CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jatuh Dari Ketinggian 650 Kaki Lepas Dilamar Kekasih, Nasib Baik Salji Tebal!

4-1-2021 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2792| Komen: 17

Description: Lamaran adalah satu konsep ringkas di mana lelaki bertanya jika seseorang wanita itu ingin menjadi isterinya dan wanita memberikan jawapan ya atau tidak.
Lamaran adalah satu konsep ringkas di mana lelaki bertanya jika seseorang wanita itu ingin menjadi isterinya dan wanita memberikan jawapan ya atau tidak.

Namun, banyak pasangan zaman sekarang ingin saat itu menjadi sesuatu yang istimewa dan dapat dikenang sampai bila-bila dengan melakukan pelbagai gimik seperti membawa pasangan ke lokasi cantik, menyediakan kejutan dengan menyorokkan cincin atau menyediakan dekorasi romantik.



Gambar hiasan

Bagaimanapun, tindakan sebegini kadangkala menjadi keterlaluan apabila seseorang itu terlalu taksub untuk melakukan lamaran paling istimewa dan bermakna sehingga gagal memikirkan perkara asas seperti keselamatan.

Itulah yang berlaku kepada pasangan dari Austria ini apabila mereka melakukan lamaran di atas gunung.

Lamaran romantik mereka walau bagaimanapun berakhir dengan buruk apabila wanita itu terjatuh dari tebing setinggi 650 kaki selepas menerima lamaran teman lelakinya.


Kerana terlalu teruja, wanita berusia 32 tahun itu tergelincir dan terjunam 650 kaki dari tebing gunung Falkert yang pasangan itu daki pada hari sebelumnya.

Mujur wanita tersebut terselamat dari insiden itu berikutan salji tebal yang mengurangkan impak kejatuhannya.

Pasangannya dilaporkan cuba memaut tangan wanita terbabit sebelum dia juga terjatuh setinggi 50 kaki, namun berjaya bertahan di tepi tebing.


Kredit foto: Alpin-1 Notarzthubschrauber/ Facebook

Kedua-dua mereka berjaya diselamatkan setelah wanita itu ditemukan seorang pejalan kaki yang menghubungi ambulans. Manakala, tunangnya yang tersangkut di tepi pula diselamatkan helikopter.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 4-1-2021 10:43 AM
taktau nak kata apa... memang proposal gone wrong...
dah tahu dekat tebing jangan la gedik sangat dikkk
Quote husie91 4-1-2021 10:44 AM
Haha adoi macam2.. dah macam dalam movie plakk
Quote exclusive_vvip 4-1-2021 10:54 AM
beraninya diorg ni..jenis x gayat..iols mimpi berumah di tingkat berapa puluh pun dah gayat..tu dlm mimpi tu..gayat dlm mimpi..
Quote prettyuglybabe 4-1-2021 11:33 AM
nasib baik bukan melayu
Quote faraway1 4-1-2021 11:37 AM
Drama minggu ini betul..

Nanti boleh cita kat anak pula...
Quote chinta89 4-1-2021 12:32 PM
Melamar depan eiffel tower pun x kekal skg nih.. Org skg blumba2 nk viral atau maybe just nk save as kenangan bab melamar nih jd sanggup buat mcm2.
Quote AshKetchum 4-1-2021 01:00 PM
semoga bukan petanda rumahtangga kau bakalan jatuh yach. ko tengok jah alha alpa punya wedding cake berkecai hujung2 heshe punya marriage pon berkecai jua?
Quote kemaruk 4-1-2021 01:02 PM
Orang bebal + salji tebal = kebal
Quote Buritan 4-1-2021 01:14 PM
prettyuglybabe replied at 4-1-2021 11:33 AM
nasib baik bukan melayu

Tambahan... nasib baik bkn mulayu isle org serambi koh koh koh
Quote Supersirap 4-1-2021 03:07 PM
Nasib baik tiada apa-apa  kejadian yang tidak diingini berlaku
Quote darkness 4-1-2021 03:12 PM
Naseb baik tak matik
Quote ultra78 4-1-2021 03:19 PM
Kat Malaysia boleh la try melamar atas Bukit Broga pulak.
Quote Artemesiaa 4-1-2021 03:23 PM
Nak buat apa2 faktor keselamatan perlulah diambil kira bukan sekadar nak gempak je
Quote Purplehag 4-1-2021 06:24 PM
Syukur, mudah2an ada jodoh dan kekal hingga akhir hayat.
Quote mawarika 4-1-2021 06:28 PM
Itu tandanya korang takleh teruskan perkahwinan. Bad luck forever kalau still nak bersama.
Quote clarizsa 4-1-2021 06:54 PM
Untungla ada salji kan
Kalau takde salji dah RIP la kan
Betapa bertuahnya ada salji tu
Quote nanies 5-1-2021 10:25 AM
alahai.. kalo mati, sia2 aje

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058464 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top