CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

New Zealand, Vietnam Negara Terbaik Urus Covid-19; Malaysia Tangga Ke-16 - Lowy Institute

29-1-2021 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1925| Komen: 8

Description: KUALA LUMPUR: New Zealand, Vietnam dan Taiwan tersenarai sebagai negara-negara terbaik mengurus pandemik COVID-19 dengan meraih tiga tangga tertinggi dalam ranking Indeks Prestasi COVID oleh Lowy Inst ...

Laporan itu mendapati bahawa negara dengan populasi kecil, masyarakat yang bersatu-padu, serta institusi yang berkemampuan mempunyai kelebihan dalam menangani krisis global. Foto - REUTERS



KUALA LUMPUR: New Zealand, Vietnam dan Taiwan tersenarai sebagai negara-negara terbaik mengurus pandemik COVID-19 dengan meraih tiga tangga tertinggi dalam ranking Indeks Prestasi COVID oleh Lowy Institute.

Malaysia menduduki tangga ke-16 dengan skor purata 71 peratus, tiga tangga bawah negara jiran Singapura pada tempat ke-13 dengan skor purata 74.9 peratus.

Lain-lain negara yang merekodkan sepuluh tangga tertinggi dalam ranking tersebut termasuk Thailand, Cyprus, Rwanda, Iceland, Australia, Latvia dan Sri Lanka.

Antara negara-negara tercorot dalam pengurusan pandemik termasuk Indonesia (tempat ke-85), Amerika Syarikat (ke-94) dan Brazil (ke-98).

Secara keseluruhan, sebanyak 98 negara dinilai sepanjang 36 minggu oleh pertubuhan pemikir itu sehingga 9 Januari 2021 berdasarkan enam penunjuk.

Antara penunjuk yang diambil kira termasuk kes positif, kes kematian, dan jumlah ujian saringan bagi setiap 1,000 orang.

Indeks itu menunjukkan negara-negara di rantau Asia Pasifik paling berjaya mengekang penularan wabak itu, manakala Eropah dan Amerika Syarikat dibeban dengan peningkatan kes secara mendadak.

Beberapa faktor struktural didapati berkait rapat dengan kejayaan sesebuah negara dalam menangani wabak, namun tiada satu teori yang mampu merangkumkan perbezaan dalam pendekatan negara-negara terhadap krisis itu.

“Sebagai contoh, negara-negara kecil (dengan populasi bawah 10 juta orang) terbukti lebih fleksibel berbanding majoriti negara besar dalam menangani kecemasan kesihatan itu pada 2020,” kata laporan tersebut.

Manakala tahap pembangunan ekonomi atau perbezaan sistem politik pula kurang memberi kesan terhadap hasil pengurusan krisis kesihatan.

“Secara umumnya, negara dengan populasi yang lebih kecil, masyarakat yang bersatu-padu, serta institusi yang berkemampuan mempunyai kelebihan dalam menangani krisis global seperti pandemik.”
“Bagaimanapun, jenis-jenis dasar yang dilaksanakan dan situasi politik semasa turut menyumbang kepada pendekatan sesebuah negara terhadap pandemik ini.”
Berikut adalah ranking negara dalam mengurus pandemik COVID-19:


1-New Zealand
2-Vietnam
3-Taiwan
4-Thailand
5-Cyprus
6-Rwanda
7-Iceland
8-Australia
9-Latvia
10-Sri Lanka
11-Estonia
12-Uruguay
13-Singapura
14-Malta
15-Togo
16-Malaysia
17-Finland
18-Norway
19-Lithuania
20-Korea Selatan
21-Tunisia
22-Slovakia
23-Denmark
24-Myanmar
25-Maldives
26-Mozambique
27-Malawi
28-Trinidad dan Tobago
29-Zambia
30-Uganda



Sumber: Astro Awani

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 29-1-2021 11:01 AM
Bukan Jun 2020 Msia di tangga ke -5..skrg dh dh pintas Rwanda,Togo,Sri Lanka..
covid.png

Quote MadameOnion 29-1-2021 11:29 AM
kalau takda pencetus gelombang ketiga iaitu PRN Sabah, mesti malaysia top 5..or top 3..thank you
Quote Ain_h 29-1-2021 03:54 PM
Ni trend latest ambi yg thun lepas punya ke
Quote Punat_button 29-1-2021 04:36 PM
lain kali kalau leading early in the race tak payah lah happy sangat

Quote tripleid 29-1-2021 07:11 PM
Celah bwdah mana malaysia lebih baik drpd korea
Quote Jemahjemah 2-2-2021 04:51 AM
Semoga malaysia bebas covid jgk. Aminnn
Quote Zack8hunter 2-2-2021 05:13 AM
ok la tu.. semoga kita akan improve balik.. tak penat ke asyik nak kondem jer..
Quote lattehazelnut 2-2-2021 05:22 AM
Brunei xde?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.243954 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top