dayah. Abam muka berseri2 di samping isteri dan rakan2
Quote Youareyou788 13-2-2021 10:19 AM
Alhamdulilah, bagus dayah ni.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.078358 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top