CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tukar Jantina Perlu Digariskan Dalam Kesalahan Jenayah Syariah'

21-1-2021 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4675| Komen: 33

Description: Saya ambil perhatian mengenai maklum balas sahabat-sahabat berkenaan isu Undang-undang Syariah yang melibatkan golongan yang berpakaian bertentangan dengan jantina.
Saya ambil perhatian mengenai maklum balas sahabat-sahabat berkenaan isu Undang-undang Syariah yang melibatkan golongan yang berpakaian bertentangan dengan jantina. 

Sejak pagi semalam, saya mendengar dengan tekun pendapat-pendapat yang diutarakan, baik daripada pihak yang menyokong, menyelar mahupun yang mempertikaikan aspek hukuman kepada golongan ini. Kesemuanya ada dalam catatan saya.



Gambar hiasan

Pertamanya, saya nak bagi satu contoh situasi mengikut undang-undang di Wilayah Persekutuan. Katalah kita tahu ada seorang ‘Mak Nyah’ di sana. Di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah, penguatkuasa agama tidak boleh mengambil tindakan semata-mata kerana dia seorang ‘Mak Nyah’. Pihak pendakwa perlu membuktikan bahawa dia menjadi ‘Mak Nyah’ di tempat awam dan dengan tujuan tidak bermoral. 

Aspek Undang-undang Syariah kita agak ketinggalan dalam hal ini kerana jika perlakuan itu dimuat naik ke media sosial, ia tidak dikira sebagai tempat awam. 


Inilah sebab kita mahu pinda semua Undang-undang Syariah yang ada kaitan dan kita akan usahakan secara berperingkat. Kita mahu Undang-undang Syariah juga selari dengan perkembangan arus teknologi dan keadaan semasa.

Ada dua perkara yang saya akan pastikan ia dimasukkan dalam pertimbangan untuk pindaan. 

Pertama, tukar jantina perlu dijadikan kesalahan khusus dalam Undang-undang Jenayah Syariah.

Kedua, kandungan media sosial yang berkaitan dengan semua perlakuan bertentangan dengan jantina iaitu yang tidak senonoh, lucah dan jelik juga perlu dijadikan salah satu jenis kesalahan Syariah yang dilakukan secara dalam talian.

Untuk pengetahuan semua juga, kita telah menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak (Task Force) bagi menangani isu LGBT yang beragama Islam yang dianggotai lebih 20 organisasi berkepentingan dan sudah memulakan mesyuarat pertamanya pada Disember lepas.

Doa dan sokongan kalian semua amatlah kami harapkan dalam usaha mengekang individu dan organisasi yang cuba mempromosi gaya hidup songsang kepada anak-anak kita.


YB AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) 


Sumber: HARAKAHDAILY


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 21-1-2021 04:30 PM
berpakaian menyerupai jantina lain tu xcukup ek
Quote pooh~key 21-1-2021 04:50 PM
Akak sokong jah dek. Sebabnya, akak nak ummah accept akak dan iktiraf akak normal, dekkkk....
Quote songhara1226 21-1-2021 06:41 PM
Saya setujuuu
Quote aijinmisaki 21-1-2021 07:44 PM
Welcome talibanism malaysia. Congrats you made it
Quote Punat_button 21-1-2021 08:20 PM
good luck lah menongkah ayaq terjun

Quote FOTHER-MUCKER 21-1-2021 08:24 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-1-2021 04:32 AM

Saya  berharap satu hari nanti Malaysia akan menjadi Arab Saudi baru di SEA!

“Saya ambil perhatian mengenai maklum balas sahabat-sahabat berkenaan isu Undang-undang Syariah yang melibatkan golongan yang berpakaian bertentangan dengan jantina”


Kita mau melihat semua kaum wanita berpakaian seperti ini


Dan tiada lagi wanita Malaya berpakaian seperti ini! Mana mana wanita pakai jeans ataupun t shirt sila penjarakan!

Quote pooh~key 21-1-2021 08:43 PM
FOTHER-MUCKER replied at 21-1-2021 08:24 PM
Saya  berharap satu hari nanti Malaysia akan menjadi Arab Saudi baru di SEA!

“Saya ambil perhati ...

Inner sadistic side of ummah, dekkkkk! Kohkohkohkoh. Asal tak sama cara hidup, kita buat diorang merana sis! Dasar barbaric, kohkohkohkoh!
Quote FOTHER-MUCKER 21-1-2021 08:48 PM
pooh~key replied at 21-1-2021 04:43 AM
Inner sadistic side of ummah, dekkkkk! Kohkohkohkoh. Asal tak sama cara hidup, kita buat diorang m ...

Bilamana Malaya dah di taliban kan oleh lobai..waktu itu baru mereka tau!
Quote pooh~key 21-1-2021 08:59 PM
FOTHER-MUCKER replied at 21-1-2021 08:48 PM
Bilamana Malaya dah di taliban kan oleh lobai..waktu itu baru mereka tau!

Waktu tu berpakat-pakatlah nak selamatkan diri pindah kat negara kapir laknat, lepas tu usaha nak jadikan negara aman kapir laknat tu seperti negara asal yakni negara gagal lagi taliban, sister! Kohkohkoh.
Quote pooh~key 21-1-2021 09:04 PM
Take that, bitches!
Quote lavendernovella 21-1-2021 09:56 PM
Patutnya termasuk sekali dalam undang2 civil.
Quote rogayahtop 21-1-2021 11:15 PM
Lmao tu dia bila ustadz alphard dok sibuk nak jadi malaikat check dosa masing2. Zaman nabi pun takdak nabi sibuk serbu khemah pak arab.

Tahniah la mula2 pecah grill rumah org nak check berkhalwat sambik bawak handphone samsung rekod janda berkemban lepas ni bolehla selak kain check totey ke pookie dlm kain ye dik non.
Quote cucuq 21-1-2021 11:32 PM
Setujuuu..n hukuman kesalahan jnayah syariah jgnlah msih ditakuk yg lmeee ya 5k,3tahun 6sebatan tu dh x relevan mse skang..kene ubahh.. poligami tnpa kebenaran tu dri dlu denda 1k jerrrr..ptutnya bgi denda tinggi skit kat org poligami tnpa kbnaran sbb ko kawen dua mesti mampu kannn byar dendaa..
Quote cucuq 21-1-2021 11:36 PM
Normabaru replied at 21-1-2021 04:30 PM
berpakaian menyerupai jantina lain tu xcukup ek

Elemen dihadkan patutnya kene ubah.coz dlm pruntukan die ckp mana2 lelaki yg memakai pkaian prmpuan ditempat awam atas tujuan yg tidak bermoral..so xbrmoral tu mcm melacurkan diri ke,parti seks ke..kalo stakat sajat safiey plai baju perempuan buat live jual bengkus,emas elemen xdipenuhi sbb tu bukan xbrmoral...
Quote cucuq 21-1-2021 11:39 PM
rogayahtop replied at 21-1-2021 11:15 PM
Lmao tu dia bila ustadz alphard dok sibuk nak jadi malaikat check dosa masing2. Zaman nabi pun takda ...

Terjah tu pon sbb ade aduan sis atau ambush mengejut kalau ade even mcm tahun baru,ambang merdeka tu pon die cek rekod customer agittuu..kalo xder aduan buatler mksiat smpai puas..nk best skit tu buat kt hotel mahall tu confirm xder serbuann..tpi org melayu mampu pergi hotel bajet jer nk brseronok pon
Quote cucuq 21-1-2021 11:41 PM
aijinmisaki replied at 21-1-2021 07:44 PM
Welcome talibanism malaysia. Congrats you made it

Hanya trpakai kt org islam je siss non muslim x trmasukkk...ape yg talibans nyer sis kalo xsalah xyah lerr risau gittuu
Quote Normabaru 21-1-2021 11:55 PM
cucuq replied at 21-1-2021 11:36 PM
Elemen dihadkan patutnya kene ubah.coz dlm pruntukan die ckp mana2 lelaki yg memakai pkaian prmpua ...

Oh mcm tu.. Baru kaka tahu. Mekasih share dik cucuq
Quote FOTHER-MUCKER 21-1-2021 11:57 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-1-2021 07:58 AM
cucuq replied at 21-1-2021 07:36 AM
Elemen dihadkan patutnya kene ubah.coz dlm pruntukan die ckp mana2 lelaki yg memakai pkaian prmpua ...

Masih ingat lagi mopti bagi tau orang lelaki pakai baju kelawar di rumah walaupun pinjam baju isteri ataupun pinjam baju kelawar emak tetap haram walaupun lobai tidak nampak perbuatan tu!

Hiya....

Yanh haram tetap haram jangan nak halalkan yang haram nanti jadi seperti arob Saudi tu!
Quote harisbee 21-1-2021 11:59 PM
ada fatwa2 tertentu leh buat pembedahan jantina kan?

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.068287 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top