CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ramai Cakap Saya Tipu, Sebenarnya Sakit Sangat!" - Elyana Dah Tahap Kritikal

11-1-2021 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12744| Komen: 61

Description: Tak semua perkara kita boleh kongsikan kepada orang di luar sana. Namun, sesetengah orang sering menilai keperibadian orang lain melalui apa yang mereka lihat di media sosial.
Tak semua perkara kita boleh kongsikan kepada orang di luar sana. Namun, sesetengah orang sering menilai keperibadian orang lain melalui apa yang mereka lihat di media sosial.

Selagi mereka tidak nampak dengan mata mereka sendiri, selagi itulah mereka tidak percaya. Itulah dilema yang dihadapi penyanyi dan pelakon Elyana.



Kredit foto: YouTube

Seperti mana yang kita ketahui, Elyana kini menghidapi kanser limfoma sejak 10 tahun dahulu. Kerana tidak pernah berkongsi kesakitan yang dialaminya di media sosial, ada yang tergamak menuduhnya menipu.

“Terus terang saya katakan, depan kamera saya akan kelihatan sebegini. Saya akan nampak ok, saya tak akan tunjuk yang saya sakit sekalipun, sampai bila bila. Saya minta maaf!

“Saya tahu ramai juga yang macam tak percaya saya sakit, ataupun saya tipu saya sakit.

"Sakit ni bukan main-main. Ada sesetengah orang,  selagi mereka tak nampak depan mata, selagi itu mereka takkan percaya,” katanya menerusi temu bual bersama MHI (Malaysia Hari Ini).

Tambahnya lagi, dia tidak akan sesekali menunjukkan kesakitannya pada orang di luar kerana dikenali sebagai seorang penghibur bukan meminta simpati.

“Tapi, di belakang kamera saya sebenarnya sakit, saya struggle sangat! Macam pesakit kanser lain juga, saya sakit sepanjang masa. Tahap saya bukan tahap yang rendah lagi.

"Saya dah tahap kritikal. Saya kena teruskan hidup dengan kehidupan yang positif. Saya tak nak fikir yang saya sakit, ia akan menyakitkan saya lagi.

"Saya akan buat macam biasa, positifkan diri. Kalau perlu buat kimo lagi, saya akan buat," katanya mengakhiri perbualan.



Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 9, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani, 1 tahun.


Sumber: Murai

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intanazlynna 11-1-2021 03:50 PM

invisible illness - org tak nampak kita sakit, sebab kita nampak cantik bermake-up dan pakai baju lawa..

saya paham sangat!!

Be positive, you go girl

Quote woven11 11-1-2021 04:01 PM
Semoga elyana sentiasa kuat dan sabar harungi penyakit ni. Haritu interview mhi, mmg kurus betul sheols... Sebak tgk.
Quote mrsbob87 11-1-2021 04:03 PM
a fighter indeed
Quote Nana_Man 11-1-2021 04:07 PM
Selagi boleh fight....
Kuat semangat dia. Kita ni kadang selsema sikit pun tak selesa.
Quote sleepandream 11-1-2021 04:13 PM
stay strong sis!
Quote nazzse 11-1-2021 04:15 PM
Struggle untuk hidup 10 tahun..perghh
Iols sakit sehari pun dah rasa lifeless
Quote nadna 11-1-2021 04:16 PM
Stay strong..Keep fighting elyana
Quote rrgal 11-1-2021 04:19 PM
Stay strong liyana. Semoga dimudahkn urusan dan diringankn kesakitan
Quote addved 11-1-2021 04:27 PM
Bodoh la orang yang question her pain and her illness. Takkan sume nak kena tayang kat social media?
Quote tikusmontok 11-1-2021 04:38 PM
i feel you
Quote white_musk 11-1-2021 04:56 PM
Mungkin sukar tuk difahami kerna tak tercapai akalmu
Quote doubleA 11-1-2021 05:14 PM
A fighter. Bukan semua pesakit kanser sedia berdepan org, lagi2 selebriti. Memang dia kuat la masih boleh senyum walaupun hari2 struggle untuk hidup. Semoga Allah ringankan kesakitan dan beri kesembuhan
Quote shernazz 11-1-2021 05:17 PM
Mmg pun
Bukan elyana saja
Kalau uols pegi ikn putrajaya
Uols.boleh tengok ada sesetengah orang datang kemo siap.bawak luggage cam nak gi travel...pastu pakai baju kaler terang2...uols tak sangka yang depa sebenarnya mmg akan jalani kemo selama beberapa jam atau hari..
Sampai.mak.iols.pon terikut cam depa...
Quote depresio 11-1-2021 05:25 PM
shernazz replied at 11-1-2021 05:17 PM
Mmg pun
Bukan elyana saja
Kalau uols pegi ikn putrajaya

Pakai cantik2 utk boost our spirit
Org sakit je faham camne rasanya
Quote depresio 11-1-2021 05:26 PM
Kita takkan boleh kawal mulut org dik yg boleh dikawal diri kita swndiri
Kekdg statement n gaya kita tu pon mengundang jugak
Buat org ber speku
So kekdg fitnah tu dtg sbb salah kita sendiri
Quote missyL 11-1-2021 05:31 PM
Semoga dipermudahkan urusan elyana. Die jenis yg strong n xnmpk sakit.
Quote sally03tomato 11-1-2021 05:34 PM
Nampak sakit sbb dia dah terlampau kurus
Quote Suchi 11-1-2021 05:40 PM
Maybe sebab agak lama dia bertahan kot tu yg org tuduh gitu gini.
Quote kiyudi 11-1-2021 05:47 PM
ya ALLAH ujian sakit ni hanya yg mengalami je faham....byk pahala Allah bagi masa sakit ni....

sakit itu penghapus dosa..

i is tengah skit pn rasa mcm serikk gila.....dh mengeluh mcm2...pdhal bru 2/3 mggu sickness...

ini kan org kena kanser & go thru for almos 10yrs dah.....

u go elyana...

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.204552 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top