CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sanggup Mengkhianati, Lelaki Kahwin Dua Wanita Serentak

10-1-2021 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5918| Komen: 38

Description: Seorang lelaki di India memutuskan berkahwin dengan dua wanita dicintainya serentak kerana tidak sanggup mengecewakan salah seorang daripada mereka.
Seorang lelaki di India memutuskan berkahwin dengan dua wanita dicintainya serentak kerana tidak sanggup mengecewakan salah seorang daripada mereka.

Perkahwinan unik itu berlangsung meriah di Bastar, Chhattisgarh pada 5 Januari lalu dengan kehadiran 500 tetamu dan majlis itu tular di media sosial.


Kisah berkenaan bermula ketika lelaki itu yang juga seorang petani, Chandu Maurya bertemu dengan Sundari Kashyap, 21, tiga tahun lalu sebelum mereka menjalin hubungan melalui telefon dan merancang untuk berkahwin.

Bagaimanapun, setahun selepas itu, Chandu jatuh hati pula dengan seorang wanita bernama Haseena Baghel, 20, yang dikenalinya ketika menghadiri majlis perkahwinan saudaranya di kampungnya di Tikralohnga.


Kredit foto: Hindustan Times

Menurut Chandu, dia mengaku sudah berpunya namun Haseena tidak peduli dan mereka tetap berhubung menerusi telefon.


"Haseena dan Sundari berkenalan antara satu sama lain dan bersetuju meneruskan hubungan itu.

"Suatu hari Haseena datang ke rumah dan menetap bersama saya bersama ibu bapa dan dua adik-beradik saya," katanya dalam portal Hindustan Times.

Katanya, hubungannya bersama dua wanita itu menjadi pertikaian penduduk kampung sebelum dia memutuskan mengahwini dua wanita itu serentak.

"Lelah dengan pelbagai persoalan, saya memutuskan mengahwini mereka kerana mereka mencintai saya.

"Saya tidak sanggup mengkhianati kedua-duanya dan mereka juga bersetuju hidup dengan saya selama-lamanya," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 10-1-2021 09:17 AM
dgr tu pompuan sumer....x sanggup 'MENGKHIANATI....katanya.
Quote marla69 10-1-2021 09:19 AM
Tagline yang kejam
Quote aienul 10-1-2021 09:24 AM
kemainnnn seronok kau ya {:freak
Quote sarah82 10-1-2021 09:34 AM
Leluhur benua kecil mengikut jejak leluhur kaki claim.. Erkkk.. Kebetulan kedua2 leluhur suka claim

Quote misssakura 10-1-2021 10:05 AM
disana hanyalah menantiiii sampai bila pun ku tak pastiiiiiii
Quote KIM.K 10-1-2021 10:15 AM
Bukan susah pun bela dua bini..dia petani bagi la makan sayur
Quote merrissa 10-1-2021 10:26 AM
Eh boleh plak kahwin dua?
Quote tokchik 10-1-2021 10:29 AM
Dah Ada dua pembantu ladang free.

Siang ke kebun sayur

Malam membajak tanah sekangkang kera.

{:laugh
Quote matjerk 10-1-2021 11:49 AM
"X sanggup mengkhianati"
Habih tu mcm mana hang boleh ada 2 pmpuan klu x sanggup mengkhianati??
Masa hang bagi ruang hati hang pada another woman tu.. bukan mengkhianati ke namanya??
DASARRRRR saya putar halim!!!!!
Quote awekjepun 10-1-2021 11:58 AM
Video ada tak? Masa upacara kawin tu mula dgn sapa dulu? Mlm pertama pun mula dgn sapa dulu?
Quote PrinceAlladin 10-1-2021 12:17 PM
Kejamnya alasan{:kill
Quote diiyanazakaria 10-1-2021 12:41 PM
“Kerana mereka mencintai saya”..tp ko cinta x dua2?
Quote Xim 10-1-2021 01:12 PM
Kalau ku pilih di sini,apa kata di sanaaaa
Kalau ku pilih di sana,di sini akan terlukaaaa
Perlukah ku Pilih keduanyaaaa
Bahagi kasih seadil2nya....

Boleh rupanya diorg poligami ye....
Quote stingerxmas 10-1-2021 01:17 PM
Xim replied at 10-1-2021 01:12 PM
Kalau ku pilih di sini,apa kata di sanaaaa
Kalau ku pilih di sana,di sini akan terlukaaaa
Perlukah ...

Youtube kena Blocked kewww?

[youtube]q__pHA_rEJc[/youtube]

Quote tagas 10-1-2021 02:07 PM
kan bagus kalo andartu2 andalusia2 mesia suma

sporting gini kan bam @ifanonline kan
merasa berlaki gitew

cabotttt
Quote tagas 10-1-2021 02:09 PM
https://youtu.be/9Yzx4KLD5z
Quote stingerxmas 10-1-2021 02:14 PM
matjerk replied at 10-1-2021 11:49 AM
"X sanggup mengkhianati"
Habih tu mcm mana hang boleh ada 2 pmpuan klu x sanggup mengkhianati??
Ma ...

Mengadakan ruang utk dikongsi....harta bukan milik kita ..ianya utk dikongsi dlm batas yg dibenarkan...
Quote stingerxmas 10-1-2021 02:16 PM
awekjepun replied at 10-1-2021 11:58 AM
Video ada tak? Masa upacara kawin tu mula dgn sapa dulu? Mlm pertama pun mula dgn sapa dulu?

Enough to be shared...malam pun bukan sejam dua...siapa yg dapat dahulu bukan ukuran...disitula letaknya ujian bertolak ansur..yg penting semua sendawa....
Quote Nes3in1 10-1-2021 02:31 PM
"Awak terlalu baik buat saya"

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.157579 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top