CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Minyak Wangi Bau Orang Mati Pengubat Rindu

15-1-2021 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2184| Komen: 4

Description: Bau yang kuat boleh mengingatkan kita kepada seseorang dan sesuatu kerana saraf yang menghubungkan hidung terletak berhampiran dengan amygdala iaitu kawasan otak yang menghubungkan emosi dengan ingata ...
Bau yang kuat boleh mengingatkan kita kepada seseorang dan sesuatu kerana saraf yang menghubungkan hidung terletak berhampiran dengan amygdala iaitu kawasan otak yang menghubungkan emosi dengan ingatan.



Kredit foto: Odisi

Disebabkan itu, Katie Apalategui mendapat inspirasi untuk mencipta minyak wangi daripada bau orang yang telah tiada.

Idea tercetus selepas ibunya yang masih menyimpan sarung bantal mendiang bapanya kerana ia memiliki bau mendiang membuatkan memori bersama bapanya itu kekal segar dalam ingatan.

Dengan kerjasama seorang saintis dari Universiti Le Havre, bau tersebut dihasilkan dengan mengambil pati dari molekul yang ada pada pakaian, kemudiannya dijadikan pewangi selepas empat hari pemprosesan, dan dijual pada harga sekitar ASD600 (sekitar RM2422).


Katie bersama anak lelakinya

Kredit foto: Odisi

“Kami ke rumah pengebumian untuk menawarkan kepada keluarga sebuah kotak kecil berisi botol bau yang telah kami ambil dari sekeping bahan yang disediakan mereka.

"Ada kaitan kuat antara bau dan ingatan, yang sama seperti foto, video dan kenangan lain dan dapat memberikan kenangan buat yang masih hidup," katanya dipetik Mirror.


Sumber: Era.je

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 15-1-2021 03:02 PM
mcm cerita parfume..bunuh org pastu dia blaut dgn sejenis minyak dan minyak tu dia kikis dari kulit org mati dijadikan pati minyak wangi..dpt kalu smua org jatuh cinta dan dtg menyembh.
Quote dua_chzy 15-1-2021 03:07 PM
This is sad.
Quote sharlenetexas 15-1-2021 03:09 PM
Amik pati kat plat khas tu mcm amik minyak dagu ke?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.068234 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top