CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Maeps Sesak? Jangan Anggap Macam Kat Hotel" - Ini Keadaan Sebenar Di Sana

10-1-2021 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9347| Komen: 54

Description: Tular di media sosial mengenai dakwaan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang, Selangor.
Tular di media sosial mengenai dakwaan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang, Selangor.



Penyebaran video dan gambar di Maeps itu turut mendakwa mengenai kemudahan dan layanan yang diberikan kepada pesakit Covid-19 kurang memuaskan.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan dan panik dalam kalangan netizen, terutama dengan peningkatan kes harian Covid-19 sehingga mencecah angka 3,000.

Maeps kali pertama diaktifkan sebagai PKRC pada 16 April dan ditutup 15 Julai lalu. Pada 9 Disember lalu, kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan semula Maeps sebagai PKRC.

Namun, salah seorang pesakit Covid-19 yang ditempatkan di Maeps berkongsi mengenai pengalamannya yang jauh berbeza daripada apa yang didakwa netizen.

Bercakap kepada mStar, Muhamad Afifie Chan berkata, dia dimasukkan ke Maeps pada Khamis selepas disahkan positif Covid-19, selepas melakukan ujian saringan susulan dimaklumkan merupakan kontak rapat kepada pesakit yang dijangkiti virus itu.




"Video yang tular di media sosial menunjukkan ramai orang beratur tu sebenarnya bukan nak masuk ke dalam dewan, tetapi sebenarnya mereka discaj kerana dah sembuh dan dibenarkan pulang. Itu mereka beratur untuk keluar dari dewan.

"Sebenarnya tak adalah sesak sampai dewan penuh. Banyak lagi katil yang kosong. Saya dan mereka yang lain ditempatkan di katil masing-masing.

"Tiada yang menakutkan pun di dalam dewan Maeps ni. Keadaan di sini tenang, selesa dan bersih," katanya kepada mStar sambil menambah dirinya ditempatkan bersama pesakit warga tempatan dan dewan lain menempatkan pesakit warga asing bagi memudahkan pengurusan.

Pemuda berusia 30 tahun itu turut menjelaskan bahawa layanan daripada petugas barisan hadapan (frontliners) adalah baik dan keadaan terkawal.

"Mereka (frontliners) sangat peramah dan antara kami sentiasa menceriakan keadaan di dalam dewan. Tiada tekanan pun, malah kadang-kadang rasa terhibur.

"Makanan juga diberikan tiga kali sehari dan panas-panas bila dapat. Siap ada tempoh sah untuk dimakan bagi memastikan makanan elok dimakan.

"Sedap-sedap juga makanan yang disediakan. Saya suka nasi ayam masak kurma, tapi ada yang kata nasi beriani pun sedap juga," ujarnya yang menetap di Putrajaya.



Lebih mesra disapa Afifie, katanya, kemudahan seperti tandas dan ruang solat juga mencukupi dan dalam keadaan bersih serta memuaskan.

"Setakat ini tak pernah lagi saya kena beratur atau terpaksa tunggu untuk masuk tandas. Memang bersih dan sentiasa dibersihkan. Selesa untuk buang air dan mandi, tapi janganlah anggap macam tandas kat hotel.

"Tak adalah panas pun seperti yang ramai sangka, tapi di sini sejuk sebab ada penyaman udara. Memang selesa keadaan di sini, sampaikan saya ada buat brisk walk (berjalan laju) di sekitar dewan," katanya.

Bagi Afifie, apa yang paling ingin dikongsinya kepada orang luar adalah semangat positif pesakit Covid-19 yang ditempatkan di Maeps selain layanan baik oleh frontliners.



"Ada satu pintu yang akan dibuka dengan 'sound effect' (kesan bunyi) mantap, macam dalam filem sains fiksyen Maze Runner. Bila ada pesakit baru masuk, pintu akan dibuka dan kami yang di dalam akan bersorak bagi semangat supaya mereka yang baru masuk tidak rasa takut.

"Walaupun di dalam Maeps ni semua pesakit adalah positif Covid-19, tetapi mereka juga mempunyai sikap dan semangat yang positif. Pengalaman ini yang amat dirindui saya bila discaj dan dibenarkan pulang.

"Bukan sahaja tak perlu risau nak caj telefon secara terbuka sebab tak ada kecurian telefon tapi pada masa sama masih berhati-hati, dan mereka juga bekerjasama membantu meringankan beban frontliners dengan mengagihkan makanan bersama-sama. Sebab kami di sini macam kawan, dan berfikiran positif," katanya.


Sumber: mStar
2

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • yeos


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 10-1-2021 09:01 AM
Dasar kuat komplen....ko ingat ni taraf hotel kayangan ke...

Makanan tu dah ok dah...tandas pun ...

Bersyukur je lah
Quote teen_angelJB 10-1-2021 09:15 AM
Tu sebb bile aku dpt sharing video ni aku terus delete..
Xde purpose nak share kat org lain sebb kami lagi tahu keadaan sebenarnye..
Batak sharing..timbulkn panic to everyone..
Bull**it
Quote jalfa 10-1-2021 09:15 AM
Haha..untung sikit la dr dok rumah..kena cari makan sendiri...order makanan hari hari pon dah brp.,atleast kat situ ada gak yg tgk tgk kan..ni kurantin sorang sorang kat rumah mmg sedeh dekkk....bercukurrrr jer wordnya
Quote EvieWanKenobi 10-1-2021 09:19 AM
"Sedap-sedap juga makanan yang disediakan. Saya suka nasi ayam masak kurma, tapi ada yang kata nasi beriani pun sedap juga"
syukurlah..
Quote jalfa 10-1-2021 09:34 AM
Ada mamat tu dok komplen fb bini dia foreigner ada depress anxiety bagài..dah tahu ada anxiet bawakla ubat siap stanby.ni mitak ubat anxiety dgn misi kat maeps tu...manala depa ada..ubat tu pon bukanya boleh bg gitu aje..kena dr yg bagi..kurantin kat hotel x boleh dah ke....kesian plak golongan kayangan terpaksa hidup bersama warga asing
Quote sarah82 10-1-2021 09:39 AM
Sedap pulak aku tengok makanan depa
Quote Innrukia 10-1-2021 09:41 AM
jalfa replied at 10-1-2021 09:34 AM
Ada mamat tu dok komplen fb bini dia foreigner ada depress anxiety bagài..dah tahu ada anxiet bawak ...

masalahnya bini dia expat jah bukan RPT or PR. Melalak mcm hidup teraniaya sbb tak reti bahasa malaysia. Air suam pun tatau nak mintak.
lepas tu duk menjaja citer mcm pusat tu menganiaya org & kutuk frontliners kat situ. Mendapatla kena kutuk dgn org jugak. Sorry aku tak simpati although duk ckp bini dia bayar tax etc. Hg kja sini amik hasil negara so mmg hang kena bayar la.... patut hantar balik negara asal je tgk mcm mn dilayan


Quote Nokiaman 10-1-2021 09:51 AM
Pookimaks ni semua kuat merayap
Nak komplen sekarang
Padanlaa tu
Quote Lista 10-1-2021 10:55 AM
Time tengah wabak ni..ramai complain, macam2 complain...bawaklah bersabar...bykn berdoa..semoga wabak diangkat...semoga dipermudahkan urusan semua..

Hidup kat dunia ni sementara je..di akhirat ni semua apa terjadi kat dunia ni dah lupa dah..kita semua berdiri disana pula utk dihisab. Sekadar peringatan sesiapa yg ingin bermuhasabah.
Quote me12345 10-1-2021 10:57 AM
Patutlah pendatang asing gigih menyabung nyawa nk seludup masuk ke Malaysia....bagus belaan. Hebat Malaysia
Quote shernazz 10-1-2021 11:22 AM
Kawan iols asymptomatic kot...
Dia positip tapi kuarantin di rumah..
Xtau la kena angkut ke tak nnt
Quote CikYaYaYa 10-1-2021 11:23 AM
Skrg ni xblh kuarantin kat hotel dh ke..? Mnyampah pulak dgr golgn kayagan duk mrungut xkena tempat ni..   Dah bnyak duit if blh kuarantin kt hotel pegi laa check in kat sana.. Kt situ ko nk mrungut apa pon blh sbb ko byr. Cuba laa bsyukur skit...
Quote Buritan 10-1-2021 11:45 AM
noor2: Dasar kuat komplen....ko ingat ni taraf hotel kayangan ke...Makanan tu dah ok dah...tandas pun ...Bersyukur je lah


Ontahhh.. aku rasa mcm caye je bideo tuu dan ape yg dia tulis tuu.. sbb dulu tims kobik tadak pun aku tengok sepital seremban klang pun punuh.. doc pun muke ketat pikir mcm mcm.. kawan aku ade jah beranak kat koridor sbb labor penuh dan kena tunggu pulak nak masuk wad sbb katil penuh jugak.. la ni ade kobikkk .. aku tak salahkan pun frontliner.. depa pun dah tak mampu dah
Quote sidewinder 10-1-2021 12:29 PM
biasa keadaan tgh darurat....jgn laa expect mcm kat rumah sendiri....bilik ada aircond....makan org kasi...ok sgt laa tu
Quote annehuda 10-1-2021 12:36 PM
jgn salahkan KKM, tu salahkan gelang pink dah kasi kelonggaran kuarantin kat rumah boleh plak pegi jalan-jalan.  rakyat malaysia sendiri tak reti nak disiplinkan diri sendiri
Quote sambaldurian 10-1-2021 12:47 PM
adalah kt ofis terkena virus ni, so masukla dia ke maeps, mcm komplen jgk la ckp sesak, ak nengok mcm asrama ak dulu je.  kitorg pun diarahkan buat swab test , result negative la masing2. so ok la. tp yg ak nk citer xde la teruk sgt bila ak tgk kwn ak anta tu, mcm dorm hostel. dorm plkn. tp klu ak terkena naya la, baju ak sikit, dlm bakul basuh bnyk le. naya nk g nk memikirkan baju nk bwk. ngan fikir kesihatan parents ak. org muda kena xpe boleh build imun . tp Alhamdulillah negatif. btw, semoga covidfighter pulih cepat, covid ni nk suh dia g mcm degil je, anggapla nnti satu 'norma baru' , vaksin pun bakal ada, border boleh bukak dh, ekonomi beransur pulih harapnya.
Quote Suchi 10-1-2021 01:42 PM
Yang tak biasa duk wad kelas 3 sepital gomen lama yg dah usia 100 tahun tu mmg akan acah terkejut bila tgk katil susun byk2 mcm kat hostel ni. Tgk tuala2 bersidaian pun dah rasa pelik.
Yg duk kat maeps rata2 tak bergejala masih boleh uruskan diri.
Takkan nak sediakan bilik satu sorang plak dgn misi setiap sorang satu.
Quote Suchi 10-1-2021 01:45 PM
sambaldurian replied at 10-1-2021 12:47 PM
adalah kt ofis terkena virus ni, so masukla dia ke maeps, mcm komplen jgk la ckp sesak, ak nengok mc ...

Bukan pakai baju hospital ke? Kena pakai baju sendiri ke? Setau iols duk sepital la jimat baju just utk discaj je. Hari2 pakai baju biru tu jelaa.
Tp hat kat maeps ni xtaula kalau kena pakai baju sendiri plak. Leceh gak tu.
Quote sambaldurian 10-1-2021 03:04 PM
Suchi replied at 10-1-2021 01:45 PM
Bukan pakai baju hospital ke? Kena pakai baju sendiri ke? Setau iols duk sepital la jimat baju jus ...

ntah tgk ada video lain, yg kt maeps ada yg kt katil hospital tu pki baju wakanda forever. lgpun yg masuk maeps ni quite ramai. so better bwk baju sendiri kot. baju dlm xkn hospital nk provide. so pandai2 la urus diri mcm duduk kt hostel kot. tu ak rs la. klu boleh xnk la merasa masuk hostel maeps, cukup la last studies dulu duduk hostel.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.320663 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top