CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nampak Kepala Je, Lelaki Tanam Diri Sendiri Lepas Dengar Bisikan Di Kubur

4-1-2021 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3025| Komen: 10

Description: Seorang pemuda di Kota Tegal, Jawa Tengah, Indonesia menanam diri sendiri dipercayai selepas mendengar bisikan di tanah perkuburan awam (TPU).
Seorang pemuda di Kota Tegal, Jawa Tengah, Indonesia menanam diri sendiri dipercayai selepas mendengar bisikan di tanah perkuburan awam (TPU).

Ketua Polis Daerah Tegal Selatan, Kota Tegal, Sertu Dasrim mendedahkan, pemuda bernama Wawan Febriyanto, 23, itu disyaki mengalami gangguan jiwa.


Mangsa dari kampung Kepandean, melakukan perbuatan itu pada Rabu sekitar jam 8 pagi.


Kredit foto: Detik News

"Ketika ditemui, mangsa berada pada kedalaman 70 sentimeter, hanya kepala kelihatan manakala anggota badan yang lain sudah tertanam," katanya kepada Kompas pada Isnin.

Sertu Darsim adalah pegawai polis yang tiba awal ke lokasi sebaik menerima laporan daripada penduduk berikutan lokasi itu berhampiran pasar.

Darsim menjelaskan, mangsa ketika ditemui boleh bertutur dan menjawab persoalan.

"Saya menghampirinya dan memberi salam, memanggil namanya dan dia membalas," kata Darsim.


Menurut Darsim, pemuda itu menggali tanah menggunakan tangan kerana tidak dapat mencari peralatan di lokasi.

"Setelah dipujuk, Wawan akhirnya berjaya dikeluarkan dan dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Kepandean. Mangsa melakukan tindakan sedemikian kerana berasakan dirinya telah meninggal dunia dan mendengar bisikan," katanya.

Sebelum ini, sebuah video kerja-kerja menyelamat pemuda itu di TPU Debong Kidul menarik perhatian netizen hingga tular di laman sosial.


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 4-1-2021 01:29 PM
Yg pelik mesti dari indon...
Quote nanies 4-1-2021 01:39 PM
lor, pelik. nape tak tanam je seluruh badan. tanam separuh2
Quote ultra78 4-1-2021 01:51 PM
Semoga terhibur..aksi jentik anu 'pocong'
[youtube]EU9ZS6cTJ_Y[/youtube]


Quote chinta89 4-1-2021 01:59 PM
Pelik2 lahai ehhhh{:question
Quote Gingerly 4-1-2021 02:03 PM
Depression? Or salahguna dadah jangan buat main2. Memang biasa kes mangsa akan dengar bisikan, sebelum buat perkara pelik. Dan kes teruk, bunuh diri. Tak kira kaum ya. Sesiapa boleh kena.

Quote Supersirap 4-1-2021 02:11 PM
Tanam diri sendiri tu bukan biashe-biashe ye, macam-macam hal mereka ni
Quote Belibis 4-1-2021 02:24 PM
Bagus la gila macam ni.kalau kat msia,jenis dengar bisikan sembelih anak,sembelih apak.
Quote clarizsa 4-1-2021 02:31 PM
Pelik peliknya perangai
Quote mamajawie 4-1-2021 02:55 PM
ultra78 replied at 4-1-2021 01:51 PM
Semoga terhibur..aksi jentik anu 'pocong'

si vani ni cm gila fetish nk ngesex ngan hantu je..ade aku penah tgok dia kiss pocong at last tetiba "pocong" tu nak kiss ketek dia dan2 si cikki ni jatuh n muntah2 kekdahnya..bangang abadi ummah leluhur manuskrip percaya sgat benda2 sex with ghost ni..da la buat channel sume hantu tipu..jadah tol


https://www.youtube.com/watch?v= ... ature=emb_rel_pause


Quote Megikari 4-1-2021 03:40 PM
Jap2.. Cemana dia kambus tanah tu sampai paras leher kalau tangan dia pun tertanam juga?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.237800 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top