CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kisah Hidup Hangat Jadi Bualan, To'ki Rasa Diri Bagai Superstar

15-1-2021 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4231| Komen: 20

Description: Penyanyi popular era 1990-an, To'ki merasakan hidupnya bagaikan 'superstar' apabila kisah hidupnya hangat diperkatakan, tahun lalu.
Penyanyi popular era 1990-an, To'ki merasakan hidupnya bagaikan 'superstar' apabila kisah hidupnya hangat diperkatakan, tahun lalu.

Kedaifan hidup To'ki, 54, dan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 49, yang tinggal di sebuah pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12, Gombak yang tular masih mendapat perhatian ramai hingga hari ini.



Kredit foto: Berita Harian

"Saya seperti penyanyi nombor satu dalam Malaysia selepas berita tersebar. Ini kerana, undangan persembahan juga banyak. Semakin hari semakin bertambah, cuma pergerakan agak terbatas ketika pandemik COVID-19 ini.

"Terasa rugi kembali meletup ketika pandemik COVID-19, tetapi saya perlu bersabar. Alhamdulillah, bakat saya orang luar nampak semula.


"Pengikut dalam laman sosial, Facebook (FB) juga bertambah dua kali ganda daripada kisah sebelum ini yang pernah tular," katanya kepada BH Online.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Seni Berzaman dan Biasan itu percaya peminat selesa melihat caranya berkomunikasi dalam FB.

"Saya bersyukur biarpun tidak pernah diangkat dalam program realiti seperti Gegar Vaganza atau Anugerah Bintang Popular BH, tetapi saya tetap diingati.

"Selain itu, saya beroleh 'syurga' apabila selesa duduk di rumah baharu. Hubungan renggang dengan anak-anak pula semakin baik, mereka ada datang melawat," katanya.

Kredit foto: Berita Harian

To'ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur menerima rumah flat tiga bilik tidur di Taman Setapak Indah. Kunci rumah diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Shukri Yusoff kepada To'ki di kediaman berkenaan pada Julai tahun lalu.

Bukan hanya kediaman selesa disediakan, malah penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Biasan itu tidak perlu membayar sewa bulan selama setahun. PPZ-MAIWP turut menghulurkan beberapa bentuk bantuan seperti perabot rumah, komputer riba dan kewangan.

Sebelum ini, anak kedua, Noor Hidayah pernah memuat naik entri mendakwa To'ki tidak menunaikan tanggungjawab sebagai bapa selepas meninggalkan ibu, dirinya dan empat beradik lain.

Namun, di sebalik apa yang berlaku, ada hikmah manis apabila anak-anak terbuka hati bertemu To'ki selepas membaca nasihat netizen. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 15-1-2021 09:58 AM
Alhamdulillah..

To'ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur menerima rumah flat tiga bilik tidur di Taman Setapak Indah. Kunci rumah diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Shukri Yusoff kepada To'ki di kediaman berkenaan pada Julai tahun lalu.


Bukan hanya kediaman selesa disediakan, malah penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Biasan itu tidak perlu membayar sewa bulan selama setahun. PPZ-MAIWP turut menghulurkan beberapa bentuk bantuan seperti perabot rumah, komputer riba dan kewangan.

Quote EvieWanKenobi 15-1-2021 10:05 AM
Saya seperti penyanyi nombor satu dalam Malaysia selepas berita tersebar.
Malaysia ada sorang jelah penyanyi nombor satu..
Quote exclusive_vvip 15-1-2021 10:24 AM
dia ni selalu bila bagi statement, berdegar2 kemain..
Quote missHaidiD 15-1-2021 10:31 AM
Acah2 je la ko ni toki
Quote espri6006 15-1-2021 10:35 AM
toki ni boleh je jadi superstar andai tokki pandai jaga diri, adab dan kisah peribadi. Lagu asli , lagu rock malah lagu balada juga boleh nyanyi...dia mampu jadi spt jamal abdillah, Mnasir, Sm Salim..tapi itulah tidak pandai menjaga itu....
Quote Addrianna 15-1-2021 10:55 AM
Dh kenapa statement mcm tu
Quote LadyCarefree 15-1-2021 10:56 AM
Bangga tular macam tu punya sebab?
Quote LostStar 15-1-2021 11:03 AM
la baru 49.. kesiannya..
Quote Fafaaisa 15-1-2021 11:08 AM
Penyanyi no 1 tokti dan toki...ok la tu
Quote Fafaaisa 15-1-2021 11:08 AM
Sangat suka lagu hampa dan biasan
Quote Boomibulat 15-1-2021 11:22 AM
Pnh dipaksa nyanyi lagu Naluri Cinta oleh cikgu masa dlm kelas..
Quote Noraniza_Iblis 15-1-2021 11:27 AM
die ni graduate rumah pengasih jgk ke?
Quote bulalof 15-1-2021 11:41 AM
dari semasa ke semasa eloklah AADK ketuk pintu dan buat urine test.
Quote Nenasketum 15-1-2021 12:06 PM
High lagi la nih!
Quote rospinki 15-1-2021 12:14 PM
sore sedap toki nyanyi..ada satu lagu tu aku cukup suka.
sapa ingt tolong bgitau.

tepek vidio ke
Quote kiah_mai_pulak 16-1-2021 05:50 PM
masalah nya kisah org puji tinggi melangit ke ???
Quote rosannazmia 16-1-2021 05:57 PM
Boomibulat replied at 15-1-2021 11:22 AM
Pnh dipaksa nyanyi lagu Naluri Cinta oleh cikgu masa dlm kelas..

Sian nya ko dek.. takpe kalu ikhlas nyanyi walao pon pakse rela
Quote Burong_Hantuk 16-1-2021 06:26 PM
Kaki mendadih...sampai bila2 idop kao X tenang
Quote MadameOnion 17-1-2021 06:07 PM
Sebab retis..penagih yg pilih jalan camtu dibantu jugak..kalau penagih lain ditapak kakikan saja..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.095678 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top