CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azizan Osman Hampir Maut- 31 Ahli Keluarga Positif, Ibu Mentua Meninggal Akibat Covid-19

29-1-2021 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21716| Komen: 250

Description: "Saya dah give up (putus asa) dan hanya ingat mati saja. Waktu itu saya fikir kalaulah Allah beri saya hidup semula, mesti Allah hendak saya buat sesuatu dan kerja lebih keras untuk menyumbang kepad ...
"Saya dah give up (putus asa) dan hanya ingat mati saja. Waktu itu saya fikir kalaulah Allah beri saya hidup semula, mesti Allah hendak saya buat sesuatu dan kerja lebih keras untuk menyumbang kepada orang lain," kata penceramah motivasi Datuk Dr Azizan Osman.


Azizan memberi reaksi itu ketika berkongsi penderitaan dialami apabila diuji positif Covid-19 yang turut menjangkiti 31 ahli keluarganya, selain meragut nyawa ibu mentuanya.

Menceritakan ujian berganda dilaluinya itu, Azizan berkata, dia disahkan positif Covid-19 pada 7 Januari lalu selepas menjadi kontak rapat kepada seorang individu sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh 14 Januari lalu.

"Saya dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri selama seminggu di rumah dan jika sesak nafas perlu segera ke kecemasan.

Kredit foto: Azizan Osman


"Dalam tempoh itu, badan saya sangat lemah, malah pada Selasa (12 Januari) doktor saya memberitahu tahap oksigen saya sudah mula menurun dan atas nasihatnya saya ke hospital pada petang Khamis selepas oksigen saya menurun di bawah paras 90 peratus.

"Saya terus dimasukkan ke ICU selepas pemeriksaan mendapati paru-paru saya sudah diserang dan berair," katanya kepada Harian Metro.

Dr Azizan berkata, keadaannya ketika itu sangat kritikal apabila sukar bernafas dan doktor meramalkan peluangnya sangat tipis.

"Sebenarnya saya dah give up, semangat dah tak ada dan hanya ingat mati saja waktu itu, tapi saya fikir (mampu bertahan) kerana mak dan seorang rakan saya ini.

"Saya sempat hantar mesej kepada mak saya minta maaf dan beritahu tak pasti saya boleh 'lepas' ke tak ni?

"Namun, mak saya beri semangat supaya saya kena kuat dan lawan sebab saya diperlukan ramai orang," katanya.

Menurutnya, kata-kata perangsang ibunya itu membuatkan dirinya tekad dan bersemangat untuk melawan penyakit itu.

"Mungkin sudah rezeki saya, doktor memberi peluang terakhir kepada saya untuk menggunakan mesin pernafasan khas untuk pesakit benar-benar kritikal bagi menaikkan kadar oksigen saya.

Kredit foto: via Harian Metro

"Saya beritahu diri sendiri, saya mesti lawan penyakit ini dan pastikan tahap oksigen saya normal dengan cepat jika tidak saya perlu rawatan intubation dan peluang saya lagi rendah.

"Alhamdulillah, bermula Jumaat (15 Januari) tahap oksigen saya semakin menunjukkan perkembangan baik dan Isnin (18 Januari) saya tidak memerlukan mesin oksigen itu lagi," katanya yang dibenarkan pulang Sabtu lalu, 24 Januari.

Katanya, peluang kedua diberikan kepadanya tidak akan disia-siakan, malah dia mahu terus berbakti kepada yang memerlukan.

"Saya rasa ini macam peluang kedua yang Allah jentik beri kesedaran untuk saya memberikan hidup dan bekerja lebih keras lagi berbakti kepada lebih ramai orang.

"Insya-Allah sebagai permulaan, saya sedang uruskan untuk menyumbang 100 unit mesin bantuan pernafasan khas yang saya pakai itu kepada Hospital Sungai Buloh kerana saya sedar ia satu keperluan, namun bilangannya amat terhad.

"Jadi mudah-mudahan dengan sumbangan itu, kita dapat membantu lebih ramai pesakit Covid-19," katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa orang ramai.

"Hati saya amat terkesan dan tabik hormat dengan frontliner (barisan hadapan) kita yang bekerja keras menyelamatkan nyawa orang tanpa mengira siapa kita.

"Pada saya mereka sangat dahsyat dan luar biasa. Sepatutnya masyarakat juga perlu menyokong dan bersatu hati melawan Covid-19 ini kerana ia menyerang tidak mengira siapa jika teruk boleh meninggal dunia," katanya.

Dalam pada itu katanya, seluruh ahli keluarganya yang dijangkiti Covid-19 hanya mengalami gejala ringan dan kini sudah pulih.

"Hanya saya bersama abang dan ibu mentua dimasukkan ke ICU, manakala ibu saya ditempatkan di wad biasa.

"Keluarga lain ada yang mengalami gejala ringan ada yang tidak, kini mereka semua sudah pulih.

"Cuma saya agak terkilan ibu mentua tidak dapat diselamatkan kerana arwah juga menghidap buah pinggang namun kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizekni 28-1-2021 10:11 AM
Allahu

semoga kembali sembuh hendaknya

Amin
Quote tupaiterbang 28-1-2021 10:12 AM
kuat betul drama dia
Quote Orix 28-1-2021 10:14 AM
annoying nya baca caption dia
Quote totokreturn. 28-1-2021 10:14 AM
jangan lupa kepada sesiapa yg masih berminat untuk subscribe pakage titanium - yuran hanya RM100k sahaja, untuk dibimbing selama setahun
Quote Acikgomen 28-1-2021 10:16 AM
Saya belum berjaya didik anak bangsa utk berjaya katanye
Anak murid ko yg outstanding samada masih jadi penipu atau dah lepas ke dalam
Yg dok membongak lagi tuh tunggu masa je ada org report
Berjaya tahik
Quote jas7512 28-1-2021 10:17 AM
Cepatlah mampus...dah kaya banyak dgn menipu kan...
Quote totokreturn. 28-1-2021 10:18 AM
kluster jijan - telah menjangkiti sehingga 31 org dah
Quote axl_bach 28-1-2021 10:18 AM
Sipu Hautu ailiomelele dtg lg....

Kali ni modal citer dia bangkit lepas kena covid
Quote JunkMail 28-1-2021 10:21 AM
Dramanya caption dia . Covid survivor mengalahkan cancer survivor pulak dah... Saya akan bongkarkan!!!
Quote totokreturn. 28-1-2021 10:24 AM
[youtube]y4gMxnMPKUE[/youtube]
Quote kikuri 28-1-2021 10:27 AM
orang lain ramai lagi kena covid tapi takde lah drama macam ni... die punya cerita macam seminar die jugak...
Quote Suchi 28-1-2021 10:33 AM
MenThor?

Pelik2 ejaan, dia gak ke yg kenalkan ejaan ilmu jd elmu?
Quote bungarose 28-1-2021 10:34 AM
Guna teknik agen stokis kan
Quote adm7 28-1-2021 10:36 AM
Orang Malaysia ni memang lembut hati dan mudah simpati. Air mata,kisah sedih benda paling senang jual kat Malaysia. Kadang2 tu sampai memudaratkan orang diri sendiri dgn orang lain.
Semalam lalu kat wall Fb ada orang dah start jual air, makanan ringan kat lampu jalan di negeri kelantan tu. Terima kasih kepada yang supprt dan galakkan orang meniaga cara tagih simpati sambil membahayakan nyawa diri sendiri dan orang lain mcm tu
Quote adm7 28-1-2021 10:39 AM
Btw semoga cepat sembuh dan tak perlu la guna modal cerita2 sedih mcm ni utk tarik orang. Kalau betul2 ikhlas nak bantu share je kat public media tanpa apa2 caj
Quote Modngengade 28-1-2021 10:40 AM
cash!,......
Quote CiliPadiSedap 28-1-2021 10:41 AM
kat atas ni majoriti mindset makan gaji. mindset orang makan gaji hujung bulan dan berniaga target sales hari2 tak sama. DNA berbeza, cara kerja berbeza, cara fikir berbeza.

kalau mindset makan gaji di bawa dalam bisnes, bisnes tu akan jadi muzium dan tinggal sejarah.  kalau mindset bisnes yang betul di bawa dalam bisnes, bisnes tu akan ada paksi akar yang kuat. kekuatan bisnes di tentukan oleh mindset, vission mission owner dia. sebab tu bisnes dari belakang rumah boleh jd billion, million atau apa saja nombor kerana ada mindset yang betul .

apa azizan ajar tu ada je dalam buku2 dan free kt google. nak belajar atau tak terpulang.bezanya berbayar lebih dihargai percuma orang tak peduli.
Quote zehra2 28-1-2021 10:42 AM
muhasabah diri ler bila dah dpt sakit tu..
Quote AbukRokok 28-1-2021 10:43 AM
saya berminat utk tau cerita lebih lanjut datuk kne cobold
take my money for platinum access

Lihat semua komen(250)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.067413 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top