CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haqiem Rusli Cipta Sejarah, Video Muzik Dapat 8 Juta Tontonan Dalam Sebulan

10-2-2021 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3333| Komen: 15

Description: Penyanyi popular, Haqiem Rusli, 23, sekali lagi mencatat sejarah apabila video muzik single terbaharu berjudul Mimpi mencatat hampir lapan juta tonton dalam laman YouTube dalam tempoh sebulan.
Penyanyi popular, Haqiem Rusli, 23, sekali lagi mencatat sejarah apabila video muzik single terbaharu berjudul Mimpi mencatat hampir lapan juta tonton dalam laman YouTube dalam tempoh sebulan.


Single Mimpi juga adalah lagu runut bunyi untuk drama Bidadari Salju lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee yang disiarkan menerusi slot Akasia, TV3, baru-baru ini.

Haqiem berkata, dia terharu bukan sahaja mencatat tontonan membanggakan dalam YouTube, malah single Mimpi juga menduduki tangga nombor satu di beberapa platform penstriman muzik.


Foto: IG

"Secara jujurnya, saya tidak menjangkakan sambutan hebat. Ini kerana sudah lama lagu saya betul-betul tular di aplikasi Joox, Spotify, RIM Chart dan YouTube, semuanya mencatat nombor satu.


"Alhamdulillah, untuk tontonan video muzik sahaja hampir lapan juta dalam masa sebulan. Bagi saya, ia sambutan yang luar biasa.

"Terima kasih kepada pendengar yang tidak putus memberikan sokongan pada setiap karya yang saya keluarkan," katanya kepada BH Online.

Melihat cabaran yang perlu dilalui untuk menghasilkan single Mimpi, Haqiem berkata lagu ciptaannya bersama Datuk A Aida itu mampu mencipta tuah buatnya.

"Single Mimpi ini mencabar keupayaan vokal saya. Ia antara lagu yang paling susah yang pernah dihasilkan.



"Karya ini memerlukan teknik pernafasan baik kerana ia mempunyai 'low note', 'middle', 'vibrato' dan 'high note'. Jadi, ia tidak mudah untuk dipersembahkan secara langsung.

"Bagaimanapun, saya mengambil risiko dan seronok mencabar diri untuk tidak berada dalam zon selesa. Saya sudah cuba memberikan yang terbaik dengan menjaga pemakanan dan bersenam bagi memantapkan suara," katanya.

Mengulas perkembangan kesihatannya, Haqiem berkata, dia dalam keadaan baik-baik sahaja selepas disahkan negatif COVID-19.


"Saya sihat, cuma ada penyakit resdung. Keluarga juga sihat, bapa saya dalam keadaan yang baik.

"Kami anak beranak memang mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk mengelakkan dari perkara tidak diingini," katanya.

Terdahulu, Haqiem melakukan ujian saringan COVID-19 selepas dipercayai menjadi kontak rapat kepada seorang individu yang disahkan positif virus berkenaan. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 10-2-2021 12:16 PM
npe lagu dak ni makin bosan?

haaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote cicicumel 10-2-2021 12:30 PM
cuba uol tgk TikTok  JAYJUSIN1

ada video HR tanpa spek
and juga video tengah solat tak tinggal dipuja2..
cringy..jay jusin ni PA dia kot..mcm dlm lemari jah.
Quote tootii 10-2-2021 12:50 PM
bagi aku dia ni talented
asal tak buat hal, boleh pegi lagi jauh ..
lagu mimpi tu mmg sedap cuma jgn berharap sgt dpt masuk final AJL ye selagi Azmer ketua juri ..
Quote imanda 10-2-2021 01:32 PM
sedeh sbnarnya msia nih.view 8juta jer.. lagu2 indonesia puluh2 juta xpon ratus juta view. hmmm
Quote Nenasketum 10-2-2021 02:10 PM
Berapa kerat jer peminat budak ni, kata Justin Bieber Malaysia.
Quote dudaberhias 10-2-2021 02:24 PM
takde pecah rekod pun sebab takde la pencapaian tinggi pun 8 million views...
orang upload vid bodo2 kat fb lagi banyak views dari tu nak2 tiktok...

nanti ada la seko dua mangkuk kata sebab populasi malaysia...
dik youtube tu bukan malaysia je tengok... seluruh dunia boleh tengok... youtube tu milik google @ alphabet...
ada ke dia set tu untuk malaysian only?

jangan kata sebab populasi malaysia ciput menyebabkan views ittew seciput itu...

negara lain pun sikit je populasi tapi views ada puluh dan ratus juta jua...

apa2 pun adek kim2 tetap herlokkk jadi iols harus la menyokong beliau dan menjaga hati beliau takut heols depresi lagi... awas yach sape kutuk2 dik kim2...

lain la shuk dan tauke jambu tu... tu tak payah sokong pun takpe... dah la curang... tak layak untuk di maafkan kecuali untuk kes aliff aziz... lelaki boleh berubah jangan risau
Quote sleepandream 10-2-2021 02:24 PM
8 juta views sebulan tu kira ok dah noks...
nak tembus market yindon susah yach..
Quote naina 10-2-2021 02:33 PM
Nenasketum replied at 10-2-2021 02:10 PM
Berapa kerat jer peminat budak ni, kata Justin Bieber Malaysia.

Budak ni rupa mmg xbrapa ada tapi dia ada gaya dan penampilan sndri. Mmg berbakat. Aku suka tgk dia perform. Bersungguh dan tak poyo. Klu menari tu mcm nak terikut sekali.
Quote jalfa 10-2-2021 02:40 PM
Ok la dik qiemilo dr dek aiman bergentanyangan...rugila dek kisminah tak dpt jd talent mv dek qimilo..lain kali dek qimilo ambik telent dr vietnam..baru leh 18 juta view
Quote iza_yuss 10-2-2021 11:57 PM
Edited by iza_yuss at 11-2-2021 12:13 AM
cicicumel replied at 10-2-2021 12:30 PM
cuba uol tgk TikTok  JAYJUSIN1

ada video HR tanpa spek

aku tertengok kat ig kipas nak mati....

guna filter wat video tu.... skejap berubah2 mukanya... skejap putih, skejap sawo matang..... aku rasa kalo selisih kat luar ni, aku pun tak cam muka heols ni kot.... berubah2 kekdahnya....
Quote iza_yuss 11-2-2021 12:01 AM
jalfa replied at 10-2-2021 02:40 PM
Ok la dik qiemilo dr dek aiman bergentanyangan...rugila dek kisminah tak dpt jd talent mv dek qimilo ...

jelez gepren heols nanti....



Quote zehra2 11-2-2021 08:27 AM
tahniah.. rezeki dia..
Quote lee_sakura 11-2-2021 08:43 AM
tahniah dik hakim....
Quote Tunan 13-2-2021 07:22 PM
Sendunya tred BPP
Quote iza_yuss 14-2-2021 11:24 AM

fan dia yang ngevote bagai nak rak dulu.... itu yang menang tu

kat dalam ni, heols tak fofular sangat....

_tapi aku suka dengar lagu dia... wpun bukan fan pun... huhu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.392742 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top