CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kesian, Staf Subway Terlena Ketika Buat Sandwic

11-1-2021 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3651| Komen: 14

Description: Tidak dinafikan berkerja di restoran adalah satu tugas yang memenatkan walaupun kerja yang perlu dilakukan kelihatan mudah dan ringkas.
Tidak dinafikan berkerja di restoran adalah satu tugas yang memenatkan walaupun kerja yang perlu dilakukan kelihatan mudah dan ringkas.

Jadi, tidak hairanlah jika pekerja yang melayan kita kadangkala anginnya tidak baik atau tidak bertenaga.


Seperti dilihat menerusi video tular di TikTok ini, seorang pekerja wanita di restoran Subway dilihat sedang menyiapkan pesanan seorang pelanggan.


Kredit foto: TikTok RxDeLaRosa

Pelanggan lelaki berkenaan merakam ketika pekerja wanita itu menuangkan bahan perasa ke atas sandwic dipesannya dan terkejut apabila wanita itu tertidur.

Dalam rakaman yang dikongsikan itu, pekerja wanita tersebut tiba-tiba berhenti menggoncangkan serbuk berkenaan, sementara kepalanya perlahan-lahan jatuh ke atas meja.

Wanita berkenaan akhirnya 'terbaring' di atas sandwic yang sedang disediakannya itu dan tidak bergerak, membuatkan ramai percaya dia tertidur.




Di samping geli hati melihat adegan tersebut, rata-ratanya simpati dengan pekerja itu yang kemungkinan besar terlalu penat membuat banyak kerja untuk menampung perbelanjaan keluarga.


Sumber: HCL


Bagus

Marah

Terkejut
4

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 11-1-2021 10:58 AM
Kesian, mujur dia tak rebah jatuh pengsan.
Quote nisako 11-1-2021 11:15 AM
siannye............. huhuuuuuu
Quote helicornia 11-1-2021 11:16 AM
kena check betul2
tertido sbb penat keje ke ada sebab lain
kot la malam2 sibuk main game
atau ada masalah microsleep ke
Quote whadda 11-1-2021 11:54 AM
hishh bahayanye kalau dia bawak motor atau kereta
Quote lattehazelnut 11-1-2021 12:06 PM
Mcm mustahil tgh gerak2 tetiba tetido..
Lain la tgh buat aktiviti pasif mcm driving, duduk, stare at pc screen..
Quote Supersirap 11-1-2021 01:30 PM
Mungkin terlalu letih dan tiada tenaga
Quote Megikari 11-1-2021 02:54 PM
Siannya..
Quote Artemesiaa 11-1-2021 03:57 PM
Bila dah terlalu penat pasti ada yang jadi macam tu.  Mungkin dia lakukan 2-3 kerja dalam sehari untuk tanggung perbelanjaan keluarga tampa ada hari cuti.
Quote sagugulamelaka 11-1-2021 09:59 PM
Kesiannya. Mesti penat sgt. Entah2 pagi kerja lain, mlm sambung pulak kat subway. Tidur tak cukup
Quote namemysoul 11-1-2021 11:24 PM
Abis mask dia kotor..
Nak kn tuka bru lak..
Quote beatgirlX 11-1-2021 11:26 PM
Ex Bos aku ada sorg  mcm ni
Dia ada.sakit tido apa tah..kalau degupan jantung dia laju ke slow tah dia akan tertido...
Quote Jitu 11-1-2021 11:34 PM
ke ada penyakit tiba2 je terlelap
Quote nanies 12-1-2021 03:24 PM
kesian... penat sangat agaknya
Quote Mamidingdong 12-1-2021 09:35 PM
Bahaya kalau tengah2 bawak motor jadi mcm ni

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.051403 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top