CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minta Balut Cantik-cantik, Penjual Terkejut Tiba-tiba Set Jenazah Laku Keras

21-1-2021 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5094| Komen: 21

Description: Video di aplikasi TikTok sering mendapat perhatian ramai disebabkan kandungannya yang lebih kreatif, unik dan ‘gila-gila’.
Video di aplikasi TikTok sering mendapat perhatian ramai disebabkan kandungannya yang lebih kreatif, unik dan ‘gila-gila’.

Jika sebelum ini, video yang tular kebanyakannya lucu, sedih, dan menyuntik inspirasi tetapi lain pula dengan satu perkongsian ini.


Baru-baru ini, tular di TikTok video ringkas yang dimuat naik seorang penjual set jenazah dengan berkongsi tangkapan skrin perbualan bersama pelanggannya.



Ketika dihubungi mStar, Ahmad Kamarulnizam Majid berasal dari Felcra Lekir, Setiawan Perak berkata, dia sangat terkejut apabila posting yang dianggap biasa itu boleh tular sehingga ramai yang menghantar mesej kepadanya untuk membuat tempahan.

“Dah enam tahun saya jual di website, Facebook dan Instagram belum pernah lagi tempahan masuk tak berhenti macam ini.

“Padahal video saya itu biasa sangat. Saya niat cuma nak kongsi feedback pelanggan je. Tak sangka sampai viral,” katanya ketika ditemu bual.




Ahmad Kamarulnizam, 40, yang mempunyai tiga cahaya mata ini berkata, dia pernah menerima tempahan dalam kuantiti banyak, tetapi dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang ingin memberi sumbangan ‘pakaian terakhir’ manusia ini, kebanyakannya kepada golongan asnaf.

Bercerita lanjut Ahmad Kamarulnizam berkata ramai masih kurang sedar bahawa set jenazah ini sangat penting disediakan lebih awal bagi memudahkan dan membantu ahli keluarga kita melancarkan urusan pengebumian apabila tiba ajal.

“Mati itu pasti, tua itu belum pasti,” katanya, ringkas.

Ahmad Kamarulnizam mengakui sebelum ini dia menganggap TikTok hanya sekadar platform hiburan dan lebih diminati golongan anak muda.

Apa yang lebih mengejutkan, dia mendedahkan ramai membeli set jenazah ini untuk dihadiahkan kepada diri sendiri sempena sambutan hari ulang tahun masing-masing.



“Tak kira muda atau tua, ramai beli set ini untuk diri sendiri.

“Ada yang minta saya balut set jenazah ini cantik-cantik sebelum pos kepada mereka.

“Alhamdulillah, selepas video ni tular, ramai yang tinggalkan komen insaf mengingati hari kematian menunjukkan mereka sudah terdetik sedikit kesedaran dalam diri,” katanya.

Dia berpandangan, tidak timbul masalah untuk set jenazah ini boleh dijual di mana-mana lokasi atau platform online asalkan ia diniagakan dengan cara yang betul.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budaktua 21-1-2021 03:37 PM
mungkin bilangn yg insaf makin bertambah.....
Quote nanies 21-1-2021 03:42 PM
sebenarnya elok ada benda ni kat umah, tp tu la, bila terpandang kang, seram pulak
Quote dizekni 21-1-2021 04:04 PM
Kalo nak tempah siap2 batu nesan kita pun boleh je

kosongkan tarikh je

sekurang2 nya boleh pilih nak jenis mana

Quote vespa_oren 21-1-2021 04:13 PM
teringat arwah nenek aku siap sediakan duit rm1 banyak2 bila ank, cucu bgi dia simpan, dia kata duit tu guna untuk jenazah dia
Quote mamajawie 21-1-2021 04:14 PM
insof lak baca benang ni..uhuk3
Quote auntieagony 21-1-2021 04:25 PM
Bagus idea ni utk bersedekah kat surau.

Uncle ada beritahu sambil-lalu pasal set jenazah ni, tapi auntie yg kat "compute" sgt pd masa tu.

Skrg  timbul balik kisah set jenazah ni. Peringatan yg baik.
Quote alieyrina 21-1-2021 04:32 PM
Ada apa dlm set ni wey..
Quote Azhargoth 21-1-2021 04:39 PM
dizekni replied at 21-1-2021 04:04 PM
Kalo nak tempah siap2 batu nesan kita pun boleh je

kosongkan tarikh je

peh dasat...font boleh pilih tak?

Quote Supersirap 21-1-2021 09:00 PM
Sekadar persiapan awal, nanti xlah kalut
Quote kaedahnya 21-1-2021 09:41 PM
nak tengok tiktok dia search apa ada link tak
Quote azimodin 21-1-2021 09:44 PM
alieyrina: Ada apa dlm set ni wey..

Set yg brother ni jual xtau la tapi mak iouls ada standby 1 yg ada kain kapas x berjahit, telekung versi jenazah, cawat, kain pengikat, kapas gulung, cotton bud, kapur barus. Mak iouls mmg ada standby 1 kat rumah. Benda2 cmni simpan lama2 sangat pon xelok. So kalau ada jiran2 yg meninggal boleh pakai dulu, nanti boleh beli lagi. Kalau x silap kat pejabat pos pon boleh beli set ni
Quote jas7512 21-1-2021 10:16 PM
azimodin replied at 21-1-2021 09:44 PM
Set yg brother ni jual xtau la tapi mak iouls ada standby 1 yg ada kain kapas x berjahit, telekung ...

X scary ke bau kapur barus...huhu..i mmg x blh bau tu
Quote ina_na 21-1-2021 10:37 PM
azimodin replied at 21-1-2021 09:44 PM
Set yg brother ni jual xtau la tapi mak iouls ada standby 1 yg ada kain kapas x berjahit, telekung ...

Dl aku nk bl gak set ni tp kawan aku x bg.. Dia ckp x elok benda ni simpan lama2.. Tkt kalo kapur barus rosak nanti kn bl lg
Quote puccafan 21-1-2021 11:00 PM
Alhamdulillah. Rezeki dtg dr pelbagai cara
Quote azimodin 21-1-2021 11:38 PM
ina_na replied at 21-1-2021 10:37 PM
Dl aku nk bl gak set ni tp kawan aku x bg.. Dia ckp x elok benda ni simpan lama2.. Tkt kalo kapur  ...

Betul, barang2 macam kapur barus & air mawar ada expiry date. Simpan lama2 takut x elok. Sekarang banyak surau dah standby set ni, so kalau bayar khairat kematian kat surau terdekat x payah standby pon x pe rasanya.  
Quote supernaturalee 22-1-2021 12:53 AM
azimodin replied at 21-1-2021 09:44 PM
Set yg brother ni jual xtau la tapi mak iouls ada standby 1 yg ada kain kapas x berjahit, telekung ...

Ye
Pejabat pos dh lm jual set jenazah ni
250 Klu x silap harganya
Quote jalfa 22-1-2021 01:14 AM
Beli simpan kat mana..iols is seram...sampai sekarang iols sgt takut menziarah org meninggal.miols akan teringat ingat sewaktu nak tido..so iols melawat org mnggal mmg x tgk jenazah..luar luar gitu aje..
Quote RamonaFlower 22-1-2021 02:03 AM
Mcm arwah pah i, dah beli kain kapan, brg utk mandi mayat, call penggali kubur nk cop tanah dekat dgn arwah tok wan i, call catering bgtau nnt tahlil nak buat lauk fav dia, call kwn2 dia yg ustazah bgtau nnt kalau dia meninggal tlg mandikn and baca yassin utk dia. Ni semua time sihat. Tetiba masa nk meninggal, dia bgtau aunt i ni list2 no yg aunt i kena call. Tak payah urus apa dah. Call je dorang dah tau. Allah permudahkan urusan arwah pah i.
Quote anony-mous 22-1-2021 02:23 AM
Patutnya subjek agama kena rombak balik n ajar budak2 bila dah bergaji, benda pertama kena beli set ni utk diri sdri / mak ayah supaya mati esok xsusahkan org lain. Nk mati pon perlu duit. Mcm2 nk kena byr. Always remember that. I harap i mati nanti x susahkan ank2 / org lain nk kena byr tu ini. Harap2 cukup la duit utk masuk kubur

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.059720 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top