CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datuk Fizz Fairuz Dan Isteri Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pahang

11-1-2021 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2889| Komen: 5

Description: Sebagai anak jati Pahang, pelakon Datuk Fizz Fairuz terpanggil untuk memberikan bantuan kepada penduduk negeri itu yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.
Sebagai anak jati Pahang, pelakon Datuk Fizz Fairuz terpanggil untuk memberikan bantuan kepada penduduk negeri itu yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.


Menerusi laman Instagramnya, Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia dalam misi menyerahkan barang bantuan seperti tilam, selimut dan bantal kepada penduduk yang terjejas.

Foto: IG

"Kami dalam misi untuk menghantar bantuan kepada penduduk yang terlibat dengan banjir. Bukan sahaja kena banjir, ada juga penduduk yang rumah mereka terbakar.

"Misi kami untuk serahkan bantuan ini dengan menyasarkan seramai 100 buah keluarga untuk setiap daerah yang kami pergi.

"Ada yang nak masuk rumah mereka kena korek tanah dulu baru boleh masuk rumah."





"Sekarang ini keperluan makanan, minuman dan pakaian memang dah banyak, mereka (mangsa banjir) amat memerlukan keperluan lain seperti bantal, selimut dan tilam selain perkakasan untuk membersihkan rumah seperti penyapu, baldi dan bakul.

"Kami akan masuk ke kawasan pedalaman dahulu sebab ada di antara mereka yang masih tak dapat bantuan disebabkan terputus jalan," katanya.

Pelakon filem Munafik itu juga berkata sekiranya ada mana-mana pihak yang mahu memberikan sumbangan boleh berhubung secara langsung dengannya menerusi kiriman direct message (DM) di Instagramnya.



"Kami cuba membantu sebaik yang mungkin dan saya juga perlukan sumbangan anda. Jika sesiapa ada yang mahu menyumbang, boleh DM kepada saya.

"Kalau anda tengok memang sedih sangat-sangat.

"Ada yang nak masuk rumah mereka kena korek tanah dulu baru boleh masuk rumah... sama-sama kita bantu mana yang boleh," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boojaat 11-1-2021 10:45 AM
Iols tertarik dgn bantuan yg d berikan.. salu org bagi beras gula telo... Bi bg waterjet.  Amat2 memerlukan utk cuci rumah kan...
Quote sarah_ary2 11-1-2021 10:51 AM
boojaat replied at 11-1-2021 10:45 AM
Iols tertarik dgn bantuan yg d berikan.. salu org bagi beras gula telo... Bi bg waterjet.  Amat2 mem ...

Betul this one sgt berguna boleh bg pinjam kat rumah lain jugak
Quote haruslah 11-1-2021 11:53 AM
Bagus niat dan usaha membantu tu
Bayangkan rumah tenggelam habis
Semua nak kema repair
Quote zuraidah1 11-1-2021 10:26 PM
Rumah aku Ada 5 bungkus megi bantuan mangsa banjir..
Quote rogayahtop 14-1-2021 12:30 AM
Datuk melawat kawasan ke. Ada test kobid?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.047451 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top