CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muhyiddin Hilang Majoriti Sebagai Perdana Menteri?

10-1-2021 01:12 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 11636| Komen: 76|Original author: Oleh: kp5x

Description: Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan telah hilang majoriti sebagai Perdana Menteri susulan tindakan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan penarikan sokongan daripada kerajaan PN d ...

Kredit foto : Bernama

Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan telah hilang majoriti sebagai Perdana Menteri susulan tindakan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan penarikan sokongan daripada kerajaan PN dan Perdana Menteri.

Ahmad Jazlan sebelum ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkuat kuasa 6 Januari 2021.

Dengan penarikan sokongan Ahmad Jazlan, Muhyiddin kini hanya mempunyai sokongan seramai 110 ahli parlimen berbanding yang tidak menyokong juga 110 ahli parlimen. 

Seperti dilaporkan MalaysiaKini, Dewan rakyat kini mempunyai seramai 220 orang ahli parlimen berbanding 222 orang sebelum ini setelah dua ahli parlimen meninggal dunia.


Kredit foto : Azmin KM

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri ke lapan menerusi gerakan 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan tumbang setelah 22 bulan menjadi kerajaan. - CARI


Kredit foto : Mkini, facebook


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote debab_78 10-1-2021 12:11 PM
Politician oiii.. hangpa tak penat ka....
Quote syaz_lina 10-1-2021 12:15 PM
Marilah kita doakan diturunkan bala kepada politician2 yg melompat ni. Rakyat tengah susah banjir, hilang kerja sbb covid dia tak habis2 nak suruh bubar sana sini
Quote zuuu 10-1-2021 12:17 PM
syaz_lina replied at 10-1-2021 12:15 PM
Marilah kita doakan diturunkan bala kepada politician2 yg melompat ni. Rakyat tengah susah banjir, h ...

Aq tolong aminkan...aq pon dh fed up ngan permainan politik ni lantak korg la
Quote wirazam 10-1-2021 12:34 PM
syaz_lina replied at 10-1-2021 12:15 PM
Marilah kita doakan diturunkan bala kepada politician2 yg melompat ni. Rakyat tengah susah banjir, h ...

Bukan ke masa angkat sumpah dulu tu, Ada berikrar etc etc...hope yg lompat2 nih ditaril balik semua elaun, pangkat dll serta diisytiharkan sebagai bukan lagi ahli parlimen, kena denda dan diblacklistkan dari menjadi calon pru...hope ada pengamal undang2 yg saman yb yb ni..
Kalau betul X suka, ko letak jawatan as yb...ramai lagi org nak post ko tu dan boleh perform better
Quote Kitty_catz 10-1-2021 12:39 PM
penat je jemin memburit tu ari...

last2 lubang heols jew makin besau...
Quote fahdramli 10-1-2021 12:44 PM
syaz_lina replied at 10-1-2021 12:15 PM
Marilah kita doakan diturunkan bala kepada politician2 yg melompat ni. Rakyat tengah susah banjir, h ...

Aku pun nak jahat mulutt jugak hari ni,,, biaq semua politician yg munafik tu mati kena covid, depa tau pelahap perut depa jaaa,,, tak pikiaq rakyat yg dah susah ni,, yg kena musibah banjir, tak reti2 nak diam sat, menyalak macam anjing berebut jawatan.... cam hamjad,,,,,,, pi mati sorang2
Quote silencekiller 10-1-2021 12:52 PM
Betoi laa mamat MP tu buat... dah terbukti AbahCow gagal mengawal c19 and impact economy... biaq YDPA ambil alih & tubuhkan KERAjaan interim buat masa ini...

Sapa tak perform, YDPA buleh tendang jaa replace dgn orang lain... Baginda juga buleh pilih dari mana2 partai yang dirasakan pada hemat Tuanku lebih layak..

kalo orang dok diam ... nanti keadaan makin parah.. kena tuduh geng or jilat AbahCow.. baik blah semua terlambat... sedangkan macai2 PH dok ke hulu ke hilir KERAjaan PN-umno wpun umno tadak kuasa sgt dlm KERAjaan.. yang kuat politaik adalah AbahCow & the geng, depa dok sibuk kukuhkan partai utk next PRU..
Quote Decaffeinated 10-1-2021 12:55 PM
syaz_lina replied at 10-1-2021 12:15 PM
Marilah kita doakan diturunkan bala kepada politician2 yg melompat ni. Rakyat tengah susah banjir, h ...

Kalau bala by definition semua kena. Macam banjir skrg ni. Tu contoh bala lah.
Quote axl_bach 10-1-2021 12:59 PM
silencekiller replied at 10-1-2021 12:52 PM
Betoi laa mamat MP tu buat... dah terbukti AbahCow gagal mengawal c19 and impact economy... biaq YDP ...

Abah Mahiaddin x berpolitik di kala covid....beliau sgt prihatin lg berpenjana

Yg berpolitik masa covid ni Bangnon jer....haramjadah ka apa depa kata
Quote stingerxmas 10-1-2021 01:01 PM
Tik Tok Tik Tok....Time is running out abah cow...

tomorrow may be just his last appearance on TB as Piyem....

kahkahkahkahkah
Quote stingerxmas 10-1-2021 01:03 PM
axl_bach replied at 10-1-2021 12:59 PM
Abah Mahiaddin x berpolitik di kala covid....beliau sgt prihatin lg berpenjana

Yg berpolitik ma ...

ANWART!ANWART! ANWART!


Burrrrpppppppppp
Quote kp5x 10-1-2021 01:12 PM

Kredit foto : Bernama





Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan telah hilang majoriti sebagai Perdana Menteri susulan tindakan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan penarikan sokongan daripada kerajaan PN dan Perdana Menteri.


Ahmad Jazlan sebelum ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkuat kuasa 6 Januari 2021.


Dengan penarikan sokongan Ahmad Jazlan, Muhyiddin kini hanya mempunyai sokongan seramai 110 ahli parlimen berbanding yang tidak menyokong juga 110 ahli parlimen.


Seperti dilaporkan MalaysiaKini, Dewan rakyat kini mempunyai seramai 220 orang ahli parlimen berbanding 222 orang sebelum ini setelah dua ahli parlimen meninggal dunia.





Kredit foto : Azmin KM





Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri ke lapan menerusi gerakan 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan tumbang setelah 22 bulan menjadi kerajaan. - CARI





Kredit foto : Mkini, facebook
Quote baghal_bortuqal 10-1-2021 01:39 PM
This is apt.
Quote TravellingBear 10-1-2021 01:40 PM
so skrg kita ada piyem ke tkde piyem ni.

yg thread 1 lagi kata dia pegi singapore tu. tu bila. skrg ke dah lama berlalu?
Quote Punat_button 10-1-2021 02:02 PM
Kerajaan PN akan bertahan walau ada ahli parlimen tarik sokongan
Oleh Noor Atiqah Sulaiman - Januari 10, 2021 @ 1:52pm
bhnews@bh.com.my

image.png
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof selepas Majlis Apresiasi Pemenang SUPERB 2020 di Putrajaya. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan bertahan walaupun ada Ahli Parlimen kerajaan menarik balik sokongan kerana ada ahli parlimen daripada parti lain yang tampil menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata walaupun ada wakil rakyat kerajaan yang menarik balik sokongan, banyak ahli parlimen parti lain menghubunginya dan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.

"Kalau satu ahli parlimen dari sesuatu parti politik itu menarik sokongan bukan maknanya kita tidak boleh kekal, mungkin satu (seorang) keluar, dua lagi akan masuk, kita tidak tahu," katanya di sini malam tadi selepas majlis Apresiasi Pemenang Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).


image.png
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (duduk tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Md Silmi Abd Rahman (duduk dua kiri) bersama para pemenang SUPERB 2020, malam tadi. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Beliau berkata demikian merujuk pengumuman Ahli Parlimen Machang daripada UMNO, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob yang menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta merta, semalam.

"Beliau (Muhyiddin) sudah sebut sebelum ini, sekiranya kita dapat tangani virus ini tiada masalah untuk kita jalankan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

"Cuma saya rasa kesal dan kecewa dengan apa yang dilakukan oleh individu tertentu yang mahu memporak perandakan kestabilan negara.

"(Apa yang berlaku) ini menjurus kepada pengasingan di mana orang tak mahu melabur ke dalam negara kerana tiada lagi kelestarian bersama untuk bangunkan ekonomi.

"Orang (pelabur) fikir panjang (sebelum membuat pelaburan). Jangan sebab nak kuasa dan lepaskan diri dari undang-undang mereka porak perandakan pengurusan dan pentadbiran negara.

"Saya nasihatkan mereka ini untuk muhasabah diri kerana ia sebenarnya memberi impak negatif kepada mereka," katanya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas).


Quote stingerxmas 10-1-2021 02:03 PM
TravellingBear replied at 10-1-2021 01:40 PM
so skrg kita ada piyem ke tkde piyem ni.

yg thread 1 lagi kata dia pegi singapore tu. tu bila. sk ...

Ada macam takda kekdahnya....

kahkahkahkahkahkah...

macam biskut marie..kejap ada..kejap takda...
Quote badaksumbu 10-1-2021 02:12 PM
Punat_button replied at 10-1-2021 02:02 PM
Kerajaan PN akan bertahan walau ada ahli parlimen tarik sokongan
Oleh Noor Atiqah Sulaiman - Januar ...

sembang. kalau ramai mp yg sokong muhyiddin awatnya undi dewan rakyat hari tu tak menang besar

pelabur dah pakat2 lari indon sana dah sekarang. lg lama muhyiddin jd pm, melingkup negara ni

Quote prizadane 10-1-2021 02:27 PM
Pening YDPA, dengan banjir teruk di Pahang.. nak hadap puak-puak gila kuasa ni. Eh... bosan la never ending drama ni
Quote kivio 10-1-2021 02:41 PM
prizadane replied at 10-1-2021 02:27 PM
Pening YDPA, dengan banjir teruk di Pahang.. nak hadap puak-puak gila kuasa ni. Eh... bosan la never ...

Takyah nak pening sangat. Haritu dia lulus.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.069501 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top