CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakai Gaun Glamor Tolak Tong Sampah Je Pun Boleh Kutip Dana

4-1-2021 10:02 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 2670| Komen: 4|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Disebabkan pandemik Covid-19 yang belum berkesudahan, seorang jurusolek mengambil keputusan untuk menceriakan jiran-jirannya dengan tampil dalam dress cantik setiap Rabu hanya untuk menolak tong sampa ...




Disebabkan pandemik Covid-19 yang belum berkesudahan, seorang jurusolek mengambil keputusan untuk menceriakan jiran-jirannya dengan tampil dalam dress cantik setiap Rabu hanya untuk menolak tong sampah.

Nicola Matthews, 49, mengambil masa sejam untuk bersiap sebelum keluar membawa tong sampahnya dan mengambil gambar. Menariknya, dia berjaya mengumpul dana sebanyak 600 pound sterling, kira-kira RM3,300.


Foto : SWNS

Menurut Daily Star, semuanya dilakukan sejak 20 minggu lalu dengan memakai gaun glamor, dress untuk parti dan pelbagai lagi.


Jadi, pada setiap Rabu, jam 8 pagi, Nicola telah bersiap dengan gaun glamornya lalu membawa tong sampah keluar dan berswafoto dari rumahnya di Essex, England.


Foto :SWNS

Baju-bajunya diinspirasikan dari filem Austin Power, Marilyn Monroe serta drama bersiri Desperate Housewives.

"Mula-mula memang rasa kelakar, tapi ia jadi menarik bila jiran-jiran turut membantu. Saya pernah berjalan sejauh lima kilometer menolak tong sampah ini untuk menyumbang kepada balai bomba."


Foto :SWNS

Jadi, ada yang berani mencuba idea ini untuk mendapatkan sumbangan buat kebajikan? - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanies 4-1-2021 01:40 PM
untong la kurus. cer gemok, pakai bogel pun org takmo bg donation.
Quote nolya 4-1-2021 07:45 PM
nanies replied at 4-1-2021 01:40 PM
untong la kurus. cer gemok, pakai bogel pun org takmo bg donation.

belum cuba belum tahu.  Cubalah Miss XXXL M'sia berpakaian seksi dn berselepang pengenalan, mana tau boleh dpt banyak kutipan.
Quote Tinot7 4-1-2021 08:05 PM
ni sbb ada #ballgownsbinsout
Quote wirazam 4-1-2021 08:10 PM
dia cuba nak try masuk jarum tu...hati2 ye para suami2 sekitar hahaha

ala ala mcm drama siri desperate apa tah

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.050274 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top