CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditembak Mati Kerana Ejek, Provok Bila Disuruh Pakai Mask

12-1-2021 07:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2271| Komen: 6

Description: Seorang lelaki hilang pertimbangan dengan menembak mati seorang tetamu di sebuah majlis pengebumian hanya kerana tidak memakai pelitup muka.
Seorang lelaki hilang pertimbangan dengan menembak mati seorang tetamu di sebuah majlis pengebumian hanya kerana tidak memakai pelitup muka.

Malah, lebih menghangatkan keadaan apabila mangsa turut mengejek suspek selepas permintaan memakai pelitup muka tidak diendahkan.



Gambar hiasan

Kejadian berlaku di daerah Chaweng pada Khamis lalu ternyata menukar emosi kesedihan majlis pengebumian kepada ketakutan berikutan tindakan lelaki itu.

Suspek, Jumnean Sri-orn ditahan selepas menembak Samran Tawai seperti dilaporkan Khaosod English.

Ketua Polis Chaweng, Kolonel Sutat Songsayom berkata, pertengkaran antara dua lelaki itu berlaku dan masing-masing tidak mahu mengalah.

"Suspek dan mangsa sebelum ini ada masalah lampau dan kejadian pada hari pengebumian kemuncak konflik.

"Selepas bertengkar, suspek mahu meninggalkan majlis, namun mangsa datang membuat provokasi," katanya.


Saksi memaklumkan, mangsa membuat provokasi menyebabkan suspek hilang sabar.

Suspek terus mengacukan pistol sebelum melepaskan tembakan pada muka mangsa. Orang ramai yang terkejut dengan kejadian bergegas menghubungi polis.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote debab_78 12-1-2021 07:40 AM
Mangsa pun satu.. yang dok pi provoke pasai pa.. Dua2 salah
Quote Themilo 12-1-2021 07:40 AM
ambik kau.. orang tengah kalut-kalut dengan pandemik, boleh pulak buat provokasi
Quote Belibis 12-1-2021 08:47 AM
Boleh la kambus terus.alang2 dah kat kuboq.
Quote baghal_bortuqal 12-1-2021 09:33 AM
Terang bersuluh mangsa mmg bangsat Cari pasal.

Kenapa suspek perlu dihukum?

Suspek dah buat kerja baik dah eliminating bangsat2 sebegitu dari membelenggu masyarakat.
Quote tikusmontok 12-1-2021 09:34 AM
cash lah
Quote ahi_mason313 9-3-2021 12:44 PM
sangat pelik ini dunia..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.064019 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top