CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masih Bercinta, Lofa Dan PU Riz Bakal Umum Kahwin

29-1-2021 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 45511| Komen: 276|Original author: lolipopbiru

Description: Kisah tular mengenai sebentuk cincin merisik pemberian keluarga pendakwah bebas, PU Riz yang dipakai semula di jari manis pengacara Neelofa baru-baru ini membuktikan hubungan cinta mereka masih utuh d ...
Kisah tular mengenai sebentuk cincin merisik pemberian keluarga pendakwah bebas, PU Riz yang dipakai semula di jari manis pengacara Neelofa baru-baru ini membuktikan hubungan cinta mereka masih utuh dan berada dalam keadaan baik.


Neelofa menjelaskan, wujud banyak salah faham serta cerita tidak berasas sehingga memburukkan keadaan dan hubungan mereka.

"Alhamdulillah hubungan kami berdua baik-baik sahaja. Apa yang terjadi baru-baru ini, disebabkan banyak salah faham serta cerita-cerita yang tidak berasas hingga memburukkan lagi keadaan. Namun hakikatnya hubungan kami okay.

"Tipulah dalam setiap perhubungan tiada salah faham berlaku. Pasti ada pahit manis serta naik turun yang perlu kami lalui bersama. Kami juga sama seperti pasangan lain.

"Tapi syukur kami berdua berjaya menyelesaikan masalah dan cabaran yang timbul dengan berkat bantuan keluarga. Selain itu, kami juga banyak berbincang dan berkomunikasi untuk menyelesaikan salah faham yang terjadi. Alhamdulillah hubungan kami semakin baik dan positif," katanya ketika sesi sidang media pelancaran aplikasi TheNoor secara dalam talian.



Foto: IG

Neelofa menerusi syarikat Noor Luminous Sdn Bhd melancarkan aplikasi gaya hidup Islamik perdana mereka iaitu TheNoor.

Menurut Neelofa, mengenai perancangan untuk menuju ke gerbang perkahwinan dia bakal kongsikan berita gembira itu dalam waktu terdekat ini.

"Saya akan kongsi dalam masa terdekat, Insha-Allah. Dalam keadaan sekarang banyak limitnya, sebelum saya betul-betul buat keputusan.

"Saya pun ada hubungi beberapa pihak bagi bertanyakan mengenai kebenaran untuk mengadakan majlis dan sebagainya, tapi banyak persoalan yang tidak jelas jadi saya tak boleh nak kongsikan butiran ini sekarang," katanya.

Terdahulu, hala tuju hubungan Neelofa dan PU RIz menjadi perbualan hangat warganet di media sosial apabila status yang dimuat naik oleh ahli keluarga Neelofa dilihat seakan-akan menyindir seseorang.

Malah foto-foto merisik pasangan itu juga dipadam di Instagram yang menguatkan lagi dakwaan masalah wujud dalam hubungan berkenaan sehingga dikatakan hubungan Neelofa dan PU Riz sudah berakhir. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Rob07


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asudau 28-1-2021 05:09 PM
Tahniah la jah. Harap jadi kali ni..jgn heboh je lebih mcm selalu.
Quote kelapaparut 28-1-2021 05:09 PM
ok..next,bosan dah cerite korang
Quote EvieWanKenobi 28-1-2021 05:11 PM
yawnnnnnnnnnnn..
Quote misssakura 28-1-2021 05:14 PM
ok jadi jugak rupanya. harap berkekalan. stay away la dari family kau tu jahhhh. kan tahan 2 3 hari je hubungan korang tu.
Quote follesegal 28-1-2021 05:17 PM
aku agak loli ni admin ig tu kn?? dr dulu lg asyik repost dr ig tu
Quote masr 28-1-2021 05:18 PM
Jadinya yg haritu cumain content saja bukan?
Quote GegarVaganja 28-1-2021 05:18 PM
Harap nanti time wedding tayang la video macam mana kenal.
Part PU nanti jangan lupa selitkan gambar burung berterbangan.

Quote MontanaHannah 28-1-2021 05:19 PM
Nelopak ni dah lama kepingin nak bersuami tp entah apa halangannya


Hati tu xberapa nak bersih

pakai bungkus satu badan tp bau bangkai ketara sangat

aku yakin dia kahwin dgn puriz ni pun xlama selagi dia xubah kelakuan dia dan syarat paling penting xboleh tinggal 1 bumbung dgn family neelopak ni.

mak dia pengaurh buruk spesis mak mak xsuka tengok anak-anak jadi isteri org ,jaid janda pun xpe.
Quote Masukkeluar 28-1-2021 05:22 PM
jap! why pihak perempuan plak yg nk umum tarikh? bkn biasa laki ke? dh la perampas bf org..over betul niqabis ni lol!
Quote chandrahusin 28-1-2021 05:26 PM
Back to status quo
Sbb semua MO tak menjadi
Quote Piramida 28-1-2021 05:26 PM
Masukkeluar replied at 28-1-2021 05:22 PM
jap! why pihak perempuan plak yg nk umum tarikh? bkn biasa laki ke? dh la perampas bf org..over betu ...

Ai sgt positif dan husnuzon ni... tiba2 terfikir iyalah, dia pulak yg gigih canang.... kan.. hahaha
Tp oklaah sbb dia kan jutaan followers, kena lah dia canang kot?... apa pun semoga till jannah perkahwinan.
Quote MatDeghem 28-1-2021 05:29 PM
Baru nak umum tarikh kawin acik2 lobenak dan dik lollipop dah meraung nangis...., lain maciam betul Aura lopariz



Quote MatDeghem 28-1-2021 05:32 PM
#kawinjangantakkawinJah
#berapelamahajjahakanbungkusmuka
#octobernovemberdecember2020
#january2021



Quote Tudungpink 28-1-2021 05:40 PM
Kat fb dah komen2 dah tahap meluat.. Kat iG jer suci murni lagi..



Quote pokokbunga 28-1-2021 05:47 PM
Kawin jer lah jah cepat2, kitaorg tak heran sgt pun dgn your soon to be husband tu hihiihihi
Quote kiah_mai_pulak 28-1-2021 05:50 PM
ye laaaa ye laaaaaaaaa
Quote Churchill 28-1-2021 05:55 PM
warna sebenar

prfffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffght

Quote Tudungpink 28-1-2021 05:56 PM
Dah2 la lopak... Ko punyer kisah cinta mengalahkan budak2 ..ko punyer kisah cinta lagi teruk dr retis yg lain.. Ko senyap2 jer tetiba umum tarikh nikah pun lagi org respect kot.. dr buat perangai  mcm ni... Sengaja cipta kontroversi , termasuk Family ko skali...nak tunjuk ape sebenarnya... Koserr..
Quote Nozot 28-1-2021 05:56 PM
Yeah..geng lobenak dan pemuja sujud syukur 10 hari 10 malam dan bertasbih dan berzikir di igland..hail the queen

Lihat semua komen(276)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.082614 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top