CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Korea Utara Akan Dipenjara 15 Tahun Jika Tonton Rancangan Hiburan Korea Selatan

22-1-2021 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2587| Komen: 12

Description: Pyongyang: Rakyat Korea Utara akan dihukum jika didapati didapati menonton program hiburan dari Korea Selatan termasuk drama bersiri.
Pyongyang: Rakyat Korea Utara akan dihukum jika didapati didapati menonton program hiburan dari Korea Selatan termasuk drama bersiri.

Bukan itu saja, mereka juga dilarang meniru gaya rakyat negara jiran itu berbual, lapor media tempatan.


Peraturan itu diumumkan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang melancarkan perang terhadap pengaruh luar dan menyeru kepada hiburan tempatan yang lebih baik.

Peraturan itu termaktub dalam satu undang-undang baru yang mula dikuatkuasakan akhir tahun lalu.

Gambar Hiasan

Perincian peraturan itu dimuat turun Daily NK, laman web yang berpengkalan di Korea Selatan yang melaporkan dari sumber di Pyongyang.

Jika didapati bersalah, rakyat Korea Utara akan berdepan hukuman 15 tahun penjara.

Hukuman itu juga terpakai kepada ibu bapa jika anak mereka di dapati melanggar peraturan berkenaan.

Perincian di dalam web itu menyatakan rakyat negara berkenaan dilarang membaca bahan dari media Korea Selatan, menerbitkan atau mengedarkan kandungan lucah, menggunakan televisyen tidak berdaftar, radio, komputer telefon bimbit dari luar serta peranti elektronik.

Sebuah majalah yang diterbitkan di Jepun, Rimjin-gang turut melaporkan perkara sama berdasarkan maklumat sumber di Korea Utara.

Laporan yang disiarkan awal bulan itu menyatakan undang-undang itu turut melarang rakyat Korea Utara berbual atau menulis seperti negara jiran. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jasmeen 22-1-2021 08:31 AM
boringnya la hai si kimjongun ni
Quote Artemesiaa 22-1-2021 08:44 AM
Bukan benda baru pun dah bertahun rasanya dah ada peraturan tu.  Hanya mungkin sekarang dikuatkuasakan semula sebab makin ramai rakyatnya minat apa yang ada diselatan.
Quote Tinot7 22-1-2021 08:51 AM
Rugi wooo..... tak dpt tgk drama bersiri...

Pyongyang: Rakyat Korea Utara akan dihukum jika didapati didapati menonton program hiburan dari Korea Selatan termasuk drama bersiri.
Quote Zirara99 22-1-2021 08:54 AM
Siapa yg baru tahu ni?? Benda dh lama.
Quote CARI-MRO 22-1-2021 09:10 AM
Pyongyang: Rakyat Korea Utara akan dihukum jika didapati didapati menonton program hiburan dari Korea Selatan termasuk drama bersiri.


Bukan itu saja, mereka juga dilarang meniru gaya rakyat negara jiran itu berbual, lapor media tempatan.


Peraturan itu diumumkan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang melancarkan perang terhadap pengaruh luar dan menyeru kepada hiburan tempatan yang lebih baik.


Peraturan itu termaktub dalam satu undang-undang baru yang mula dikuatkuasakan akhir tahun lalu.


Gambar Hiasan




Perincian peraturan itu dimuat turun Daily NK, laman web yang berpengkalan di Korea Selatan yang melaporkan dari sumber di Pyongyang.


Jika didapati bersalah, rakyat Korea Utara akan berdepan hukuman 15 tahun penjara.


Hukuman itu juga terpakai kepada ibu bapa jika anak mereka di dapati melanggar peraturan berkenaan.


Perincian di dalam web itu menyatakan rakyat negara berkenaan dilarang membaca bahan dari media Korea Selatan, menerbitkan atau mengedarkan kandungan lucah, menggunakan televisyen tidak berdaftar, radio, komputer telefon bimbit dari luar serta peranti elektronik.


Sebuah majalah yang diterbitkan di Jepun, Rimjin-gang turut melaporkan perkara sama berdasarkan maklumat sumber di Korea Utara.


Laporan yang disiarkan awal bulan itu menyatakan undang-undang itu turut melarang rakyat Korea Utara berbual atau menulis seperti negara jiran. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote helicornia 22-1-2021 09:20 AM
bukan dh ada dah ke artikel ni? wartawan cari please wake up!!
Quote epuepy 22-1-2021 10:01 AM
La. Dh lama tau dh. Selow gile wartawan cari pn
Quote chinta89 22-1-2021 01:26 PM
Ulang tyg tp ok lah utk pengetahuan mana yg blm tahu
Quote helicornia 22-1-2021 04:53 PM
chinta89: Ulang tyg tp ok lah utk pengetahuan mana yg blm tahu

lama2 forum cari jadi astro haha
Quote MeghanK 22-1-2021 05:16 PM
ni bukan benda baru..dari dulu lagi rakyat noko diharamkan tengok/ dengar huburan dari luar
Quote dudaberhias 22-1-2021 05:17 PM
kesiannya... padahal sape2 ada pistol boleh je tembak dictator deorang tu... dah settle masalah...
kalau yang pengganti pun sama jah.. tembak lagi... tembak non stop sampai la aman di sana...
Quote zjen 22-1-2021 06:27 PM
kecuali tetiap malam kene spot-check rumah ke rumah,  atau terus haramkan TV

tapi ekceli citer cintan cintun halal ke dlm Islam ...  boleh buat anak muda byk angan angan nak dating pastu mengesek  

tapsiran Ustaz berbeza beza


Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.082085 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top