CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Mahu Ketinggalan, Pinjam Internet Kampung Jiran Untuk Belajar Online

21-1-2021 03:03 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 2035| Komen: 7|Original author: Oleh: natrahn

Description: Hari ini di media sosial, ramai ibu bapa berkongsi kisah hari pertama persekolahan anak-anak bagi memenuhi tuntutan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).



Hari ini di media sosial, ramai ibu bapa berkongsi kisah hari pertama persekolahan anak-anak bagi memenuhi tuntutan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Namun, di sebalik kemeriahan itu, perkongsian seorang pengguna Facebook ini agak meruntun hati. Masakan tidak, di kala anak-anak golongan berkemampuan bersama gajet masing-masing, anak-anak dari masyarakat orang Asli di Johor ini bergelut untuk belajar secara dalam talian.


Kredit foto: Facebook Murni Muda

Menurut Murni, ketiadaan kemudahan talian Internet di kampungnya menyebabkan mereka terpaksa menumpang di kampung lain yang jaraknya berbelas kilometer demi menuntut ilmu.


Kredit foto: Facebook Murni Muda

Apapun, tahniah diucapkan kepada ibu bapa murid ini kerana masih berusaha bagi memastikan anak-anak mereka tidak ketinggalan. Mungkin kerajaan terlepas pandang akan golongan ini kerana terlalu memikiran solusi mengenai pendidikan yang terlalu canggih.

Pembuat dasar di negara kita terlalu memberi fokus untuk melaksanakan pendidikan secara digital di mana kebanyakan pelajar tidak mempunyai kelengkapan  secukupnya untuk mengikuti pengajian seperti komputer ataupun telefon pintar.


Kredit foto: Harian Metro

Dasar-dasar seumpama ini yang mementingkan kecanggihan dan lebih mementingkan masalah orang yang berada dan berpengaruh. Akibatnya, kita dapati ramailah anak orang susah diabaikan.

Sebaiknya, kerajaan memikirkan alternatif lain seperti televisyen (TV) dan radio sebagai medium pembelajaran. Boleh dikatakan hampir setiap isi rumah di negara kita mempunyai televisyen (TV) dan radio yang sudah lama digunakan untuk pendidikan, contohnya TV Pendidikan.

Kenapa TV dan radio tidak dimanfaatkan? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 21-1-2021 03:10 PM
bg aku la..itu kalo kampung/sekolah OA ni belum 'terdedah' ngn virus ni...bg la sekolah depa buka...dgn syarat ketat..cikgu2  yg ngajor ni kena betul2 sihat sblum ngajor.
Quote nazzse 21-1-2021 03:24 PM
Bagusnya mak bapak OA ni.. Semangat lain macam wlpun takda kemudahan secukupnya
Quote mdmy 21-1-2021 04:15 PM
nazzse replied at 21-1-2021 03:24 PM
Bagusnya mak bapak OA ni.. Semangat lain macam wlpun takda kemudahan secukupnya

golongan ini yg patut dibantu. mereka genuinely tak ada apa-apa. yg lain tu banyaknya priority salah
Quote helicornia 22-1-2021 09:25 AM
bagus mak bapak dorang ni.OA kt tempat kau tkde mcm ni. nk soh sekolah pun mcm2 pujuk siap sedia bas segala. tu pun ramai anak berenti sekerat jalan.sorang dua je yg lepas sampai menengah
Quote Artemesiaa 22-1-2021 10:07 AM
Kesiannya moga mereka semua berjaya dalam pelajaran.  Tapi ada benarnya bilangan murid pun tak ramai sebaiknya sekolah boleh dibuka untuk mereka.  Sebab tu pendekatan bersasar lebih baik dari berkurung secara keseluruhannya.
Quote brownstone 22-1-2021 12:26 PM
Satu sudut, aku kagum masyarakat masih meletakkan nilai pelajaran di tahap tinggi, kunci mengubah masa depan.

So yg ckp "alah, x ade SPM pun boleh berjaya"...bole gi mampos.
Quote Ain_h 26-1-2021 02:18 AM
A+ for the effort {:hooray

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.044624 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top