CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Vida Bersyukur Menang Tuntutan Hak Jagaan Anak

4-1-2021 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12712| Komen: 86

Description: Datuk Seri Vida mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai terhadapnya yang hadir ke Mahkamah Kota Bahru bersabit perbicaraan kes tuntutan hak penjagaan anaknya, hari ini.
Datuk Seri Vida mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai terhadapnya yang hadir ke Mahkamah Kota Bahru bersabit perbicaraan kes tuntutan hak penjagaan anaknya, hari ini.


Kredit foto: IG Vida

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman bersyukur kerana keputusan berpihak padanya.

"Kes ini telah berakhir. Semoga anak mama terus kuat dan jadi anak yang hebat," tulisnya di Instagram bersama sebuah video.



Usahawan kosmetik terkenal itu juga bersyukur kerana atas doa semua orang, kes berkenaan selesai dan tidak dipanjangkan.

"Setakat ini, hak penjagaan anak-anak dapat pada saya," katanya.

Bagaimanapun, difahamkan Cik B dan Kacak tidak digalakkan bertemu bapa mereka buat sementara waktu atas sebab tertentu, namun dia tidak menghalang jika anak-anaknya itu mahu menghubungi bapa mereka. 

Vida sebelum itu memohon doa orang ramai supaya diberi kekuatan sebelum hadir ke mahkamah berkenaan.


Kredit foto: IG Vida


Memetik Media Hiburan, Vida berkahwin dengan Mohd Amin Yasin pada tahun 2000 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan. 

Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie, 10, dilaporkan meninggal dunia dalam kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh, tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 2013.

Vida dan Mohd Amin bercerai pada 2008.- CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shiraloveyou 4-1-2021 01:35 PM
Kesian kat tok vida..mujur la menang
Quote KIM.K 4-1-2021 01:36 PM
Weh kenapa aku rasa hubungan DSV dgn ex laki baik2 ja sebabtu dia plan drama ni for attencion

Dah tua pon hang Cik B geli la drama gini lg. Nak masuk U dah
Quote alinone78 4-1-2021 01:41 PM
Dia buat promosi minyak wangi gaharu tu weh
Quote Nenasketum 4-1-2021 01:42 PM
Katil dah ada dlm keta, peti ais, washing machine dah ada
Quote nanies 4-1-2021 01:55 PM
tahniah lerr
Quote ajinomotonosuga 4-1-2021 01:59 PM
Patut lah si Beruang nyanyi tolongg tolong..

Ingat Beruang kne sembelit..uper de kes custody

Ok ler tu
Quote cupu 4-1-2021 02:01 PM
KIM.K replied at 4-1-2021 01:36 PM
Weh kenapa aku rasa hubungan DSV dgn ex laki baik2 ja sebabtu dia plan drama ni for attencion

Dah ...

Tak sis...mil aku kawan dgn vida ni..mmg ex dia sejenis haprak
Quote Miss.H 4-1-2021 02:13 PM
Cik b kan pernah bg statement dkt mana ntah yang bapak dia p jumpa dia pastu suruh dia minta duit dengan dato vida. Bukan nak jumpa sngt
Quote eyansss 4-1-2021 02:13 PM
seatbelt mana?
Quote azimodin 4-1-2021 02:18 PM
KIM.K replied at 4-1-2021 01:36 PM
Weh kenapa aku rasa hubungan DSV dgn ex laki baik2 ja sebabtu dia plan drama ni for attencion

Dah ...

Sebagai seorang mak yg pernah melalui saat tragik, iouls x rasa tok vida akan gunakan kes camni semata2 for attention. Ye, dia mmg attention seeker tapi x la sampai naik mahkamah dengan anak2 semata2 nak publicity
Quote azimodin 4-1-2021 02:20 PM
Miss.H replied at 4-1-2021 02:13 PM
Cik b kan pernah bg statement dkt mana ntah yang bapak dia p jumpa dia pastu suruh dia minta duit de ...

Pergh, kalau betul bagai dikata mmg kesian sungguh dengan cik B. Lagi baik xde bapak kalau bapak opportunist
Quote jijioaynna 4-1-2021 02:22 PM
Suka tgk bonding mother-daughter-son DSV n anak2.mmg some people rasa dia annoying.tp she always has soft spot yg wat kita xleh nk benci dia sgt..tah la..just my opinion...
Quote Gomea 4-1-2021 02:26 PM
cupu replied at 4-1-2021 02:01 PM
Tak sis...mil aku kawan dgn vida ni..mmg ex dia sejenis haprak

Ni bekas laki yg kaki dera bini tu ke?
Quote September14 4-1-2021 02:33 PM
Klu xde kontroversi tipu2 tu iols ok je dgn vidah ni..
Quote jijilaaa 4-1-2021 02:42 PM
Miss.H replied at 4-1-2021 02:13 PM
Cik b kan pernah bg statement dkt mana ntah yang bapak dia p jumpa dia pastu suruh dia minta duit de ...

kat twitter..dia cita bapak dia pernah letak parang ugut nak bunuh dia, if mak nya tak bagi duit. banyak lagi dia spill the tea.
Quote salmon-suki 4-1-2021 02:42 PM
Even time ex dia ni bt tuntutan pn ai dah rasa laki tu xkan menang pn ..sbb tokbida ni y duk jaga anak2..n ai xrasa anak2 ni pn nak duk ngn bapak dorg..dah selalu dimanjakan dgn mcm2 kan,hepi duk rumah besar..mmg xde peluang nak menang pn..
Quote swateng1 4-1-2021 02:56 PM
tok vida memang tip top bab jaga anak. lani cik b dah banyak duit, dan2 laa bapak nak dapatkan hak penjagaan. nanti boleh perah duit anak. tapi cik bi, kenapa leher tu berkerakkkk sangat..hurrmmmm...
Quote puteribaya 4-1-2021 03:26 PM
azimodin replied at 4-1-2021 02:18 PM
Sebagai seorang mak yg pernah melalui saat tragik, iouls x rasa tok vida akan gunakan kes camni se ...

sokong..walaupun nampak sewel, tapi DSV ni sangat protektif over anak2 dia..penyayang..naknak plak dia saje yg tau sapa bekas laki dia tu..as a mother..mestilah dia risau anak2 dia kat jate hare tu,,sorang bapak yg sanggup buat ape saja pda anak dan istri utk duit..maaf ye..org jate klate ngama jah yg seksek gini..baran..suka pukul..kije malas..but not all..ada jer yg ok..
Quote pjade 4-1-2021 03:33 PM
Ramai je bapak haprak kat luar tu, gunakan anak as leverage. Lepas tu acah2 teraniaya.. puiii..

Good for you Vida. Ada gak org yg datang bekerja betul2 kat Mahkamah Shariah tu.. selalunya ngookk makan gaji buta je ramai.

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.075219 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top