CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Video Penampakan "Jack Ma" Di Puchong, Selangor Jadi Tular

21-1-2021 04:35 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6148| Komen: 22

Description: Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan kehilangan Pengasas Alibaba dari China, Jack Ma dilaporkan sudah lebih dua bulan tidak kelihatan di khalayak ramai.




Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan kehilangan Pengasas Alibaba dari China, Jack Ma dilaporkan sudah lebih dua bulan tidak kelihatan di khalayak ramai.

Kehilangan Ma dikaitkan susulan kenyataan kontroversinya di Shanghai pada 24 Oktober 2020 yang mengkritik sistem peraturan China kerana dikatakan menyekat inovasi.

"Sistem kewangan hari ini adalah warisan Zaman Industri (tradisional).

"Kita perlu menyediakan sistem baru untuk generasi akan datang dan orang muda. Kita perlu mereformasi sistem sedia ada," kata Ma dalam ucapannya ketika itu.

Akibatnya, satu daripada entiti perniagaan Ma, Ant Group kini dalam pemantauan Beijing. 


Disebalik kerisauan dan menjadi tanda tanya ramai, satu video berdurasi 10 saat yang dikongsikan oleh John Fernandez di laman Facebooknya menjadi tular. Video tersebut memaparkan seorang lelaki mirip Jack Ma sedang membaiki alat penghawa dingin. 

Loading FB Post...

Didalam kapsyen video itu tertulis "Jack Ma found in Puchong".

Video tersebut mendapat 1500 perkongsian dengan pelbagai reaksi dari wargamaya.


Walau bagaimanapun, ternyata lelaki di dalam video tular itu bukanlah Jack Ma yang sebenar namun sebaliknya hanya sekadar gurauan kerana wajah lelaki itu kelihatan mirip seperti usahawan paling terkenal di China itu.

Jadi benarlah kata orang tua-tua, setiap orang memiliki 7 kembar di dunia ini yang mempunyai wajah hampir sama? 

Terdahulu, beberapa hari lepas Jack Ma yang sebenar telah muncul kembali dalam video siaran langsung satu forum setelah hilang selama 3 bulan. Walaupun keberadaan jutawan itu masih belum jelas, kemunculannya di forum awam itu dapat membantu menamatkan beberapa khabar angin mengenai nasibnya. - CARI



1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wak_pijah 21-1-2021 04:41 PM
Serius la sebijik betul
Quote shark 21-1-2021 04:43 PM

bodola..sebijik pulak tu  
Quote slyfynx 21-1-2021 04:48 PM
Aku dr hr tu tertanya, ye ke video ni kat Malaysia.
Sbb normally compressor Midea sini xde tulisan cina.
Quote nipskacang 21-1-2021 04:51 PM
Hahahhahaa sebijikkk
Quote Mopiko 21-1-2021 05:04 PM
slyfynx replied at 21-1-2021 04:48 PM
Aku dr hr tu tertanya, ye ke video ni kat Malaysia.
Sbb normally compressor Midea sini xde tulisan  ...


alahai semua barang sekarang pun import china lah..contoh shopee lazada. apa nak hairan pun

tak kan lah tu jackma betul pulak


Quote Tinot7 21-1-2021 05:23 PM
sama tapi tak serupa
Quote MissVixen 21-1-2021 05:42 PM
slyfynx replied at 21-1-2021 04:48 PM
Aku dr hr tu tertanya, ye ke video ni kat Malaysia.
Sbb normally compressor Midea sini xde tulisan  ...

Memang bukan dekat malaysia. Dah lama kan video ni ada di 9gag. Mana ada midea tulis cina bawah tu.
Quote Skuau 21-1-2021 05:45 PM
boleh la depa 'bertukar tempat'...cam kat movie..tu.
Quote green~tea 21-1-2021 05:52 PM
Vodo laa.. terkejut aku...

Yelah kan, musim mco ni tak boleh nak demand2 keje sgt..
Quote slyfynx 21-1-2021 06:31 PM
MissVixen replied at 21-1-2021 05:42 PM
Memang bukan dekat malaysia. Dah lama kan video ni ada di 9gag. Mana ada midea tulis cina bawah tu ...

Yup, aku komen mende same jgk kt 9gag.
Hihihihi
Quote bakingsoda 21-1-2021 06:32 PM
boleh menyamar jd jack ma scam orang
Quote Itzy 21-1-2021 07:22 PM
Apo nak heran. Obama pun punya kembar di merata dunia hahahah
Quote Supersirap 21-1-2021 08:58 PM
Ini sekali imbas memang nampak serupa
Quote Jejaka88 21-1-2021 09:56 PM
aku igt btol2 la hampeh
Quote Artemesiaa 22-1-2021 08:11 PM
Iras betul rupa beliau dengan yang asli
Quote gorjeous 23-1-2021 03:36 PM
sebijik sama mukanya....
Quote mijot 24-1-2021 12:09 PM
bengong..sebijik siot..
Quote nanies 25-1-2021 03:35 PM
beliau menyamar mungkin?? heheheh
Quote gigahertz 8-2-2021 09:07 PM
Skuau: boleh la depa 'bertukar tempat'...cam kat movie..tu.

Mcm dlm cerita misi tak mustahil masuk ikut saluran udara.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.111053 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top