CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Michael Ang Menyesal Mengaku Dirinya Mualaf

10-1-2021 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10200| Komen: 34

Description: Pengarah dan penerbit kontroversi, Michael Ang kesal keterbukaan mengaku dirinya mualaf mengundang pelbagai persepsi netizen termasuk komen berbaur negatif.
Pengarah dan penerbit kontroversi, Michael Ang kesal keterbukaan mengaku dirinya mualaf mengundang pelbagai persepsi netizen termasuk komen berbaur negatif.



Dia mengaku timbul rasa kesal mengumumkan dirinya sudah memeluk Islam apabila setiap perlakuan terutama di laman sosial diperkatakan sejak lebih setahun lalu.

Mike, 44, mendakwa netizen suka menghakimi perbuatannya dan tidak kurang juga mempersoalkan amalan dirinya sebagai mualaf.

"Lebih baik orang ramai tidak tahu saya mualaf. Saya lihat netizen suka menghakimi. Apa saya buat semua salah. Ada antaranya, tidak salah pun atau tidak sengaja, tetap diadili.

"Contohnya, ada yang bertanya, saya sudah solat atau tidak. Saya tetap dengan pendirian tidak memuat naik atau berkongsi video sedang solat atau sebarang aktiviti keagamaan sekalipun, biarlah saya dengan Allah," katanya kepada BH Online.




Michael memberi contoh, Uqasha Senrose pernah memuat naik video memaparkan dirinya sedang menunaikan solat di lokasi penggambaran.

"Apa yang berlaku, saya dihentam... Netizen kata saya menunjuk-nunjuk," katanya.

Michael tidak menafikan disebabkan provokasi netizen, dia terdetik berkongsi soal amal ibadatnya.

"Saya ada terfikir memuat naik foto sedang solat. Tetapi apabila difikir semula, untuk apa? Itu bukan cara saya.

"Tak kisahlah apa orang nak cakap, saya akan teruskan dengan cara saya," katanya.

Michael yang memeluk Islam pada 2018, mengaku dirinya mualaf pada April tahun lalu apabila kad pengesahan agamanya tular.


Kredit foto: IG Mike

Michael berkata, dia melengahkan pengakuan sudah memeluk Islam kerana enggan orang ramai menganggap tindakan itu sebagai tiket meraih populariti.

"Walaupun saya seorang mualaf, ia bukanlah tiket atau laluan saya untuk menembusi pasaran Melayu.

"Kalau boleh tengok laman sosial saya, saya tidak pernah memuat naik video yang menyentuh soal agama. Cuma, baru-baru ini, saya muat naik video mempersoalkan kenapa ustaz yang lahir dari program realiti terlalu cepat menghukum artis.

"Sebaliknya, apabila rakan-rakan mereka terpalit dengan kontroversi, selepas dua atau tiga minggu, barulah bersuara," katanya.

Michael menjelaskan niatnya hanya berkongsi pandangan bahawa ustaz perlu belajar cara bercakap agar orang ramai mencintai Islam, bukannya membenci atau takut dengan Islam.


Sumber: BH Online

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Rapz

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote de_ikea 10-1-2021 08:43 AM
Ini lah pilihan chuols mike. Org lain, lain pulak pilihan yg ada. Semua pun ada ujian masing-masing.
Quote midori_katana 10-1-2021 09:14 AM
Jangan cakap camtu mike... i bangga u warwarkan diri u muslim... kalau rasa tekanan sangat dgn medsos ni just rehat sekejap..stop guna dan upload apa2 untuk sebulan 2.., nanti u akan ok
Quote Themilo 10-1-2021 09:45 AM
Mike, 44, mendakwa netizen suka menghakimi perbuatannya dan tidak kurang juga mempersoalkan amalan dirinya sebagai mualaf.

cakap dengan cermin ke? kau pun judgemental brosis..
Quote Rogue98 10-1-2021 10:15 AM
Bagus lah dah jadi Muslim. So act like one lah. Yang kau kisah sangat org kutuk kau apahal.
Quote KIM.K 10-1-2021 10:18 AM
Kami ni pun ada je yang sibuk2 dah solat ke belum
Macam anak dia tu solat bila duk berjauhan. Puii la tak reti mendidik
Quote Kurex 10-1-2021 10:56 AM
Takut dihakimi, jgn ada socmed
Quote rain2169 10-1-2021 11:31 AM
mike.... I doakan moga you strong..
learn and learn lagi ilmu agama.
semoga Allah permudahkan urusan anda.
Quote apedehal 10-1-2021 11:44 AM
Kurex replied at 10-1-2021 10:56 AM
Takut dihakimi, jgn ada socmed

Knp aku selalu setuju dgn kurex ni..nyampah yach
Quote kiah_mai_pulak 10-1-2021 12:28 PM
lantakkk ko lahhhh
Quote per706 10-1-2021 12:39 PM
Edited by per706 at 10-1-2021 12:40 PM

Udahle Mike,snyap je la dlu.... Byk plak bunyi lately ni.mna2 pon da.nma manusia gitula prngai nye. Robot iyelaaa,snyap saje.xde feeling, xde pendapat..mcam ko la Komen on certain2 isu berdsarkan perspektif ko.bgi ko pndapt ko tu betul klu ikot akal pkran ko. Tpi hal sbnar isi dlm nya ko pon belom tentu arif...kalu ko jnis snyap je heran jugak aku kalu org usik.....tpi mulut kot pon laju jugak....ko pon salu start video2 ko Komen on some isu, "I x kisah pon kalu uoll nk kecam I" (lebih kurang) so hadap la bang...nk komen org mmg laju,tpi bila kena sndri..kena telan laaa.....
Quote jalfa 10-1-2021 12:41 PM
Hang pon mulut laser x hengat dunia....cuba tone down sikit.....ko laser org xpe..org laser ko sentap plak...
Quote Nham22 10-1-2021 12:49 PM
Sebagaimane engko berhak nak mengata org lain sesukati ko.. .
Samelah mcm org lain sukehati depalah nak menghakimi ngata ko
Quote Tunan 10-1-2021 12:55 PM
Themilo replied at 10-1-2021 09:45 AM
Mike, 44, mendakwa netizen suka menghakimi perbuatannya dan tidak kurang juga mempersoalkan amalan d ...

Ye
Org suka hentam dia sbb dia pun suka hentam org
Quote izat123 10-1-2021 01:02 PM
Stop jelah main media sosial. Kat media sosial ni ramai orang gila dari orang normal
Quote jasmeen 10-1-2021 01:22 PM
adoi nyahhh ni.biar je la nyahhhh.ko dah kenapa nak kesah ngan netz.netz for fun je but never trust them.
Quote sambaldurian 10-1-2021 01:30 PM
xpe la mike, org yg dilahirkan muslim asal2 pun belum tentu baik. org solat 5 waktu hari2 pun belum tentu x buat dosa, apatah lg mualaf.
Quote Nenasketum 10-1-2021 01:44 PM
Mulut dia ni makin melampau plak bila peluk Islam.
Quote stingerxmas 10-1-2021 02:52 PM
Ujian mike ujian....kalau kau masuk islam kerna DIA...not anyone...then why bother....?
Quote incess.my 10-1-2021 03:56 PM
Ko pon sejenis suka menyebok sundel! So sama padanlah dgn netizen...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.174950 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top