CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam Pakai 'Kolar Anjing’, Cadangan Peranti Jaga Jarak Dibantah

21-1-2021 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2043| Komen: 4

Description: Cadangan mengarahkan pekerja kilang memakai peranti penjarakan sosial yang kelihatan seakan-akan`kolar anjing’ dan mengeluarkan bunyi penggera sekiranya berdiri terlalu rapat sesama individu lain men ...
Cadangan mengarahkan pekerja kilang memakai peranti penjarakan sosial yang kelihatan seakan-akan`kolar anjing’ dan mengeluarkan bunyi penggera sekiranya berdiri terlalu rapat sesama individu lain mencetuskan bantahan di Perancis.



Kredit foto: RMC/Daily Mail

Lapor Daily Mail, peranti itu yang boleh dipakai di leher atau pinggang akan mengeluarkan bunyi amaran sekuat 85 desibel dan mungkin menghasilkan getaran atau menyala jika gagal mematuhi jarak dua meter. 

Syarikat dari Sweden, Essity yang mengeluarkan produk kebersihan dan mempunyai kira-kira 2,500 pekerja di Perancis memaklumkan pihaknya bercadang untuk memperkenalkan gajet tersebut.

Syarikat itu mendakwa langkah tersebut bertujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya wabak Covid-19 berlaku di kilang berkenaan. 



Sebuah persatuan di Perancis mengutuk cadangan itu dengan menyifatkannya sebagai ‘serangan terhadap kebebasan individu yang memberi layanan teruk kepada golongan pekerja kilang’.

Persatuan Buruh Demokratik Perancis juga menegaskan peranti itu tidak akan meningkatkan pengesanan kontak kerana tidak dapat mengesan lokasi pemakai malah semua data itu tiada butiran nama. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 21-1-2021 04:20 PM
muahahhahahahahahhahahah

nakharomnya ...langsung xromantik mcm kota Paris
Quote CiliPadiSedap 21-1-2021 04:41 PM
cara gov perancis habiskan duit rakyat projek kroni. mesti puak2 dia ni spesis politician malaysia.
Quote bakingsoda 21-1-2021 04:54 PM
ok pe baru tau nak jaga jarak. yg nak kebebasan individu tu campak je tgh2 laut biar bebas nak berenang ke mana
Quote supernaturalee 22-1-2021 01:10 AM
Gelang2 ni sesuai dgn ac

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.047344 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top