CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masa Sehari Kini Tidak Sampai 24 Jam Kerana Bumi Berputar Lebih Laju - Saintis

11-1-2021 02:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8027| Komen: 63

Description: PUTARAN bumi pada paksinya kini dilaporkan menjadi lebih laju berbanding 50 tahun yang lalu. Saintis baru-baru ini mendedahkan bahawa masa dalam sehari pada waktu ini sudah menjadi lebih singkat, dan ...
Gambar Sekadar Hiasan. Kredit foto : JalanTikus



PUTARAN bumi pada paksinya kini dilaporkan menjadi lebih laju berbanding 50 tahun yang lalu. Saintis baru-baru ini mendedahkan bahawa masa dalam sehari pada waktu ini sudah menjadi lebih singkat, dan tidak sampai 24 jam.

Penjaga masa dunia memaklumkan bahawa pada 19 Julai 2020, masa sehari yang dilalui pada tarikh itu kurang 1.4602 milisaat berbanding tempoh biasa 24 jam.

Perkara itu sekaligus bercanggah dengan kepercayaan umum sebelum ini bahawa jangka masa matahari terbit pada waktu pagi, sehingga ia terbit semula pada keesokkan harinya yang dipercayai melebihi masa 24 jam.


Rekod yang dicatatkan sebelum ini menunjukkan, bumi melengkapkan putaran sehari dalam masa lebih 24 jam.

Penemuan terbaru itu menimbulkan perdebatan di kalangan saintis, sama ada kita perlu mengubah dan membu4ng kiraan satu saat daripada catatan masa, untuk menyelaraskan perubahan sekaligus memberikan kiraan yang tepat dan selari dengan putaran bumi.

Perkhidmatan Putaran Bumi dan Sistem Rujukan Antarabangsa (IERS) pada bulan Disember tahun 2020 yang lalu telah menyatakan bahawa tiada “lompatan saat” akan ditambah kepada penyimpan masa rasmi dunia.

Namun disebabkan bumi mengambil masa beberapa jam lebih cepat untuk melengkapkan putarannya, maka para saintis akan mempertimbangkan penambahan ‘lompatan saat negatif’.

Tahun 2020 merekodkan 28 hari bumi berputar paling pantas.

Terdapat 28 hari yang terjadi di dalam tahun 2020, di mana bumi berputar paling pantas dalam masa sehari sejak tahun 1960, di mana bumi berputar di atas paksinya beberapa milisaat lebih pantas berbanding purata tempoh yang biasa.

Para penyelidik mendakwa secara purata tempoh masa bagi hari-hari berkenaan 0.5 saat lebih singkat berbanding 24 jam. Oleh sebab itu para penyelidik di seluruh dunia mempertimbangkan untuk memadam 1 saat dalam catatan masa bagi memastikan ia selari dengan putaran bumi.

Mengekalkan masa atom selari dengan masa solar adalah penting untuk memastikan satelit-satelit dan perkakas komunikasi lain berada pada keadaan yang selari.

Perubahan kelajuan putaran bumi itu dipercayai ada kaitan dengan kesan pemanasan global. 
 
Salah satu laporan yang diterbitkan dalam Science Advances dalam tahun 2015 mendakwa pencairan bungkah air batu dunia merupakan sebahagian daripada punca menyebabkan planet ini berpusing pada kadar yang lebih laju di atas paksinya. 



Sumber : ER/Soyalemon


Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsPercy 11-1-2021 04:59 AM
Kol 5 pg baca berita ni. Huhuhu.
Quote getarsukma 11-1-2021 05:09 AM
Sama la kita
Quote lattehazelnut 11-1-2021 05:37 AM
Patut la weekend rasa mcm singkat sgt
Quote wikedsaikel 11-1-2021 06:00 AM
Aku pulak rasa waktu cerah (siang) macam pendek sikit
Quote jureencute 11-1-2021 06:09 AM
Wow cool nya kerja penjaga masa dunia
Quote Abot 11-1-2021 06:46 AM
Seram nye..tp dosa ttp buat
Quote Innrukia 11-1-2021 07:05 AM
Dunia akhir zaman
Quote dudaberhias 11-1-2021 07:09 AM
memang betul kot... kalau 2x lagi cepat... maknanya tido 8 jam tu tak cukup ke?
Quote dudaberhias 11-1-2021 07:11 AM
ooooo 1 saat je pun... cissss.... ku ingat 2x lagi cepat....
sambil2 taip ni dah terbuang dah 1 saat tadi tu buang masa lagi
Quote Mulotkoyak 11-1-2021 07:24 AM
Oooo patutlahh kalo dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung kan??? {:hooray
Quote Jitu 11-1-2021 07:52 AM
teringat pulak citer yg Christopher Reeve jd superman pergi pusing putaran bumi lawan arah terus masa pun berputar kembali ke masa silam
Quote lovelytouch 11-1-2021 08:05 AM
dudaberhias replied at 11-1-2021 07:11 AM
ooooo 1 saat je pun... cissss.... ku ingat 2x lagi cepat....
sambil2 taip ni dah terbuang dah 1 saa ...

Kan.. akaq pun pening baca dek satu saat punya pasal.. yihhh
Quote helicornia 11-1-2021 08:06 AM
kurang satu saat je la ye
Quote dudaberhias 11-1-2021 08:07 AM
lovelytouch replied at 11-1-2021 08:05 AM
Kan.. akaq pun pening baca dek satu saat punya pasal.. yihhh

tu la... dek penangan gambar cover tu padahal gambar cover tu dari youtube vid jah
Quote helicornia 11-1-2021 08:07 AM
dudaberhias: ooooo 1 saat je pun... cissss.... ku ingat 2x lagi cepat....sambil2 taip ni dah terbuang dah 1 saat tadi tu buang masa lagi

hahaha klu baca balik betul2 mmg katanya kurang sati saat je.yg kita mengabiskan masa kt forum ni pun beribu berjuta saat sehari hihi
Quote kimsa-ra 11-1-2021 08:17 AM
23 jam 59 minit
Quote matbad 11-1-2021 09:33 AM
dudaberhias: memang betul kot... kalau 2x lagi cepat... maknanya tido 8 jam tu tak cukup ke?

Patut aku asyik ngantuk ja
Quote Rob07 11-1-2021 11:24 AM
dunia semakin tua
Quote najib888 11-1-2021 11:27 AM
Bukan ka dari dulu lagi memang bukan 24 jam sehari? Sebab tu dalam 4 tahun ada leap year; 29 February. Propa lagi ka?

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.056997 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top