CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Tak Peduli Perintah Darurat Di Jepun

15-1-2021 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6466| Komen: 45

Description: Ramai penduduk Jepun dilihat tidak mengikut arahan kerajaan untuk kekal berada di rumah.
Ramai penduduk Jepun dilihat tidak mengikut arahan kerajaan untuk kekal berada di rumah. 

Usaha kerajaan Jepun memperluaskan perintah darurat kepada tujuh wilayah, dilihat tidak memberi kesan menyeluruh dalam usaha menghentikan penularan Covid-19.



Kredit foto: Japan Today

Orang ramai masih dilihat berada di tempat awam dan pengangkutan awam masih menerima jumlah penumpang yang ramai.

Namun, mereka yang keluar tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka.

Perintah darurat di Jepun kini diperluaskan kepada tujuh wilayah lain selepas beberapa wilayah terjejas teruk akibat virus itu meminta kerajaan mengeluarkan perintah darurat negeri.

Langkah itu yang berkuat kuasa pada Khamis hingga 7 Februari ini antara lain mengarahkan bar dan restoran tutup pada jam 8 malam.


Sumber: AWANI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 15-1-2021 02:53 PM
"Kita tak patut takut dengan Covid. Covid yang patut takut dengan kita."

-Manusia-
Quote POJAL_APO 15-1-2021 02:54 PM
Kang x kerja duet xda...habis apa choice yg ada...kt Malaysia ni jgn ckp lerh...ramai yg struggle sbb PKP skang ni...norma baru...masa ni larh nk tgk gomen wt keje
Quote nanies 15-1-2021 03:03 PM
bukan kata Jepun ni disiplin kuat ke
Quote alieyrina 15-1-2021 03:15 PM
Jepun gila keja kut..mcm mana suruh depa duk rumah..
Quote MadameOnion 15-1-2021 03:16 PM
sama la macam kat malaysia pun
Quote bintangct 15-1-2021 03:20 PM
alieyrina replied at 15-1-2021 03:15 PM
Jepun gila keja kut..mcm mana suruh depa duk rumah..

tu la Lgpun rumah diaorg kecik gila Hmm mesti buntu kalo terperap dlm rumah
Quote renko 15-1-2021 03:27 PM
pencacai jepun xnk komen ke
salu sume bnde suke banding jepun puji2
disiplin la apa la
Quote najib888 15-1-2021 03:32 PM
Takdak la disiplin sangat pun rupanya..
Quote zjen 15-1-2021 05:41 PM
displin deols kat tempat kerja,   xleh pasal COVID nak ada niat malas kat rumah,  lagipon rumah org Jepun mostly kecil je,   ada yg kecil sakan keranda,   deols keluar kerja pagi sampai lewat malam balik,  terus tidur dlm 'keranda'   ...  makan kencing berak semua around tempat kerja

http://sajanakcerita.blogspot.co ... randa-di-jepun.html




Quote Artemesiaa 15-1-2021 05:43 PM
Manusia ni lebih kurang sama je dimana2.  Tambah mereka ni bukan ada budaya suka duduk rumah sebelum covid19 pun dah mereka ni lebih banyak masa dihabiskan diluar rumah.  Rumah hanya balik malam untuk tidur je.  Jadi tak hairan masih ramai diluar walau ada arahan untuk stay at home.
Quote uori 15-1-2021 05:46 PM
zjen replied at 15-1-2021 05:41 PM
displin deols kat tempat kerja,   xleh pasal COVID nak ada niat malas kat rumah,  lagipon rumah org  ...

sesak nafas nengok rumah memasing, punyalah kecik
Quote silencekiller 15-1-2021 05:50 PM
Antara kelangsungan hidop yakni duit vs covid ... depa pikiaq mana lebih mudarat ... so depa buat pilihan sundri jer..
Quote Decaffeinated 15-1-2021 05:52 PM
Korang nampak tak bila orang jepun yg disiplin tahap bawah malaikat tu pun dah tak nak layan perintah berkurung ni...
Quote Amigurumi 15-1-2021 07:20 PM
Jepun punya kedai makan pun tutup pukul 8pm
Quote cepheid 15-1-2021 07:42 PM
Amigurumi replied at 15-1-2021 07:20 PM
Jepun punya kedai makan pun tutup pukul 8pm

Ha ni betul. Tapi tempat minum buka sampai tengah malam la pulak
Quote underground 15-1-2021 08:00 PM
orang yg pernah bekerja dgn org jepun atau yg pernah belajar menetap di jepun je tahu perangai munafiqun depa ni..  korea pun sama.

tunjuk wayang pun baik je.
Quote zjen 15-1-2021 08:30 PM
uori replied at 15-1-2021 05:46 PM
sesak nafas nengok rumah memasing, punyalah kecik

hah tulah,  weols masa PKP masih bertuah dpt 'stay at home'   ...   deols jepun ...  takan nak suruh deols 'stay at keranda' dua minggu,   kalu camtu better berhijrah ke Alam Barzakh  
Quote jalfa 15-1-2021 08:34 PM
Takutnya tengok rumah camtu..rasa dlm kubur dah sempit...bertuah lahir dibumi malaysia ni
Quote syamzana 15-1-2021 08:36 PM
underground replied at 15-1-2021 08:00 PM
orang yg pernah bekerja dgn org jepun atau yg pernah belajar menetap di jepun je tahu perangai munaf ...

sangatttttt....so malas nak komen byk.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.168513 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top