CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Populasi Jin Lebih Ramai Dari Manusia, Ini Tempat-Tempat Yang Paling Disukai Oleh Mereka

21-1-2021 01:48 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5817| Komen: 5

Description: DALAM satu hadith RASULULLAH S.A.W. pernah memberitahu bahawa, antara salah satu tempat yang paling disukai oleh para jin adalah sungai ataupun laut.



DALAM satu hadith RASULULLAH S.A.W. pernah memberitahu bahawa, antara salah satu tempat yang paling disukai oleh para jin adalah sungai ataupun laut.

Oleh sebab itu Rasulullah S.A.W. memerintahkan umatnya supaya memohon perlindungan kepada Allah dari Jin, dengan membaca : - 

“ALLAHUMMA inni a’udzu bika minal khubutsi wal khaba’its.." MAKSUDNYA - "YA Allah, aku memohon perlindungan dari gangguan JIN lelaki dan JIN wanita.."

UNTUK makluman, populasi golongan Jin adalah lebih banyak daripada populasi manusia.. MALAH kalau dibukakan hijab untuk melihat alam mereka, kita akan dapat lihat begitu banyak Jin di sekeliling manusia.

JIN ada banyak jenis, ada yang tinggal di darat, ada juga yang tinggal di air, di udara dan ada juga yang tinggal dalam tanah.


HANTU air adalah merupakan Jin yang tinggal di air, jin yang tinggal di dalam air juga bukan satu jenis sahaja malah beratus.. FIZIKAL mereka juga beraneka rupa.. ADA yang bentuk macam ikan, macam buaya, macam ular tapi berkepala manusia dan sebagainya.

BANGSA Jin juga suka tinggal seperti di dalam gua, laut, bukit, gunung dan hutan atau tempat-tempat terpencil lainnya.. NAMUN jangan terkejut, mereka juga boleh tinggal serumah dengan anda!!



PERKONGSIAN TERUTAMANYA UNTUK YANG BERAGAMA ISLAM..

DI dalam SUNGAI mahupun di LAUTAN, sesungguhnya adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutamanya "Jin Kafir"..

JANGAN sesekali ketika anda mahu masuk ke dalam sungai, melafazkan ayat seperti ini : 

"TOK, Cucu Tumpang Masuk Sungai Ye, Tolong Jangan Kacau!!"..
TOLONG Jangan Sekali-kali!! SYIRIK Hukumnya..!!

AMALKAN ayat ini ketika masuk ke dalam sungai dengan perlahan-lahan sebanyak 7 kali..
SETIAP langkah di baca doa ini :

"SALAMUN a'la sulaiman fil a'lamin" - MAKSUDNYA : "SALAM Sejahtera Ke Atas Nabi Sulaiman.."



SESUNGGUHNYA Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda.. AMALKAN ayat itu, InsyAllah dengan izin ALLAH, tidak akan ada sebarang gangguan ke atas diri anda..

AMALAN doa yang ini juga sangat-sangatlah di galakkan dibaca terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam sungai..

بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim..

"DENGAN nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.."

BARANG siapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya..
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad):

MARILAH sama-sama kita mengamalkannya.. SENTIASA mulakan dengan bacaaan doa, bukan hilai ketawa sebelum masuk sungai!!

DOA tambahan untuk mengelakkan dari haiwan buas atau binatang berbisa..

"SALAMUN a'la nuhin fil a'lamin" - MAKSUDNYA : "SALAM Sejahtera Ke Atas Nabi Nuh.."

SEMOGA kita sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T tidak kira dimana jua anda berada.. Aamiin..



Sumber : MuslimGuide
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 21-1-2021 05:05 AM
tengku jalal boleh bagi sepatah dua kata?
Quote Lengkong 21-1-2021 07:56 AM
Terima kasih tt


Quote mawar_mustika 21-1-2021 11:15 AM
arwah my mom dlu2 tiap2 kali i nk msk hutan mesti die sruh sebelum msk tu bg slm pd nabi sulaiman...ayat die lbh kurang salamun ya nabi sualaiman...i jenis yg ske ikut kem kepimpinan slalu msk hutan...pastu die slalu pesan al fatihah jgn tinggl...bc je sepanjang jln even period pun jdkn doa pelindung...sbb die tau anak die ni tau bc al fatihah je huhuhuu...dlu2 ikut je ape yg arwah my mom sruh...alhamdulillah mmg xpernah kene kacau pun even time tu ade yg meracau..bismilah hillazi tu pun i jd kan amalan skrg
Quote Radzor 21-1-2021 12:28 PM
manusia takleh tgk jin. tp jin bleh tgk manusia.. klu korg bogel ke apa jin cuci mata
Quote downiey 29-1-2021 11:51 AM
Kalo aku masuk hutan aku selalu bace ayat kursi dan korg bole jugak amalkn zikir simple2 mase on trek.. alhamdulillah so far xpernah kene kcu dan mintak dijauhkn dr kene kacau

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.056525 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top