CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sering Dengar Bunyi Bising ‘Kerusi Ditarik’, Lelaki Ini Pilih Untuk Lapor Polis 80 Kali Setahun

22-1-2021 02:30 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3700| Komen: 8

Description: Rumah sememangnya sebuah tempat yang ideal dan selesa untuk berehat. Walau bagaimanapun, tekanan daripada luar terkadang mungkin mengganggu penghuni rumah sehingga tidak mampu berehat serta menghadap ...



Rumah sememangnya sebuah tempat yang ideal dan selesa untuk berehat. Walau bagaimanapun, tekanan daripada luar terkadang mungkin mengganggu penghuni rumah sehingga tidak mampu berehat serta menghadap dengan masalah yang berlaku.

Situasi yang sama nampaknya turut berlaku buat seorang lelaki dikenali Mr. Lo yang menetap di Singapura di mana beliau telah menjadi perhatian selepas direkodkan telah menelefon pihak polis 80 kali setahun hanya disebabkan satu masalah yang sama iaitu bunyi bising yang keterlaluan daripada tingkat atas.



Berdasarkan perkongsian, lelaki yang berusia 57 tahun ini mendakwa sering mendengar bunyi seakan budak berlari, kerusi diheret pada lantai serta pintu yang ditolak dengan kuat.

Beliau yang pada mulanya sekadar bersabar dengan jiran tingkat atas walau bagaimanapun memilih untuk menelefon pihak polis sehingga lapan kali sehari semata-mata disebabkan bunyi bising yang sangat menganggu beliau.

Lebih mengejutkan, beliau dilaporkan telah membuat 80 kali aduan kepada pihak polis sepanjang setahun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mendapatkan alat untuk mengukur bunyi bising di mana beliau merekodkan bunyi sehingga 80 decibel (dB).

Bukan berpunca daripada jiran tingkat atas



Apa yang lebih mengejutkan, bunyi bising yang dikatakan berpunca daripada tingkat atas tidak seperti yang didakwa. Sebaliknya, pihak polis yang menemu ramah jiran tingkat atas memaklumkan beliau tidak melakukan perkara-perkara seperti yang didakwa dan tidak mendengar sebarang bunyi.


Berdasarkan makluman seorang jurutera yang membuat siasatan, difahamkan masalah bunyi yang bergerak melalui objek melibatkan rekaan serta bahan binaan antara yang membuatkan bunyi sedemikian terhasil sekaligus menidakkan bunyi misteri seperti yang didakwa. Fenomena ini juga turut disebut sebagai water hammer.

Setakat artikel ditulis, dilaporkan masalah bunyi bising yang berlaku di apartment berkenaan masih belum selesai di mana lelaki berkenaan terpaksa menghadap dengan bunyi bising yang didengari daripada tingkat atas.



Sumber : TheVocket  

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 22-1-2021 09:21 AM
Apa benda la artikel ni tulis ulang2
Quote helicornia 22-1-2021 09:24 AM
rasanya fenomena water hammer ni jugak yg bunyi main guli la apa benda tu sume
Quote lattehazelnut 22-1-2021 11:12 AM
Ye ke? Kalau bunyi paip kuat pun same ke?
Quote Artemesiaa 22-1-2021 11:18 AM
Sesetengah rumah apartment atau kondo kadang ada je masaalah macam tu jadi elok mintak pihak pengurusan bangunan periksa sama.
Quote She-Ra 22-1-2021 11:32 AM
Edited by She-Ra at 22-1-2021 11:36 AM

saluran air pun boleh buat bunyi pelik2
tp rumah kami takde masalah ini

housemate pernah la ngadu pasal bunyi mcm org main guli & tarik kerusi dr tingkat atas
setelah beberapa kali dorg ngadu.. baru la aku beria pasang telinga
dan terbukti mmg ada bunyi2 tu.. kdg2 rasa mcm bunyi tu ikut aku ada kt mana, dapur-hall-bilik
tp aku buat dek je.. selagi tak kacau
beberapa hari kendian, saje la pegi naik atas & jengah
rumah yg menempatkan anak2 yatim tp takde la ramai naw dan mmg dorg selalu la tarik kerusi la, main guli congkak la, skipping la..
cerita dgn bdk2 rumah, semua lega

seeloknya benda gini takyah layan
adakalanya mainan perasan dan adakalanya mmg mainan setannnn
sentiasa ingat Allah..

sebenarnya aku ada je pengalaman bdk asrama kena histeria dulu
real okay! yelah mmg jin syaitan ini wujud..
kami mmg buat dek je dgn bunyi2 segala
bunyi org tarik kerusi, bunyi org ngajuk ckp kekami disiang hari.. lantakkan aje
kena histeria tu mcm dh biasa, kami selesaikan sesama kami
cuma sekali je histeria teruk, kwn2 aspura panggilkan ustaz
alhamdulillah semuanya ok.. tp jenuh jgk la berperang sementara menunggu ustaz sampai
mana kena tendang kt perut, mana kena jeling, mana yg org tgh azan tiba2 dia qamat, mana kena tipu.. ehh mcm2 la.. dlm keadaan cenggitu kami masih mampu tergelak
member yg kena histeria tu siap ikut kami baca ayat Qursi tp tak abis la

itulah pengalaman yg mendeawasakan kita.. ecehh gituuu
Quote chinta89 22-1-2021 01:28 PM
Kiranya water hammer la bkn usikan makhluk halus eh..
Quote jasmeen 23-1-2021 04:30 AM
tutup telinga dengan ear plug ..atau pindah rumah.
Quote nanies 25-1-2021 03:34 PM
hahahahha misteri..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.071502 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top