CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuduh Doktor Jadikan Warga Emas'Tebusan', Lelaki Tak Percaya Covid-19 Diburu

29-1-2021 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2115| Komen: 3

Description: Polis memburu individu yang tidak mempercayai Covid-19 dan berhadapan dengan pegawai perubatan di hospital, mengatakan mahu membawa seorang pesakit Covid-19 warga emas pulang ke rumah.
Polis memburu individu yang tidak mempercayai Covid-19 dan berhadapan dengan pegawai perubatan di hospital, mengatakan mahu membawa seorang pesakit Covid-19 warga emas pulang ke rumah.

Menerusi satu rakaman menunjukkan kejadian berlaku di Hospital East Surrey apabila seorang lelaki menuduh mereka menjadikan pesakit warga emas sebagai 'tebusan', lapor Mirror.



Kredit foto: Mirror

Polis berkata, kata-kata kesat dilemparkan terhadap kakitangan hospital selepas sekumpulan individu memasuki ke unit rawatan rapi (ICU).

Antara mereka dalam kumpulan itu tidak memakai pelitup muka.

Polis Surrey berkata, Tobe Hayden Leigh, 45, dari Maidstone di Kent, dikehendaki kerana dikaitkan dengan insiden kekecohan yang berlaku pada Khamis.

Rakaman tersebut menjadi tular, menunjukkan seorang doktor memberi amaran kepada pesakit warga emas bahawa nyawanya terancam apabila tahap oksigennya pada tahap rendah.


Menolak cubaan doktor berusaha untuk membantu, kedengaran seorang lelaki mempersoalkan kewujudan Covid-19.

Seorang doktor memberitahu kumpulan itu yang mahu membawa pesakit pulang: "Keutamaan saya adalah keselamatannya dan pada masa ini anda menjadikannya tidak selamat.

"Dia mengeluarkan topeng oksigennya, dia akan mati jika kita tidak menggunakannya kembali," katanya.

Seorang lelaki memberitahu doktor bahawa warga emas itu boleh dirawat dengan vitamin C, vitamin D dan zink.

Polis kini sedang menyiasat perkara tersebut dan memburu lelaki berkenaan. 


Sumber: mStar
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 29-1-2021 09:20 AM
doktot pun gila ke apa ....???
Quote nanies 29-1-2021 09:31 AM
camtu, biar je la org tua tu mati. nk tolong buat apa, kalo dia sendiri taknak
Quote Ain_h 29-1-2021 12:07 PM
Tebusan aneh aneh

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.046762 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top